Saturday, December 28, 2013

RINTIHAN TAUBAT



Yaa Allah...
Maafkanlah segala kekuranganku,
Engkau Maha Pengampun untuk mengampuniku dan tidak menyiksaku,
Kerana sesungguhnya aku hamba yang sering terjerumus melakukan dosa,
Dan sering pula melupakan untuk berlaku taat kepada-MU.

Yaa Allah...
Berikanlah taufik dan hidayahMU,
Agar dapat aku memindahkan aku dari perlakuan hinanya maksiat,
Kepada mengamalkan ibadah dalam kemuliaan dan ketaatan.

Friday, December 27, 2013

TAHUKAH ANDA? - BAHAYA MAGNET HIASAN DI PETI SEJUK !


Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk.Akan mengakibatkan Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.

Thursday, December 26, 2013

SIAPA SYEIKH AHMAD YASIN ITU??

Siapa Syeikh Ahmad Yasin itu?? 


 


Kata-katanya yang menggugah akan terus dikenang para pejuang Islam. Di antaranya adalah sebagai berikut: 


Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). 


Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggemparkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini) 

HEBAT SUNGGUH CIPTAAN ALLAH

Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)

Masyarakat zaman sekarang memperlakukan Al Quran berbeza sama sekali dengan tujuan penurunan Al Quran sebenarnya. Di dunia Islam secara umum, sedikit sekali orang yang mengetahui isi Al Quran.

Wednesday, December 25, 2013

KISAH RASULULLAH S.A.W. MENYAYANGI HAIWAN

Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W. keluar dari masjid, Baginda mendapati seekor burung sedang dijadikan mainan oleh seorang anak kecil. Kaki burung tersebut diikat dengan seutas tali, lalu diseret-seret sambil berlari-lari. Bagi si anak ini mungkin permainan tersebut sangat menyeronokkan. Lalu Rasulullah S.A.W. menghampiri anak tersebut, "Ya Umair (panggilan kesayangan untuk Umar) kenapa burung tersebut engkau tarik-tarik, bagaimana kalau saya membeli burung itu". Setelah si anak setuju, maka akhirnya Rasulullah S.A.W. membeli burung tersebut dan dirawat di rumah. Dan setelah burung tersebut sembuh, maka akhirnya Rasulullah S.A.W. melepaskannya.

Ketika Rasulullah S.A.W. melihat orang-orang yang menjadikan burung sebagai sasaran anak panah, maka Baginda SAW bersabda, "Allah melaknat siapa saja yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran".
(Hadits Abu Daud dengan sanad shahih)

BERIBU IKAN ‘NAIK KE DARAT’ DI LAHAD DATU



Kanak-kanak keriangan mengutip dan menangkap ribuan ikan yang timbul di persisiran pantai Lahad Datu, Sabah. Beribu-ribu ikan timbul di pesisiran pantai Kampung Tabisan di bahagian Timur Sabah, Lahad Datu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda bencana yang bakal berlaku hujung tahun ini.

Penduduk kampung rata-rata memungut ikan-ikan tersebut yang dikenali dengan nama ikan tamban.  Bagaimanapun penduduk tempatan, Suzila Abdullah berkata, fenomena seperti ini sudah berlaku sejak tiga tahun dulu. "Tetapi tahun ini ia kelihatan berbeza kerana jumlah ikan yang timbul amat banyak," katanya dipetik daripada Mstar Online.

DATO' LAYAN ANAK YATIM MACAM 'ANJING'


Saya kongsikan kisah ini kerana hati rasa sangat tidak tenteram dengan sikap sesetengah manusia yang suka membeza-bazakan sesama manusia...

Copy paste....

Selasa, Disember 24, 2013

DATO' LAYAN ANAK YATIM MACAM 'ANJING', PERGUNAKAN MEREKA UNTUK KUTIP DERMA MASUK POKET SENDIRI !!!

DAGANG ANAK YATIM UNTUK KUTIP DERMA DEPAN SULTAN DAN SULTANAH KEDAH, TAPI LAYAN ANAK YATIM MACAM LAYAN ANAK ANJING!!!

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.

I'TIBAR KEPIMPINAN ISLAM


MADRASATUL ISLAMIAH JALAN KUARI
Khutbah Jumaat : 20.12..2013 / 17 Safar 1435
Penyampai : Ustaz Husnul Yaqin Bin Jalius ( Imam 1 )
Bilal : En Ismail Bin Abdul Ghani
Tajuk : I'tibar Kepimpinan Islam


الَّذِى خَلقَ الموْتَ وَالحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أيُّكُمْ أحْسَنُ عَمَلا، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ


Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,


Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan tunduk dan patuh kepada segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kejayaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat adalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya.

Allah S.W.T berfirman :

Friday, December 20, 2013

Coretan Ustaz Hasrizal - Meyentuh Peperiksaan PMR, SPM.


CORETAN 1

Teringat kisah, semasa saya diminta mengendalikan kursus bersama calon PMR di sebuah sekolah. Kata guru, ini kumpulan paling teruk dalam sejarah sekolah. Semua D dan E. Saya teruja. Jika B atau C, itu kerja cikgu akademik. Tetapi jika D dan E, ini pemberontakan. Mesti ada sesuatu yang menarik.

Saya hadir. Cikgu minta mahu menyertai kursus. Saya tidak benarkan. Hanya saya bersama 'pelajar bermasalah' berkenaan.

KHUTBAH MENGISAHKAN PERIHAL WARGA OKU (ORANG CACAT) DALAM ISLAM - YANG TIADA DI MALAYSIA



SUBHANALLAH - SUSU TERAKHIR UNTUK ANAK

Gambar hiasan
Kisahnya mengenai satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, kemungkinan besar pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, terkejut dan sebagainya.

TUAN IBRAHIM: FAKTA TENTANG TOL

Fakta:

1. Jumlah kereta semakin bertambah setiap hari
2. Oleh itu, jumlah kereta yang menggunakan jalan bertol meningkat setiap hari
3. Bayar tol tidak semestinya jalan tak jam

Oleh itu:

Thursday, December 19, 2013

SEDEKAH – BOLEH SEMBUHKAN PENYAKIT


SETIAP penyakit ada ubatnya. Jika satu-satu penyakit tidak sembuh juga, walaupun sudah berikhtiar berubat ke mana-mana dan dengan berbagai macam ubat, maka kemungkinan ubat penyembuh belum bertemu   - hakikatnya ialah Allah belum lagi mengizinkan untuk sembuh.

Dalam mengubati penyakit secara umum ada dua cara, yakni ikhtiar dan doa. Ikhtiar dilakukan dengan berubat dengan doktor, meminum atau memakan ubatnya, lalu disempurnakan dengan doa.

ALKISAH SEBUAH HIDANGAN ISTERI

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit.

GARA-GARA ACU SENAPANG SEBELUM KE TANAH SUCI

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati." - Maksud Ayat 15 Surah Al-Mukminum 15
***


SEBELUM seseorang itu menunaikan haji, dinasihatkan agar dia mengikut kelas pengajian dan mendapatkan nasihat daripada tuan guru dan alim ulama.

Pelbagai persiapan zahir dan batin perlu dilakukan supaya hajat nan suci berjaya dan tepat mencapai matlamatnya, dan diredai Allah Rabbul`Izzati.

Bakal haji dinasihatkan memohon maaf di atas segala ketelanjuran sama ada daripada ibu bapa, sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan dan sekerja.

HUKUM ORANG ISLAM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT BERSEMPENA PERAYAAN AGAMA BUKAN ISLAM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

GARIS PANDUAN ORANG ISLAM TURUT MERAYAKAN HARI KEBESARAN AGAMA ORANG BUKAN ISLAM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

SIKAP MANUSIA SUKA MEMBANDING


Ingatlah setiap kali kamu cuba membandingkan diri kamu dengan orang lain yang lebih baik daripada kamu, kamu sebenarnya menghantar mesej mempertikaikan Allah.

Sebagai contoh, anak jiran lebih pandai daripada anak saya.

Wednesday, December 18, 2013

Video Kematian Di Timpa Lori


Seseorang yang bekerja demi menyara kehidupan anak dan isterinya itu sesungguhnya berada di jalan Allah atau Fi-Sabilillah. Perkara ini seperti disebutkan dalam salah satu sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani.

Kisah Si Tukang Pancung Kepala di Arab Saudi

Hukum Qisas telah dijatuhkan kepada seorang pesalah yang telah dijatuhi hukuman termasuklah pancung kepala, memotong tangan dan sebagainya. Qisas sudah banyak diketahui umum, namun bagaimana kehidupan orang yang menjalankan hukuman qisas, tidak banyak yang mengetahuinya. Salah satu yang pernah diceritakan adalah kisah dari Muhammad Saad al-Beshi.

Di Arab Saudi, nama Beshi cukup terkenal. Maklum saja, lelaki yang berusia sekitar 50an ini merupakan seorang pemancung kepala berpengalaman yang telah dilantik secara khusus oleh pemerintah Arab Saudi. 

Beshi telah dilatih menjadi tukang pancung sejak 1998, mengaku bangga dengan pekerjaannya itu.  Bukan perkara yang menakutkan baginya meskipun harus menjalankan perintah memenggal kepala para pesalah yang dihukum mati, tidak terkecuali dari kaum wanita.

“Saya memang menentang kekerasan terhadap perempuan. Namun, jika semua perintah (pancung kepala) datang nya dari Allah, saya harus melaksanakannya. Saya harus bersedia untuk melakukan pekerjaan ini demi Tuhan,” ujar Beshi seperti tersiar di harian Arab News.

Tuesday, December 17, 2013

PESAN AKHIR ASY SYAHID SYEIKH MULLA ABDUL KADIR


Adifa Cairo

Sebelum meninggal, Asyahid Sheikh Abdul Qadir Mulla sempat menulis sebuah pesan, berikut pesan yang ditulis Mulla dan diterbitkan oleh islam21c.com :

HUKUM KELUAR BERJALAN-JALAN DENGAN TUNANG


Soalan : Apakah hukumnya seseorang yang baru bertunang keluar berdua-duaan tanpa ada mahramnya?

Jawapan :

Do’a Ketika Angin puting beliung (angin kencang, angin ribut atau badai dan taufan)

17 Disember 2013

Video Puting Beliung yang menyebabkan bumbung rumah berterbangan di Bali baru-baru ini ;



Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah menerangkan bahwa angin itu ada jenis:

Funny Cats 3





Sunday, December 15, 2013

AL-SYAHID ABDUL QADER MULLA: MENCETUS KEBANGKITAN JUTAAN PEJUANG ISLAM



5 Disember 2013

Oleh: Akram Ikrami bin Taib Azamudden.


1. Dunia Islam menyaksikan 11 Disember 2013, tarikh berdarah pembunu_han haram yang dihalalkan oleh Regim pemerintah Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

2. Al-Syahid Abdul Qader Mulla adalah pemimpin Jamaat Islami Bangladesh yang menggerakkan kebangkitan kesedaran Islam telah difitnah bahkan direka pelbagai bukti palsu untuk mengaitkan Al-Syahid dengan kegana_san.

Saturday, December 14, 2013

FOTO-FOTO EKSKLUSIF PENINGGALAN RASULULLAH SAW

Foto-foto ini semua adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Musim peninggalan Nabi di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih Allah.



TAPAK KAKI RASULULLAH S.A.W
TAPAK KAKI RASULULLAH S.A.W

KISAH BUNGA MAWAR DAN POHON BAMBU


Di sebuah taman, terdapat taman bunga mawar yang sedang berbunga. Mawar-mawar itu mengeluarkan aroma yang sangat harum. Dengan warna-warni yang cantik, banyak orang yang berhenti untuk memuji sang mawar. Tidak sedikit pengunjung taman meluangkan waktu untuk berfoto di depan atau di samping taman mawar. Bunga mawar memang memiliki daya tarik yang menawan, semua orang suka mawar, itulah salah satu lambang cinta.

KISAH NABI MUHAMMAD SAW DISIHIR MELALUI RAMBUTNYA


Peristiwa Yahu di menyihir Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan turunnya kedua surah serentak (Surah Al-Falaq dan An-Nas) tatkala Rasulullah SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.

Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Ya hudi bertemu seorang tukang sihir Yahu di yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan kerjasama daripada seorang budak Ya hudi yang juga khadam nabi, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.

SUASANA SOLAT JENAZAH AS-SYAHID SHEIKH ABDUL QUADER


Friday, 13 December 2013

SUASANA SOLAT JENAZAH AS-SYAHID SHEIKH ABDUL QUADER, PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG JAMAAT-E- ISLAMI BANGLADESH YANG DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG OLEH MAHKAMAH AGUNG BANGLADESH.

Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS:

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

11 SOALAN UNTUK IMAM SYAFI'E


KEBIJAKSANAAN IMAM SYAFI'I
-- 11 SOALAN UNTUK IMAM SYAFI'I ---

Terdapat beberapa orang ulama terkemuka di Iraq ingin menguji Imam Syafi’iradhiyallahu ‘anhu.

Mereka menghimpunkan beberapa soalan kepadanya lantaran beliau lebih unggul dari mereka dari segi ilmu dan hikmah.

MIMPI MATI HIDUP SEMULA - Suatu Kisah Benar

Satu kisah benar seorang perempuan yang bermimpi mengenai mati dan diazab di dalam kubur.... dan sekarang telah mendapat petunjuk dari Allah.

Satu malam aku tidur dan bermimpi sudah menjadi mayat...

Masa sakaratul maut memang menyakitkan dan roh ku tetap berdiri disebelah jasad dan menangis mengenangkan nasib dah menjadi mayat menyesal dan
takut.....


Aku melihat jasad ku dimandikan dan dikapankan.....dan dihantar untuk disolatkan selepas aku sudah tiada disitu sampai dikebumikan....

Aku mendengar talkin dibacakan....dan selepas 7 langkah terakhir suami ku meninggalkan kubur ku....

Lalu datanglah malaikat menyoalku dengan baik dalam bahasa arab aku faham soalan yang diajukan....(dialam kubur Allah akan memberi kefahaman untuk memahami bahasa arab yang disoal malaikat) tapi tak tau apa nak dijawab

PENTOMEN MENGHITUNG RAHMAT TUHAN BY HRD STUDENTS OF UPM, PROGRAM PERTEKAD 2013

PENTOMEN

Menghitung Rahmat Tuhan

telah di pentaskan di ;
Auditorium Fakulti Kejuruteraan UPM

pada ;
5 Disember 2013 yang lalu.

Pentomen ini di pentaskan bersempena program PERTEKAD 2013
yang dijayakan sepenuhnya oleh HRD students of UPM

- 1 -
  
- 2 -
  

Friday, December 13, 2013

16 AMALAN NABI SAW SEBELUM TIDUR


Tidur dan bangun sebenarnya adalah perkara yang sangat penting, kerana ia adalah permulaan kepada kehidupan seharian. 

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.

Allah SWT hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.  Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.  Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.  Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. 

EXCELLENT DISABLED PARKING BAY ABUSE PROTEST!



Wheelchair users found an original way to protest the abuse of disabled parking bays in
Lisbon, Portugal. Weekenders that day (November 11) who attempted to park their car in a normal parking space outdoor Saldanha, Lisbon, saw all the usual places occupied by a wheelchair.



Wheelchairs had written messages on the back with messages like "I'll be back in 10 minutes", "I won't be long" or "I'm just having a coffee", the usual justifications for those not experiencing any physical limitation, who park their cars in places reserved for persons with disabilities.



Similar initiatives were carried out in the city of Vila Real (Portugal, in photographs) as well as in Boa Vista on Avenida Jaime Brazil, the National Day of Struggle for the Disabled.



Thursday, December 12, 2013

MELAHIRKAN ANAK SOLEH


BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

HUKUM MAKAN DAGING LANDAK

Soalan;

Assalamualaikum ustaz, apakah hukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring.. terima kasih.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya
untuk menerkam dan membunuh mangsanya. Saya tidak pasti apakah landak mempunyai gigi taring yang berfungsi sebegitu. Adapun pandangan para ulamak tentang landak adalah seperti berikut;

1. Mazhab Hanafi dan Hanbali; haram memakannya kerana ia tergolong dalam binatang-binatang merayap/merangkak yang dipandang keji (khabaith), iaitu satu kelompok dengan tikus. Dalam al-Quran Allah berfirman (dengan maksud); “Dan dia (yakni Nabi Muhammad SAW) mengharamkan ke atas kamu yang keji-keji” (surah al-A’raf, ayat 157).

LAFAZ KALIMAH SYAHADAH PADA CINCIN BARACK OBAMA


Seorang pakar Islamologi asal AS, Mark A Gabriel, meneliti foto-foto tentang cincin milik Presiden Barack Obama yang kini beredar di internet.

CINTAI SOLAT, JIKA BENAR KITA SAYANGKAN NABI S.A.W.


Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib yang berlaku, adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.

Wednesday, December 11, 2013

UCAPAN PERTAMA YB SENATOR OKU DI PARLIMEN - Yb Bathmavathi

Hansard Dari Dewan Negara

Ucapan YB Senator Bathmavathi

WEDNESDAY, 11 DECEMBER 2013


Puan Bathmavathi a/p K.Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat tengah hari, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.  

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan inilah kali pertama saya menyertai persidangan di Dewan yang mulia ini, saya memohon diberi masa yang cukup untuk menyampaikan ucapan ulung saya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak kerana melantik saya sebagai senator. Pelantikan saya ini sebagai seorang wanita, sebagai seorang OKU dan dari kaum minoriti untuk mewakili seluruh rakyat Malaysia adalah satu manifestasi prinsip inclusive yang diperjuangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha membentuk suatu negara bersifat 1Malaysia. 

ANTARA USAHA DAN TAKDIR


"Nak buat macam mana ni...? saya buat sehabis baik dah..."
"Alaa, kita kan dah usaha... kenapa jadi gitu plak..."

Ya, setelah berusaha, berdoa dan bertawakkal, maka terimalah ketentuan yang sedang berlaku.  Urusan manusia adalah usaha. Usaha itu sunnatullah.

20 FAKTA MENARIK TENTANG ISLAM

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang di petik dari beberapa senarai di Internet.


Tahukah Anda?

1. Ternyata nama yang paling banyak diguna di dunia adalah “MUHAMMAD” disusuli dengan nama “Jack”

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

Tuesday, December 10, 2013

SEORANG WANITA DENGAN TERUNG

GAMBAR HIASAN
Masjid Jami' Damsyik atau Masjid Umayyad
atau Masjid Umawi yang menempatkan
menara Nabi Isa
Suatu ketika dulu, di Damsyiq (Damascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.

KISAH DUIT RAYA




Sayu hati...  Hari ini saya mandikan dua jenazah.



Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.


KISAH NABI MUSA DENGAN WANITA PENZENA



Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rupa wajah yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang sedang melanda hidupnya. Dia melangkah longlai mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan- pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

ANGOLA TUTUP MASJID, BAKAR AL-QURAN



10 Disember 2013

Luar Negara

LUANDA - ANGOLA. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam.

Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

Sunday, December 8, 2013

PETUA MERAWAT PENYAKIT RESDUNG




* Ambil limau nipis 8 biji.

* Daun pandan 10 helai, hiris halus macam bunga rampai

PENEMUAN PELIK - IKAN BERTANDUK



Seekor ikan laut aneh dijumpai, seekor ikan yang bertanduk berjaya di tangkap dari laut di wilayah Kanada.

Seekor ikan dengan tanduk gelatin abu-abu yang disebut 'Rhinochimaeridae' atau lebih dikenali sebagai 'chimaera berhidung panjang' dilaporkan berjaya ditemui dan di simpan oleh Canadian University.

RASUAH - PENGAJARAN INDAH DARI IBN ROBI'


Suatu kisah yang berlaku menjadi kisah yang cukup indah di dalam menjelaskan betapa indahnya Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Ibn Robi’ di utus membawa utusan menyebarkan agama di ROM. Ketika dia sampai di ROM, pemimpin besar ROM berkata “aku tahu kamu datang daripada negara yang kering kontang, negara yang tiada bekalan makanan yang cukup, oleh itu ambillah bekalan makanan serta apa yang kamu perlukan untuk hidup, dan pulanglah ke negara kamu kembali.”

BACA DAN FIKIR




Mesti baca dan cuba untuk memahami maksud yang mendalam ini.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

BANJIR : APA TANGGUNGJAWAB KITA



Banjir telah berlangsung hampir seminggu. Kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Kuantan dan Kemaman. Kuantan hampir lumpuh kerana banjir menenggelamkan hampir seluruh bandar Kuantan. Begitu juga Kemaman. Walaupun hari ini air di bandar Chukai sudah mulai surut namun Kampung Air Putih masih menyaksikan banjir dengan arus deras yang boleh mengancam nyawa.

Setakat semalam 6 Disember 2013 akhbar melaporkan di Pantai Timur seramai 42,626 telah dipindahkan.

KETIKA ROH KITA LAPAR




Jasad manusia...

bila lapar, hendak makan

Nelson Mandela meninggal dunia



JOHNNESBURG: Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg hari ini selepas sekian lama menghidap jangkitan paru-paru.

Pejuang anti-aparthied itu berusia 95 tahun.  Kematian Mandela diumumkan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Saturday, December 7, 2013

3 Buah Lamborghini Terbakar Hangus di Lebuhraya



SEREMBAN (6 Disember 2013) - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.