Friday, 13
December 2013
SUASANA SOLAT
JENAZAH AS-SYAHID SHEIKH ABDUL QUADER, PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG JAMAAT-E-
ISLAMI BANGLADESH YANG DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG OLEH MAHKAMAH AGUNG
BANGLADESH.
Berikut
kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS:
Pada hari ini
sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12
Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami
Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.
Perbicaraan
as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan
kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman
Bangladesh.
Ianya bukan
sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut
dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.
Jelas sekali
tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup
adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti
protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda
jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.
Kepada
pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal
as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan
syurga adalah janji dari Allah.
Teruskan
perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah
para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin
Allah. Allahu akbar!
حسبنا الله ونعم الوكيل
اللهم اقبله فى الشهداء واجعل دمه لعنه على قاتليه
-omakkau
~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~
- BELAJAR KOMPUTER - 1 GURU MENGAJAR 1 MURID ? KLIK
- IKLANKAN PRODUK/PERNIAGAAN ANDA DENGAN KAMI - KLIK
- PAKAR MEREKABINA PERKAKAS PERABUT - KLIK
No comments:
Post a Comment