Dalam meniti malam yang gelap, entah mengapa hati terlalu sayu, cuba menyemak2 kembali ceramah-ceramah yang di bekalkan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz, terjumpa Video ini dan saya konsikan buat rakan-rakan yang sudi untuk memikirkan sesuatu darinya....
Maklumat2 Berkaitan
Wednesday, March 21, 2012
Agama Rakyat Ikut Agama Raja dan Agama Raja Ikut Agama Ulama'
Dalam meniti malam yang gelap, entah mengapa hati terlalu sayu, cuba menyemak2 kembali ceramah-ceramah yang di bekalkan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz, terjumpa Video ini dan saya konsikan buat rakan-rakan yang sudi untuk memikirkan sesuatu darinya....
Monday, March 19, 2012
Kempen Bangkit OKU, tidak mengancam keselamatan negara.
SETINGGI kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T yang mana dengan izinnya penyerahan memorandum bersama OKU kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dapat disempurnakan di Auditorium Raja Aziz Addruse, Majlis Peguam sabtu lepas. Memorandum sempena kempen Gerakan Bersama Kebangkitan OKU 2012 “Bangkit” tersebut telah diterima sendiri oleh pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee.
11 perkara yang dikemukan dalam memorandum tersebut adalah perkara-perkara yang selama ini didepani oleh OKU yang pelbagai dan di setiap ceruk tanah air. Usaha yang dibantu oleh Majlis Peguam ini adalah suatu usaha berterusan kumpulan-kumpulan OKU dalam mengengahkan isu OKU kepada masyarakat dan pihak berkuasa.
Secara peribadi, pembabitan saya dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajan dalam membangunkan OKU dan mengambil pengalaman dalam pelbagai gerakan massa, memberi keyakinan bahawa isu OKU perlu diketengahkan melangkaui golongan OKU bahkan keluarga dan rakan OKU itu sendiri.
Isu OKU bukan isu OKU, keluarga OKU, rakan-rakan OKU atau mereka yang berurusan terus dengan golongan ini semata-mata. Ia adalah fenomenon dunia yang sengaja diciptakan oleh sang maha kuasa yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.
Seterusnya bila memperkatakan isu OKU, ia bukan sekadar menuntut kenaikan alaun-alaun kepada OKU atau mewujudkan alaun-alaun tambahan yang sesuai dengan keperluan OKU. Ia lebih dari itu. Isu yang melingkungi OKU merentas seluruh aspek kehidupan OKU sejak ia lahir hingalah waktu kematiannya.
Apa yang ingin saya dan rakan-rakan ketengahkan sememangnya bukan suatu yang agak biasa. Tuntutan memorandum Bangkit adalah cetusan dari pelbagai OKU yang telah saya sertai dari pelbagai seminar dan perbincangan. Ia bukannya ilham baru dan pandangan peribadi saya sendiri.
Apa yang ditekankan dalam memorandum Bangkit adalah program pembangunan OKU yang bersifat menyeluruh dan komprehensif. Ia tidak terhad kepada OKU tertentu dan tidak terbatas dalam aspek-aspek tertentu sahaja.
Antara yang ingin diambil perhatian termasuklah perkara-perkara berkaitan perlembagaan persekutuan dan pindaan undang-undang. Memorandum Bangkit juga suatu dokumen yang mengajak pihak berkuasa samaada yang diterajui oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk menilai dan memberi penambahbaikan kepada program pembangunan OKU yang sedia ada.
Dalam scenario inilah, kempen Bangkit mudah dilihat sebagai suatu gerakan politik. Lebih malang apa yang ingin dibawa oleh kempen Bangkit dilihat seolah-olah suatu usaha untuk menentang kerajaan BN dan menyokong PR.
Dalam kesempatan inilah ingin saya perjelaskan kekeliruan yang timbul. Semoga dengan penjelasan ini semua pihak akan faham dan memberi sokongan penuh kepada kempen ini dan tidak menaruh curiga yang tidak munasabah.
Pertamanya kempen Bangkit tidak digerakkan oleh mana-mana parti politik. Selain ngo-ngo OKU, ia diperkasakan oleh individu-individu yang telah lama bergiat dalam isu-isu berkaitan OKU.
Justeru ia tidak seharusnya dikaitkan dengan gerakan pro pembangkang atau gerakan anti kerajaan. Jauh sekali ia suatu gerakan yang mengancam keselamatan Negara.
Keduanya sekalipun kempen Bangkit dikatakan satu aktiviti politik, mari kita halusi suasana dan system Negara kita yang kita amalkan kini.
Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi di mana pemimpin yang menerajui Negara dipilih oleh rakyat. Dalam pada itu, Malaysia sebagai sebuah Negara demokrasi berperlembagaan, mengamalkan kebebasan hak untuk rakyat bersuara dan menyatakan pandangan.
Selanjutnya harus kita sedari bahawa dalam system kenegaraan hari ini, perundangan Negara tidak dibuat oleh mereka yang pakar sahaja tetapi ia dubuat dan diluluskan oleh parlimen yang terdiri dari Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Rakyat adalah dianggotai ahli-ahli-ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya.
Dengan struktur system kenagaraan inilah kami merangka satu program untuk menyuarakan suara OKU. Saya tidak nafikan dalam menyuarakan suara OKU tersebut, tentu saja ada perbezaan antara yang kami suarakan dengan apa yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Dalam hal inilah ia tidak wajar dilihat sebagai satu tindakan anti kerajaan atau pro pembangkang. Apatah lagi bilamana kita menyebut perihal pindaan perlembagaan persekutuan dan undang-undang Negara, ia bukanlah retorik pembangkang semata-mata.
Dengan system yang kita amalkan hari ini, hanya ahli-ahli politik saja yang berupaya untuk meminda perlembagaan Negara dan perundangan-perundangan utama. Apakah cara untuk kita memberi faham kepada mereka?
Jawabnya, melalui kempen-kempen sebeginilah input dan desakan sesuai dapat dikemukakan dan dilakukan. Lebih dari itu ia tidak hanya kepada parti pemerintah, bahkan kepada parti pembangkang juga.
Jika dikatakan kempen Bangkit adalah kempen politik, sememangnya ia tidak dapat dinafikan. Namun harus diingat, ia bukan kempen parti politik.
Bagaimana jika ada parti politik yang ingin bersama dengan kempen ini? Bagi saya ia bukan menjadi isu kami. Kami terbuka kepada sesiapa sahaja untuk bersama selagi mereka faham dan yakin dengan kempenBangkit.
Saya penuh insaf bahawa kempen Bangkit bukanlah suatu permulaan kepada usaha-usaha membangunkan OKU dinegara ini. Ia adalaah penerusan kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak selama ini.
Apa yang ingin diberi penekanan melalui kempen Bangkit adalah kefahaman yang lebih menyeluruh berkaitan isu-isu yang didepani oleh OKU. Kejayaan yang gemilang bermula dengan langkah pertama yang penuh kedaifan dan diikuti dengan langkah yang penuh kepayahan dan rintangan. – 26 Rabiul Akhir 1433H.
(MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF)
(AHLI JAWATANKUASA HAK ASASI MANUSIA MAJLIS PEGUAM)
SUMBER
Serah memorandum tuntut kerajaan pinda Perkara 8, 12 Perlembagaan Persekutuan (OKU mahu lebih pembelaan)
![]() |
| KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 19 MAC 2012 |
Gerakan Bersama Kebangkitan Orang Kurang Upaya (OKU) 2012 (Bangkit 2012) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menuntut kerajaan meminda Perkara 8 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi Kumpulan Kerja OKU Majlis Peguam, Muhammad Faizal Che Yusof berkata, tuntutan itu dibuat bagi mendesak kerajaan tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan kecacatan terhadap golongan tersebut.
Pinda Perlembagaan elak OKU didiskriminasi - Harakah Daily
| SUMBER |
| Pengerusi Kumpulan Kerja OKU Majlis Peguam, Muhammad Faizal Che Yusof sedang membentangkan tuntutan yang berkaitan Hak OKU sebelum MEMORANDUM tuntutan di serahkan |
| Wakil Lajnah Kebajikan PAS Pusat |
| Memorandum yang mengandungi 11 tuntutan itu telah diserahkan kepada wakil Suhakam, Prof. Datuk Dr Khaw Lake Tee. |
Wednesday, March 14, 2012
Jika kita tidak mempunya kasut....
Di Auditorium, Majlis Peguam, Leboh Pasar, 50050 Kuala Lumpur
Anda perihatin dengan permasalahan OKU di negara kita? Jangan lupa tarikh keramat 17 Mac 2012 & anda dijemput hadir ke Majlis ini.
Satu upacara penyerahan Memorandum berhubung pembangunan OKU di Malaysia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya SUHAKAM di akhir Majlis ini. Maklumat BANGKIT 2012 adalah:
Tarikh : 17 Mac 2012
Masa : 2.00PM
Tempat : Auditorium, Majlis Peguam, Leboh Pasar, 50050 Kuala Lumpur (belakang Pasar Seni)
Terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan anda!
BANGKIT 2012 adalah merupakan initiasif massa OKU yang digerakkan melalui Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam. Inisiatif ini adalah terdiri daripada kalangan OKU sendiri dengan kerjasama bukan OKU, yang merentas pelbagai jenis kecacatan dan latar belakang, dalam usaha mengetengahkan isu-isu kepentingan dan hak-hak OKU kepada umum, terutamanya para pembuat dasar negara.
Jawatankuasa Kumpulan Kerja OKU
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam
TENTAIF MAJLIS:
2.00pm – 2.20pm : Pendaftaran
2.20pm – 2.25pm : Kata-kata aluan
2.25pm – 2.35pm : Ucapan pembukaan oleh En. Mr. Steven Thiru, Bendahari, Majlis Peguam
2.35pm – 3.30pm : Ucapan dari wakil pelbagai kecacatan:
• OKU Pendengaran
• Masalah Pembelajaran/ Autisma
• OKU Anggota
• OKU Penglihatan
• Ahli keluarga OKU/ Ahli akademik
3.30pm – 3.50pm : Ucapan oleh En. Mohammad Faizal Che Yusof, Pengerusi, Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam; Koordinator BANGKIT
3.50pm – 3.55pm : Penyerahan Memorandum BANGKIT 2012 kepada SUHAKAM
3.55pm - 4.05pm : Ucapan penutup oleh En. Andrew Khoo, Pengerusi Jawatankuasa Hak
Asasi Manusia, Majlis Peguam
Sebarkan!!! ;)
Sumber
Video-video
Monday, February 27, 2012
Saturday, February 25, 2012
KONVENSYEN HAK ORANG KURANG UPAYA
KONVENSYEN HAK ORANG KURANG UPAYA
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Written by Administrator
Wednesday, 24 November 2010 08:42
1. Kenapa konvensyen ini diwujudkan?
2. Apakah prinsip konvensyen ini?
3. Apakah hak khusus dalam konvensyen ini?
4. Berapa buah negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya setakat kini?
5. Adakah Malaysia telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen ini?
6. Apakah erti ratifikasi ini?
7. Apakah tanggungjawab Malaysia selapas ini?
8. Bagaimanakah konvensyen ini dipantau?
9. Bolehkah orang awam membuat cadangan tentang pelaksaan konvensyen ini?
10. Siapakah yang akan bermanfaat selepas ratifikasi konvensyen ini?
Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
SUMBER
KETERANGAN LAIN - KLIK
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Written by Administrator
Wednesday, 24 November 2010 08:42
1. Kenapa konvensyen ini diwujudkan?
a. Untuk memupuk, melindungi dan memastikan Orang Kurang Upaya (OKU) menikmati hak secara sama rata dan bebas.
2. Apakah prinsip konvensyen ini?
a. Menghormati maruah setiap individu
b. Tiada diskriminasi
c. Menggalakkan penglibatan sepenuhnya
d. Menghormati perbezaan dan menerima OKU sebagai sebahagian daripada masyarakat
e. Memberi peluang yang sama
f. Kesamaan bagi lelaki dan perempuan
g. Menghormati hak kanak-kanak OKU
3. Apakah hak khusus dalam konvensyen ini?
a. Hak kesamaan dari segi perundangan tanpa diskriminasi
b. Hak untuk kehidupan
c. Hak kebebasan dan keselamatan individu
d. Hak untuk bebas daripada penyeksaan
e. Menghormati integriti fizikal & mental
f. Hak untuk pendidikan, kesihatan dan pekerjaan
g. Hak unutk terlibat dalam politik, aktiviti awam dan kesenian dengan bebas
4. Berapa buah negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya setakat kini?
a. 147 negara telah menandatangani, contohnya: Australia, Bhutan, China, Thailand (pada tahun 2007)
b. 96 negara telah meratifikasi, contoh: Australia, China, Thailand (pada tahun 2008)
5. Adakah Malaysia telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen ini?
a. Malaysia telah menandatangani konvensyen ini pada 8 April 2008
b. Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 19 Julai 2010
6. Apakah erti ratifikasi ini?
a. Kerajaan yang telah meratifikasi konvensyen ini bersetuju untuk berusaha dengan sedaya yang boleh untuk menguatkuasakan artikel yang tersirat dalam konvensyen ini, contoh: artikel 7 – kanak-kanak OKU & artikel 9 – kebolehaksesan
7. Apakah tanggungjawab Malaysia selapas ini?
a. Kerajaan Malaysia perlu memastikan artikel yang tersenarai dalam konvensyen dipatuhi. Sebagai contoh, artikel 9 – kebolehaksesan → bagi membolehkan golongan OKU hidup secara berdikari dan terlibat sepenuhnya dalam masyarakat, pihak kerajaan perlu memastikan akses OKU kepada alam sekitar, pengangkutan awam, informasi dan komunikasi, kemudahan dan perkhidmatan awam di bandar dan luar bandar adalah pada hak yang sama dengan orang lain.
8. Bagaimanakah konvensyen ini dipantau?
a. Konvensyen ini dipantau dalam konteks kebangsaan dan antarabangsa.
b. Dalam negara, satu rangka kerja perlu diwujudkan bagi mengukuhkan promosi serta implementasi konvensyen ini.
c. Di arena antarabangsa, satu Jawatankuasa Hak OKU akan ditubuhkan, yang akan akan mengkaji laporan yang dihantar tentang perlaksanaan konvensyen dan berhak menyoal berdasarkan status yang dibentang.
9. Bolehkah orang awam membuat cadangan tentang pelaksaan konvensyen ini?
a. Orang awam boleh membuat cadangan atau mengadu
b. Dalam protokol pilihan konvensyen ini, orang awam boleh mengadu kepada Jawatankuasa Hak OKU sekiranya negara itu tidak melaksanakan tanggungjawab yang tertakluk kepada konvensyen.
c. Selepas aduan atau cadangan diterima dan dikaji, negara tersebut akan diminta untuk memberikan penjelasan dan bertindak atas cadangan yang diterima
10. Siapakah yang akan bermanfaat selepas ratifikasi konvensyen ini?
a. Ia akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
b. Semua orang akan menjadi tua dan berkemungkinan menjadi kurang upaya satu hari kelak. Oleh itu ia adalah untuk kebaikan semua orang.
Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
SUMBER
KETERANGAN LAIN - KLIK
Subscribe to:
Posts (Atom)




