Friday, December 30, 2011

Korban Cinta di Majlis Sekolah Integrasi As-Syakirin

Kini Sekolah Integrasi As-Syakirin telah melangkaui 10 Tahun menjadi Madrasah Ilmu untuk mendidik dan mentarbiyyah generasi dari segi Ilmu Ad-Deen dan Akademik.

Tuesday, December 20, 2011

Lirik Munajat Cinta - Angah (Ali)

Munajat Cinta ini lahir dari naluri seorang insan yang telah mula merasa lemas dan takut terhadap segala perlakuan dosa dan noda yang telah dilakukan tanpa rasa malu pada Allah yang amat mengasihi setiap hambaNYA.

Atas hidayah dan petunjuk yang telah menyedarkannya, dia bermunajat di kedinginan malam untuk memohon keampunan dan merayu agar Allah menerimanya sebagai hambaNYA yang di kasihinya....

Monday, December 19, 2011

Mana kita PUNYA ???

Ini video yang bakal kita lihat dan kongsikan di FB atau mana2 ruang di Jaringan Maya Internet ini.


Memang menyentuh perasaan dan memang sepatutnya SIKAP sebeginilah yang perlu di dakwahkan oleh kita Umat Islam.  Banyak perintah, suruhan dan galakan kearah melakukannya.

Namun melalui Video Clip yang menyentuh hati ini, tahukah kita siapa penyanyi sebenar lagu ini? bagi yang tak mengenali, klik SINI

Siapa beliau ?  Klik SINI 

Jadi kalau dapatlah VLOGGER seperti Matluthfi (SINI) , atau Oneheartcs (SINI) atau ramai lagi yang berkemampuan, saya rasa hati kita akan lebih tenang untuk meng'SHARE'kan video-video seumpama ini...


Ni lagi satu VIDEO yang baik sebenarnya tapi bukan dari KITA


muga boleh difikirkan untuk kedua anak ini KLIK SINI  dan sesiapa juga yang sewaktu dengan mereka agar kesedaran itu sentiasa terusik dengan Video sepertinya dari KITA sendiri...


Tuan Yang Dipertua... Hamba hanya mohon mencadangkan... nak buat tak reti :)

Tuesday, December 13, 2011

Kebenaran Mukjizat Al-Quran

Sambungan dari Ceramah pertama - Bagaimana Kajian-kajian Sains, Astronomi dan sebagainya yang dilakukan, akhirnya akan mengakui kebenaran Al-Quran.  (KLIK)

Ceramah Ustaz Hishamuddin Abdul Azizi, yang telah lama saya simpan. Tengah tak ade keje... Jadi, saya manfaatkan untuk di kongsikan buat perkongsian ILMU buat semua kawan-kawan yang dahaga untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu Allah, muga ada manfaatnya buat kita...

Ikuti Ceramah-ceramah selanjutnya...

1. - Penemuan Sains terkini akhirnya mengakui bahawa Matahari juga bergerak, sedangkan ianya telah lama termaktub didalam Al-Quran


2. - Manusia berasal dari Monyet / Berok


untuk tajuk-tajuk ;


3. - Teori Perantaian Makanan
4. - Penemuan Sungai di Dasar Laut
5. - Pertembungan Dua Sungai
6. - Kisah Seorang Kapten Kapal Laut Memeluk Islam kerana Al-Quran
7. - Cantiknya Allah menyusun perkembangan JANIN dalam perut seorang IBU
8. - Rahsia Penciptaan Serangga Kelip-kelip@kunang-kunang

KLIK SINI


KLIK UNTUK SUMBANGAN PENGENDALIAN BLOG YANG DIKENDALIKAN OLEH WARGA OKU-

Kursus Komputer 1 -2- 1




PELBAGAI KURSUS KOMPUTER DI TAWARKAN

Kursus secara 1 to 1 (Seorang Guru dan seorang murid)
Boleh diadakan lebih masa mengikut permintaan pelajar
Kelas lanjutan boleh dijalankan mengikut permintaan
Waktu dan hari belajar boleh di tentukan mengikut kesesuaian masa
diantara guru dan pelajar


Silibus ;
Mengikut Kursus yang di minta (jika ada)
Akan dipimpin mengikut tahap pengetahuan pelajar

UNTUK KURSUS BIASA YURAN

RM 20 setiap 1 jam
&
RM 10 setiap 1jam berikutNYA
pada hari yang sama
UNTUK KURSUS KEMAHIRAN
SILA TELEFON


atau KLIK

Kepada yang berminat sila hubungi ;

TEL  -  012 555 0546

Omar bin Abdul Aziz
B-0-12(K), PPR Laksamana,
Jalan Peel,
55100 KUALA LUMPUR.

Saturday, December 10, 2011

Info Kemudahan dan Bantuan untuk OKU

10 Dis - Fenomena Gerhana Bulan, Raikan Dengan Solat Sunat


"Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan rakyat di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember, esok. Kita berpeluang menyaksikannya bermula dari pukul 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.
Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

Ayuhlah sama-sama kita raikannya dengan solat sunat gerhana bulan. Rasullullah S.A.W bersabda :

Wednesday, December 7, 2011

Jangan Bersedih, Inilah Jalan-Jalan untuk menuju Bahagia

Berikut adalah pesanan untuk mencapai kebahagiaan, yang diberikan oleh Sheikh `A'id Al-Qarni (Pengarang buku La Tahzan / Jangan bersedih)

Jangan Bersedih, Inilah Jalan-Jalan untuk menuju Bahagia

  • Sedarilah bahawa jika anda memikirkan hidup hanya hari ini sahaja, maka akan semakin buntulah fikiran anda, semakin bercelaru semua urusan,dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegusaran hati anda.
 

  • Inilah makna sabda Rasulullah SAW : "Jika tiba waktu pagi, janganlah menunggu hari petang; dan jika petang tiba, janganlah pula menunggu hingga waktu pagi."

  • Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, karena mengingati dan hanya memikirkan pada perkara yang telah berlalu merupakan tindakan yang bodoh dan merugikan.

  • Jangan terlalu memikirkan masa depan, sebab ia masih berada di alam gaib. Usahakan yang terbaik dan tawakkal dan pasti ia datang dengan sendirinya.

  • Jangan mudah tersinggung dengan kritikan. Jadilah orang yang tetap pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

Saturday, December 3, 2011

Hope2Walk - Antara Redha dan Usaha mengharungi jalan kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku insan OKU... kedua anak ini juga insan OKU. Bezanya aku pernah merasai ni'mat berjalan dengan kakiku sendiri, menyuap makanan dengan tanganku sendiri dan beberapa aturcara kehidupan harian yang mampu aku lakukan sendiri satu ketika dulu. Kini Allah mengambil kembali ni'mat itu sebaliknya menganugerahiku satu keni'matan lain yang penuh hikmah.



Kadangkala pesanan SABAR dan REDHA yang di ungkapkan, tidak semudah ungkapan itu di utarakan. Pengungkap sendiri belum tentu tahu bagaimanakah REDHA dan SABAR yang perlu di terjemahkan pada ketika keadaan yang berbeza. Mereka belum di uji... mereka belum merasai... dan mereka belum berada dalam 'dunia' ini...

Friday, December 2, 2011

PBT PRIHATIN, OKU INKLUSIF - (Ras Adiba Radzi-Moderator)

SEMINAR AKSESIBILITI OKU KEPADA BANGUNAN DAN KEMUDAHAN AWAM - 'PBT PRIHATIN, OKU INKLUSIF' yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Cabaran OKU - Aksesibiliti kepada kemudahan Awam, Realiti atau Impian?




Isu DNA Ramly Burger satu jawapan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Setelah isteri saya menghubungi Dato' Hj Ramli (yang merupakan rakan beliau) dan mendapat penjelasan, pihak Ramly Burger telah mengemukakan email ini untuk merungkai tuduhan-tuduhan yang banyak tersiar di laman-laman sosial dan web dan sebagainya. Saya sertakan beberapa salinan bahawa tuduhan itu ada berniat jahat atau dibuat tanpa penelitian yang sah.

Thursday, December 1, 2011

Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya buatkan video ni untuk adik-adik atau mereka2 yang ingin selalu membaca doa ini.  Doa ini diambil dari amalan Al-Ma'thurat yang telah disusun oleh Al- Syahid Imam Hassan Al Banna, menikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.