Friday, March 30, 2012

Fatwa & Hukum Menyambut April Fool

 "Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain.Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat.Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini:

1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:

Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:

“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:

“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.” [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
2) Shaikh Atiyyah Saqr:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

3) Shaikh Shalih Fauzan:

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Muslimin/muslimat sekalian,

Jika tanpa melihat fatwa dan pandangan ulama pun, kita sedia maklum bahawa amalan menipu melanggar etika seorang manusia yang bermoral. Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu.

Apatah lagi ditambah lagi dengan komen-komen para ulama yang disertakan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang melarang kita menipu, maka ternyatalah bahawa tradisi April Fool ini wajar dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!

Mudah-mudahan peringatan ini bisa membuka minda dan menyedarkan kita semua betapa ISLAM adalah agama yang sejahtera dan mensejahterakan. Larangan ini bagi menjaga hak setiap jiwa manusia agar tidak teraniaya.

"Dipetik dari: http://muzir.wordpress.com/2011/04/01/fatwa-hukum-menyambut-april-fool/"

Ruang dan Peluang ...

Terbaca artikel di akhbar di bawah ini, teringatkan kembali pada rayuan saya yang di hantar melalui e-mail dan mana-mana ruang kepada pihak pemerintah agar bukan sekadar kuota kerja OKU perlu di penuhi, malah memberi peluang kerja-kerja (TENDER) terhadap peluang yang ada dalam institusi kerajaan juga perlu di fikirkan.

Tapi malangnya ianya bukan merupakan isu besar negara kerana Warga OKU telah di beri BANTUAN dan nak apa lagi... itu lah agaknya lebih kurang pemahaman mereka. Bagi kawan-kawan yang tak OKU, berdoalah agar suasana ini bakal berubah...


SALAHKAH AKU MENUNTUT DARI APA YANG ORANG LAIN TELAH DAPAT ?

VIDEO 1 - KLIK

VIDEO 2 - KLIK

Wednesday, March 28, 2012

Ruqywah

Rawatan Terapi Al-Quran
"Dari pada sihir dan sentuhan dengki dan pandangan khianat dan kedengkian"

Saturday, March 24, 2012

Kongsikan...

Saya tak tau nak cakap apa lagi...

Tengok dan kongsikan jika ianya ada nilai...




Video Penyerahan Memorandum di SalamFM (Salam Insani)

video 1 - KLIK

video 2 - KLIK

video 3 - KLIK


video 4 - KLIK

video 5 - KLIK

SELANJUTNYA --> KLIK

Terima Kasih...

Thursday, March 22, 2012

Tak Nak Timeline Facebook ? Saya Ajarkan !

Pada kawan2 yang dah TERklik joint Timeline di Facebook, dan rasa lemas, runsing, pening, serabut atau apa juga istilah yang sewaktu dengannya... bolehlah anda ikuti langkah2 atau bahasa gomennya STEP yang saya berikan dibawah ini ;

BUKA / LOGIN AKAUN FACEBOOK ANDA

Maka mulalah mata anda diserang dengan rasa tention yang tidak menentu.  JANGAN MENCARUT... JANGAN MEMAKI... ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK


Wednesday, March 21, 2012

Agama Rakyat Ikut Agama Raja dan Agama Raja Ikut Agama Ulama'


Dalam meniti malam yang gelap, entah mengapa hati terlalu sayu, cuba menyemak2 kembali ceramah-ceramah yang di bekalkan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz, terjumpa Video ini dan saya konsikan buat rakan-rakan yang sudi untuk memikirkan sesuatu darinya....

MEMORANDUM BANGKIT 2012


Monday, March 19, 2012

Kempen Bangkit OKU, tidak mengancam keselamatan negara.

SETINGGI kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T yang mana dengan izinnya penyerahan memorandum bersama OKU kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dapat disempurnakan di Auditorium Raja Aziz Addruse, Majlis Peguam sabtu lepas. Memorandum sempena kempen Gerakan Bersama Kebangkitan OKU 2012 “Bangkit” tersebut telah diterima sendiri oleh pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee.

11 perkara yang dikemukan dalam memorandum tersebut adalah perkara-perkara yang selama ini didepani oleh OKU yang pelbagai dan di setiap ceruk tanah air. Usaha yang dibantu oleh Majlis Peguam ini adalah suatu usaha berterusan kumpulan-kumpulan OKU dalam mengengahkan isu OKU kepada masyarakat dan pihak berkuasa.

Secara peribadi, pembabitan saya dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajan dalam membangunkan OKU dan mengambil pengalaman dalam pelbagai gerakan massa, memberi keyakinan bahawa isu OKU perlu diketengahkan melangkaui golongan OKU bahkan keluarga dan rakan OKU itu sendiri.

Isu OKU bukan isu OKU, keluarga OKU, rakan-rakan OKU atau mereka yang berurusan terus dengan golongan ini semata-mata. Ia adalah fenomenon dunia yang sengaja diciptakan oleh sang maha kuasa yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

Seterusnya bila memperkatakan isu OKU, ia bukan sekadar menuntut kenaikan alaun-alaun kepada OKU atau mewujudkan alaun-alaun tambahan yang sesuai dengan keperluan OKU. Ia lebih dari itu. Isu yang melingkungi OKU merentas seluruh aspek kehidupan OKU sejak ia lahir hingalah waktu kematiannya.

Apa yang ingin saya dan rakan-rakan ketengahkan sememangnya bukan suatu yang agak biasa. Tuntutan memorandum Bangkit adalah cetusan dari pelbagai OKU yang telah saya sertai dari pelbagai seminar dan perbincangan. Ia bukannya ilham baru dan pandangan peribadi saya sendiri.

Apa yang ditekankan dalam memorandum Bangkit adalah program pembangunan OKU yang bersifat menyeluruh dan komprehensif. Ia tidak terhad kepada OKU tertentu dan tidak terbatas dalam aspek-aspek tertentu sahaja.

Antara yang ingin diambil perhatian termasuklah perkara-perkara berkaitan perlembagaan persekutuan dan pindaan undang-undang. Memorandum Bangkit juga suatu dokumen yang mengajak pihak berkuasa samaada yang diterajui oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk menilai dan memberi penambahbaikan kepada program pembangunan OKU yang sedia ada.

Dalam scenario inilah, kempen Bangkit mudah dilihat sebagai suatu gerakan politik. Lebih malang apa yang ingin dibawa oleh kempen Bangkit dilihat seolah-olah suatu usaha untuk menentang kerajaan BN dan menyokong PR.

Dalam kesempatan inilah ingin saya perjelaskan kekeliruan yang timbul. Semoga dengan penjelasan ini semua pihak akan faham dan memberi sokongan penuh kepada kempen ini dan tidak menaruh curiga yang tidak munasabah.

Pertamanya kempen Bangkit tidak digerakkan oleh mana-mana parti politik. Selain ngo-ngo OKU, ia diperkasakan oleh individu-individu yang telah lama bergiat dalam isu-isu berkaitan OKU.

Justeru ia tidak seharusnya dikaitkan dengan gerakan pro pembangkang atau gerakan anti kerajaan. Jauh sekali ia suatu gerakan yang mengancam keselamatan Negara.

Keduanya sekalipun kempen Bangkit dikatakan satu aktiviti politik, mari kita halusi suasana dan system Negara kita yang kita amalkan kini.

Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi di mana pemimpin yang menerajui Negara dipilih oleh rakyat. Dalam pada itu, Malaysia sebagai sebuah Negara demokrasi berperlembagaan, mengamalkan kebebasan hak untuk rakyat bersuara dan menyatakan pandangan.

Selanjutnya harus kita sedari bahawa dalam system kenegaraan hari ini, perundangan Negara tidak dibuat oleh mereka yang pakar sahaja tetapi ia dubuat dan diluluskan oleh parlimen yang terdiri dari Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Rakyat adalah dianggotai ahli-ahli-ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya.

Dengan struktur system kenagaraan inilah kami merangka satu program untuk menyuarakan suara OKU. Saya tidak nafikan dalam menyuarakan suara OKU tersebut, tentu saja ada perbezaan antara yang kami suarakan dengan apa yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Dalam hal inilah ia tidak wajar dilihat sebagai satu tindakan anti kerajaan atau pro pembangkang. Apatah lagi bilamana kita menyebut perihal pindaan perlembagaan persekutuan dan undang-undang Negara, ia bukanlah retorik pembangkang semata-mata.

Dengan system yang kita amalkan hari ini, hanya ahli-ahli politik saja yang berupaya untuk meminda perlembagaan Negara dan perundangan-perundangan utama. Apakah cara untuk kita memberi faham kepada mereka?

Jawabnya, melalui kempen-kempen sebeginilah input dan desakan sesuai dapat dikemukakan dan dilakukan. Lebih dari itu ia tidak hanya kepada parti pemerintah, bahkan kepada parti pembangkang juga.

Jika dikatakan kempen Bangkit adalah kempen politik, sememangnya ia tidak dapat dinafikan. Namun harus diingat, ia bukan kempen parti politik.

Bagaimana jika ada parti politik yang ingin bersama dengan kempen ini? Bagi saya ia bukan menjadi isu kami. Kami terbuka kepada sesiapa sahaja untuk bersama selagi mereka faham dan yakin dengan kempenBangkit.

Saya penuh insaf bahawa kempen Bangkit bukanlah suatu permulaan kepada usaha-usaha membangunkan OKU dinegara ini. Ia adalaah penerusan kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak selama ini.

Apa yang ingin diberi penekanan melalui kempen Bangkit adalah kefahaman yang lebih menyeluruh berkaitan isu-isu yang didepani oleh OKU. Kejayaan yang gemilang bermula dengan langkah pertama yang penuh kedaifan dan diikuti dengan langkah yang penuh kepayahan dan rintangan. – 26 Rabiul Akhir 1433H.

(MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF)
(AHLI JAWATANKUASA HAK ASASI MANUSIA MAJLIS PEGUAM)

SUMBER

Serah memorandum tuntut kerajaan pinda Perkara 8, 12 Perlembagaan Persekutuan (OKU mahu lebih pembelaan)

KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
19 MAC 2012

Gerakan Bersama Kebangkitan Orang Kurang Upaya (OKU) 2012 (Bangkit 2012) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menuntut kerajaan meminda Perkara 8 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Kumpulan Kerja OKU Majlis Peguam, Muhammad Faizal Che Yusof berkata, tuntutan itu dibuat bagi mendesak kerajaan tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan kecacatan terhadap golongan tersebut.

Pinda Perlembagaan elak OKU didiskriminasi - Harakah Daily

SUMBER

Pengerusi Kumpulan Kerja OKU
Majlis Peguam,
Muhammad Faizal Che Yusof
sedang membentangkan
tuntutan yang berkaitan
Hak OKU sebelum
MEMORANDUM tuntutan
di serahkan


Wakil Lajnah Kebajikan PAS Pusat
Memorandum yang mengandungi
11 tuntutan itu telah
diserahkan kepada wakil Suhakam,
Prof. Datuk Dr Khaw Lake Tee.

Wednesday, March 14, 2012

Jika kita tidak mempunya kasut....


Di Auditorium, Majlis Peguam, Leboh Pasar, 50050 Kuala Lumpur

Anda perihatin dengan permasalahan OKU di negara kita? Jangan lupa tarikh keramat 17 Mac 2012 & anda dijemput hadir ke Majlis ini.

Satu upacara penyerahan Memorandum berhubung pembangunan OKU di Malaysia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya SUHAKAM di akhir Majlis ini. Maklumat BANGKIT 2012 adalah:

Tarikh : 17 Mac 2012
Masa : 2.00PM
Tempat : Auditorium, Majlis Peguam, Leboh Pasar, 50050 Kuala Lumpur (belakang Pasar Seni)

Terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan anda!

BANGKIT 2012 adalah merupakan initiasif massa OKU yang digerakkan melalui Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam. Inisiatif ini adalah terdiri daripada kalangan OKU sendiri dengan kerjasama bukan OKU, yang merentas pelbagai jenis kecacatan dan latar belakang, dalam usaha mengetengahkan isu-isu kepentingan dan hak-hak OKU kepada umum, terutamanya para pembuat dasar negara.

Jawatankuasa Kumpulan Kerja OKU
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam

TENTAIF MAJLIS:

2.00pm – 2.20pm : Pendaftaran

2.20pm – 2.25pm : Kata-kata aluan

2.25pm – 2.35pm : Ucapan pembukaan oleh En. Mr. Steven Thiru, Bendahari, Majlis Peguam

2.35pm – 3.30pm : Ucapan dari wakil pelbagai kecacatan:
• OKU Pendengaran
• Masalah Pembelajaran/ Autisma
• OKU Anggota
• OKU Penglihatan
• Ahli keluarga OKU/ Ahli akademik

3.30pm – 3.50pm : Ucapan oleh En. Mohammad Faizal Che Yusof, Pengerusi, Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam; Koordinator BANGKIT

3.50pm – 3.55pm : Penyerahan Memorandum BANGKIT 2012 kepada SUHAKAM

3.55pm - 4.05pm : Ucapan penutup oleh En. Andrew Khoo, Pengerusi Jawatankuasa Hak
Asasi Manusia, Majlis Peguam

Sebarkan!!! ;)

Sumber

Video-video