Saturday, October 22, 2011

Infak dan Sedeqah

Assalamualaikum.


Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”

Hadis Riwayat Thabrani

JOM NGAJI adalah satu usaha dari saya untuk memudahkan sahabat-sahabat semua membaca AlQuran dengan panduan bacaan Qari dan Imam terkemuka, dimana saya editkan tulisan yang mudah dibaca dan meletakkan panduan garis untuk panduan hukum dan cara bacaan agar mudah diikuti.

JOM NGAJI kelolaan Sahabat OKU beroperasi tanpa tajaan mana-mana pihak dan berharap dengan bantuan DERMA/INFAK semua pihak kami dapat meneruskan usaha Projek Sahabat OKU ini.

Kami mengalu-alukan para DERMAWAN dan sahabat semua sudi bersama-sama kami menyumbang sedekah/infak bagi menjayakan dan memastikan kelangsungan projek ini.

Nama : OMAR BIN ABDUL AZIZ
Akaun No : 164 017 121 521
Bank : Maybank
Tel : 012 555 0546

atau ;

Nama : Omar bin Abdul Aziz
Akaun No : 141 022 989 660 9404
Bank : BSN
Tel : 012 555 0546

Kita mengharapkan dengan sedekah ini juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.” Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah. Oleh itu, janganlah takut untuk memberi sedikit rezeki kepada saya, kerana saya juga adalah golongan asnaf (penerima zakat) yang juga seorang OKU TEGAR. Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kelebihan rezeki yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki. Jom sama-sama turut serta dengan ikhtiar dakwah JOM NGAJI. Semoga kita adalah sebahagian hambaNya yang gemar memberi. Amin.

Semuga semuanya beroleh keredhaan dan keberkatan Allah, InsyaAllah
Terima Kasih.

OMAR ABDUL AZIZ
Tel : 012 555 0546

Sunday, October 16, 2011

Suara OKU - Salam FM

Saya copykan semua apa yang di tulis oleh penulis BLOG ini untuk dikongsikan bersama.





SUMBER

Sunday, October 16, 2011


Apabila OKU Mula Bersuara

Omar Abdul Aziz
Kehidupan warga yang bergelar Orang Kelainan Upaya atau lebih dikenali sebagai warga OKU tidaklah setabah dan seceria orang biasa walaupun kadang-kadang terdapat sebahagian daripada mereka ceria seperti tiada apa yang berlaku.


Jauh di sudut hati pasti tercetus sedikit perasaan hiba dan sedih walaupun secara kasarnya orang melihat mereka mendapat apa yang mereka inginkan tanpa merasa pedih hati mereka.


Setiap detik dan setiap inci pergerakan yang mereka lakukan memerlukan tenaga dan semangat yang berganda-ganda berbanding dengan manusia normal walaupun hanya mengambil secebis kertas ataupun hanya bergerak untuk mengalihkan badan daripada suatu tempat ke suatu tempat walaupun jaraknya hanyalah beberapa meter. Tahap keperluan kalori dan tenaga yang diperlukan adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan manusia normal.


Setiap level kehidupan mereka memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkan kejayaan seperti warga normal. Andai ketidak upayaan tersebut bermula sedari kecil, sedari kecillah pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi lebih-lebih lagi apabila berusia tujuh (7) tahun. Andai kanak-kanak biasa tidak mengalami masalah untuk bersekolah di mana-mana, tetapi tidak bagi kanak-kanak warga OKU, perkara itu tidaklah semudah yang disangkakan.


Pelbagai 'kerenah' perlu dilalui hanyalah untuk melayakkan diri bergelar sebagai seorang pelajar. Bagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk berdepan dengan pelbagai permasalahan tersebut, pasti kanak-kanak OKU dibiarkan di rumah tanpa pembelaan sewajarnya. Dan jika hal ini berlaku, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada penjaga kanak-kanak OKU tanpa mengetahui tekanan yang terpaksa dilalui oleh mereka.


Permasalahan berterusan lebih-lebih lagi untuk melepasi setiap level kehidupan. Contohnya level daripada bergelar pelajar sekolah rendah, berganjak menjadi pelajar sekolah menengah, kemudian ke matrikulasi/ STPM, dan seterusnya ke peringkat universiti.


Cabaran yang lagi hebat menunggu apabila melepasi dunia pelajar.. Golongan OKU amat sukar untuk diterima menjadi pekerja di sektor-sektor kerajaan dan di sektor-sektor swasta. Andai ada hanyalah sebilangan kecil sahaja daripada mereka dan yang selebihnya mengganggur di rumah seolah-olah menunggu "panggilan" daripada Ilahi.


Andai ada yang diterima bekerja, hanyalah beberapa peratus sahaja daripada mereka secara keseluruhan. Apa yang dibicarakan oleh kerajaan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 1% daripada kakitangan mereka dalah daripada kalangan warga OKU hanyalah ritorik semata-mata.


Tidak kurang juga yang diterima bekerja tetapi diberikan kerja yang tidak sepatutnya dan dengan gaji yang tidak masuk akal. Tetapi disebabkan tiada pilihan, maka golongan ini terpaksa memberi peluang untuk "diambil kesempatan" memandangkan terlalu sukar untuk mendapat pekerjaan.


Andai terdapat yang 'terlebih usaha' daripada yang 'lebih usaha', mereka akan mencuba membina kerjaya sendiri seperti berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka kedai 'top up' atau kedai kecil di tepi rumah, berjualan secara kecil-kecilan di dunia maya, mengambil upah memasak, ataupun belajar kemahiran seperti menjahit pakaian.


Bunyinya agak mudah, tetapi tidaklah semudah kita menaip di facebook, menaip di blog dan tidaklah semudah kita membaca artikel ini.


Kadang-kadang usaha mereka lakukan tidak setimpal dengan perolehan yang mereka dapat disebabkan oleh pelbagai cubaan dan cabaran yang terpaksa mereka tempuhi serta ketidak upayaan mereka untuk bersaing dengan orang normal demi mendapatkan sesuap rezeki.


Kekangan demi kekangan terpaksa mereka tempuhi dan kebanyakan daripada mereka tidak berani tampil menyuarakan permasalahan mereka kerana tiada siapa yang akan membantu walaupun di dada-dada akhbar, di tv-tv heboh diperkatakan mengenai keisitimewaan yang bakal diperolehi oleh warga OKU.


Hanya mereka sahaja yang sedar, dan rasa serta mengetahui bahawa apa yang dihebohkan tersebut hanyalah untuk mengaburi mata di bawah sedar masyarakat sekeliling bahawa nasib golongan OKU terbela.


Untuk mendapatkan hak-hak keistimewaan bukanlah seperti mengunyah kacang di dalam mulut. Tetapi perlu menempuhi pelbagai prosedure dan kerenah birokrasi yang memakan masa bertahun-tahun dan memerlukan tenaga dan upaya untuk turun naik di jabatan-jabatan tertentu semata-mata untuk mendapatkannya.


Bagi yang kuat, mempunyai sokongan dan kemudahan akan berjaya memilikinya tetapi bagaimana pula bagi yang lain-lain yang sukar untuk bergerak ke mana-mana apatah lagi untuk pergi berulang alik ke jabatan-jabatan hanyalah untuk mendapatkannya?


Andai mereka mempunyai duit dan sumber pendapatan, pasti akan berusaha mendapatkannya dengan prosedur seperti manusian normal yang kurang kerenahnya dan memerlukan masa yang singkat berbanding untuk melalui procedur warga OKU yang lebih bersifat membantutkan.


Ikuti wawancara bersama salah seorang warga OKU, En Omar Abdul Aziz (44 tahun), salah seorang warga OKU yang tabah yang sekarang giat menjalankan perniagaannya yang berkaitan dengan perniagaan komputer. Dan di bawah setiap video tersebut tertulis siratan wawancara beliau bersama DJ Radio Salam FM dalam rancangan Suara Insani.




Kekuatan semangat perlu menjadi suatu teras kepada usaha yang dilakukan dalam perniagaan ataupun meneruskan kehidupan sebagai warga Kelainan Upaya untuk menjadi orang yang turut sama berjaya dalam kehidupan yang mana telah Allah bentangkan di atas dunia ini dengan pelbagai nikmat yang disediakan untuk kita bersama.


Siapa pun kita.. tidak kiralah kita lebih upaya atau kurang upaya.. di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala hanyalah takwa yang menjadi penilaian-Nya.


Usaha dan kegigihan untuk menjadi maju biarpun terpaksa mengharungi seribu satu cabaran cukup membuatkan kita kagum dan berasa betapa hebatnya Allah Subhanallah yang menjadikan hamba-Nya kurang upaya di pandangan mata tetapi beribu daya semangat hidup.


Personaliti En Omar Abdul Aziz (44 tahun) merupakan seorang anak kelahiran Perak, merupakan salah seorang golongan Orang Kelainan Upaya.


Mengalami kecacatan sejak daripada kecil, kehilangan upaya untuk bergerak dan perlu bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda.


Setelah beliau diberhentikan dengan pencen sebanyak RM190 sebulan, beliau telah menubuhkan sebuah perniagaan yang berkaitan dengan komputer seperti perkhidmatan membaiki komputer, mengadakan kelas komputer, jual komputer dan sebagainya.


Beliau telah merangka beberapa strategi untuk memastikan beliau tidak semata-mata menjadi orang yang menerima bantuan sepanjag masa.


Jadi untuk merubah kepada ke arah berusaha dan berdikari, beliau telah menyediakan beberapa plan tindakan di mana walaupun terpaksa berdepan dengan persaingan hebat, namun beliau tetap meneruskan usaha dengan harapan ia tetap akan berjaya.
Adat perniagaan, ada kalanya naik dan ada kalanya jatuh meruncing.


Beliau turut cuba mendapatkan dana-dana daripada orang ramai untuk menaja pelajar-pelajar, anak-anak OKU, dan anak-anak orang warga kurang berkemampuan dan menggunakan dana tersebut dengan mengadakan kelas-kelas bagi mereka serta turut menampung bayaran-bayaran serta sewa dan tuntutan-tuntutan bil untuk meneruskan perniagaan beliau dalam usaha untuk hidup berdikari.




Segagah nama Khalifah Islam, Umar Abd Aziz, semangat dan kekuatan turut mengalir ke dalam diri En Omar Abdul Aziz.


Beliau tidak pernah kalah dengan keadaan yang beliau tempuhi dan alami. Seperti insan lain, beliau mempunyai impian dan cita-cita, juga perasaan yang membolehkan beliau melalui kehidupan ini tanpa merasa erti kekurangn kerana cabaran yang beliau hadapi tidak pernah mengenal siapakah beliau.

Dalam pada itu, beliau tidak pernah jemu untuk menghantar surat dan permohonan kepada pihak yang berwajib untuk memohon supaya mereka mempertimbangkan peluang-peluang perniagaan untuk diberikan kepada golongan-golongan peniaga warga OKU.

Contohnya kerja-kerja baik pulih komputer bagi jabatan-jabatan kerajaan dan 10% atau 20 % daripadanya disalurkan kepada golongan OKU tanpa melalui kerenah birokrasi yang terlalu banyak yang kadang-kadang tidak mampu untuk disediakan oleh warga OKU.

Contohilah acara sukan sukan olimpik, mereka pisahkan dengan sukan paralimpik semata-mata kerana mereka ingin melihat kedua-dua pihak samada peserta sukan yang sihat ataupun peserta sukan warga OKU turut akan merasai kemenangan walaupun dengan cara yang berbeza.

Dalam sukan, perkara ini boleh diasingkan dan tidak mustahil dalam usaha untuk mencari nafkah dan rezeki juga pihak penguasa atau yang berkuasa boleh memikirkan sesuatu untuk membantu golongan warga OKU. Sekurang-kurangnya mengurangkan prosedur yang perlu dilalui untuk memberi keringanan dan kemudahan kepada mereka untuk hidup berdikari tanpa perlu menagih simpati sesiapa.

Memberi sedikit peruntukan kepada warga OKU untuk berniaga membolehkan mereka ini mendapat sedikit sinar dan harapan agar perniagaan yang mereka usahakan boleh mereka jayakan dan mereka jalankan dengan lancar. Warga OKU memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak untuk bangkit menyahut cabaran dunia kehidupan yang banyak rencah kerenahnya.

Untuk membiarkan OKU berdiri sendiri, berusaha sendiri tanpa memberi sedikit suntikan dan bantuan menyulitkan lagi kehidupan mereka. Adalah tidak adil sekiranya pihak yang berkuasa membiarkan golongan OKU untuk berusaha dengan kudrat yang terbatas untuk bersaing dengan golongan orang biasa yang jauh lebih gah untuk maju.

Andai diberi kerjasama, diberi bantuan, diberi peluang kerja, warga OKU akan mampu berjalan seiring dengan peniaga-peniaga lain yang sempurna untuk berjaya dalam dunia perniagaan kerana mereka hanya memerlukan sedikit suntikan untuk turut duduk sebaris bersama-sama dengan peniaga lain.

Semoga luahan rasa yang beliau lontarkan menerusi ruangan ini mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak yang berkenaan. Moga menggamit keprihatinan masyarakat terhadap golongan Kelainan Upaya yang juga mempunyai keinginan untuk hidup berdikari.

Kepada Warga OKU di luar sana yang ingin berkongsi cerita duka, hantarkan atau hubungi :

Penerbit Salam Insani,
Bahagian Media JAKIM,
Aras 3 Blog D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62519, W.P Putrajaya, Malaysia.
Nukilan : LadyBird's Life  


LINK BERKAITAN