Tuesday, May 31, 2011

Panjang-panjang kan lah...

Mereka hanya menjalankan Amanah...
Kepada kawan-kawan, tuan-tuan, puan-puan yang tersinggah ke BLOG ini, tolong-tolonglah panjangkan surat saya ni pada dermawan-dermawan yang ada lebihnya dan sudi nak kongsikan dengan saya.  Mudah-mudahan dengan bantuan semua, dapatlah saya menyelamatkan kedai saya hingga ke akhir hayat saya sebagai usaha nak mencari lebihan pendapatan.

Sementara nak menunggu siapa juga yang menjadi Perdana Menteri boleh memikirkan sesuatu untuk di beri peluang kerja pada golongan-golongan OKU yang menjalankan perniagaan.  Tak perlu banyak, kalau 10peratus dari projek baiki komputer pejabat-pejabat kerajaan di buka peluangnya pada golongan OKU ni, tidaklah golongan OKU ni terkapai-kapai hampir nak lemas bila tiba masanya.

Patutlah kawan-kawan OKU yang lain lebih gemar menjual tisu, main gitar atau alat muzik walaupun kadang-kadang cara ini menjadi isu di dada-dada akhbar dan TB... tapi itulah jalan yang mudah tanpa risiko... "OKU buta menjual tisu - satu sendiket penipuan lah, sampai bila harus beginilah... macam-macam tajuk yang boleh dijadikan isi bagi melariskan perniagaan mereka.

Tapi aku sedar dan tahu inilah keperitannya bila menjalankan di kedai dan tanggungannya boleh menyebabkan otak boleh menggelegak...

Harap sudilah kawan2...  Nak joint skim cepat kaya ke, infinity ke... tak reti.  Muga ada yang sudi...

Monday, May 30, 2011

Kenyangkan Perut Rakyat



beli danJOM kita baca...

“Jika rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama merasainya.
Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir yang menikmatinya.”

Begitulah tuturkata indah yang pernah ditutur oleh lidah khalifah kedua umat Islam, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab tatkala beliau dihadiahkan makanan istimewa daripada Utbah bin Farqad,gabenor Arzerbaijan. Makanan yang terkenal paling lazat di Arzerbaijan ini diberi nama habish itu dibuat daripada minyak sapi dan kurma.

Sejurus makanan tersebut dihidang di hadapan khalifah, Saidina Umar lantas bertanya apakah nama makanan tersebut dan adakah seluruh rakyat di sana dapat menikmatinya..?
Beliau dimaklumkan bahawa makanan ini hanya dapat dinikmati golongan atasan.

Wajah Khalifah Umar berubah menjadi merah petanda marah. Maka, utusan yang datang itu diminta pulang ke negeri mereka dengan membawa kembali habish tersebut. Kepada gabenor, Saidina Umar menulis;

“………makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu."

Kisah ini terkandung dalam kitab Manaqih Amirul Mukminin yang dikarang oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyah. Hasan Al-Basri, seorang ulama zuhud .






SUMBER

Saturday, May 28, 2011

Doa Mohon Berlindung dan Keampunan dari Dosa

Maksudnya : Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau

Tahniah atas kejayaan mu

TAHNIAH...

Wednesday, May 25, 2011

SHAM Kamikaze kembali menyusuri Hidayah Allah

Kumpulan rock Kamekaze pernah popular pada suatu ketika dulu namum pemain gitar utama yang semakin giat aktif dalam bidang muzik ini pernah menghasilkan sebuah album berjudul Kontroversi. Pada peringkat Anugerah Industri Muzik, Sham pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.


Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan perembahan terbuka atau pun di stesen stesen TV. Dia juga mencurahkan pengalaman muziknya di Akademi Seni Kebangsaan. Antara tugasan yang pernah di pikulnya termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.


Jom kita tonton video ni untuk mendengar cerita daripada Sham Kamikaze sendiri.

Video Sham di akademi Fantasia

Monday, May 23, 2011

Menitis Air Mata dalam senyuman....

Sedang dalam saya klik klak apa-apa yang patut dibaca bagi menambah pengetahuan, tiba-tiba hati terdetak untuk online Facebook.  Sedang dalam saya menarik-narik scrool mouse kebawah untuk melihar paparan demi paparan, saya terpandang 1 video yang terpampang gambar saya.
Rasa sedih campur gembira bila melihat usaha anak ini untuk meng'video'kan gambar-gambar yang terdapat dalam Facebook saya yang di iringi lagu yang tersimpan pesanan yang baik pada liriknya.


LINK VIDEO

Terharu kerana anak ini tahu nilai erti persahabatan dan kawan-kawan walaupun ada segelintirnya kadang-kadang marah saya letak iklan perniagaan saya di Wall mereka.


LINK FACEBOOK ANAK INI 

DAN

LINK INI

Walaupun saya rasa sangat sedih dan terharu,  namun saya tetap tersenyum kerana itulah pesanannya pada link video ini.

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.


Muga Allah merahmatimu...
Jazzakallah.


Thursday, May 19, 2011

Apakah itu tandanya Debaran Cinta

Perasaan Cinta pasti akan dirasai oleh setiap insan di dunia ini...

Pernahkah anda merasai debaran CINTA...
 
Ketika bersama seorang lelaki dan seorang perempuan tak kira anak dara, teruna, isteri orang atau suami orang, duda dan janda... derabaran itu akan hadir.

Dalam perkembangan kemajuan zaman pula, kadangkala ada yang merasakan debarannya ketika sedang berCHATing berdua-dua di alam maya Facebook, Mysape dan apa juga laman sosial yang boleh menghubungkan mereka...

Begitulah indahnya...   ketika debaran itu akan dapat diarasai...
Mari sama-sama kita menghayati dan menyelami bagaimana
DEBARAN CINTA ITU BOLEH TERJADI...



Saturday, May 14, 2011

Jawapan untuk Soalan - 2

apa khabar cik, saya merupakan seorang student kursus mekanikal designer, ingin meminta pendapat,cik sbgai seorang OKU, untuk membantu projek akhir saya yang bertajuk " barangan keperluan untuk orang2 oku".oleh itu saya berharap cik dapatlah menyumbang idea kepada sya untuk mencipta barangan keperluan untuk orang2 OKU,segala kerjasama cik,sya ucapak terima kasih, as salam....








Waalaikumsalam.

OKU satu gelaran yang di berikan kepada Warga Golongan Kurang Upaya dalam ertikata lain Cacat Anggota atau sebagainya.  Walaupun panggilan sama, namun pemiliknya gelaran itu berbeza dari segi kemampuan mengikut bagaimana kecacatan itu dimiliki oleh setiap warga itu.  Misal contoh ada Warga OKU yang tiada kaki, tetapi tangan mereka kuat untuk mengubah kedudukan tubuh badan mereka dari satu tempat ke satu tempat.

Namun ada sebahagian warga OKU, walaupun mempunyai bentuk kaki yang sempurna namun tidak boleh bergerak dengan sendiri dan memerlukan bantuan untuk pergerakan mereka dari satu tempat ke satu tempat.  Untuk membantu OKU yang tidak boleh bergerak sendiri ini satu alat bantu perlu di fikirkan untuk membolehkan digunakan oleh warga OKU ini ketika mereka mahu bergerak dari satu tempat ke satu tempat, seperti contoh untuk turun dan naik kenderaan.

Mungkin sukar di fikirkan namun, saya percaya atas kebijaksanaan, pasti ada jalan atau cara untuk membolehkan Warga OKU yang susah bergerak ini mudah bergerak dengan menggunakan bantuan alat ini.  Misal contoh, saya amat susah untuk masuk ke kereta untuk pergi kemana-mana.  Jika ada suatu alat yang boleh mengangkat untuk masuk ke kereta maka tercipta lah 1 lagi keperluan OKU.

Saya mungkin boleh gambarkan seperti di gambar seperti berikut  ;
Ilustrasi disediakan oleh anak buah kat CC ni - Hakimi

Mungkin perkara ini di pandang kecil kecil, namun ia amat penting bagi OKU seperti saya dan rakan-rakan OKU yang sewaktu dengannya.  Bayangkan untuk balik ke kampung melihat ayah yang sakit, kena 5 atau 6 orang mengangkat masuk kereta.  Kadang-kadang balik kampung melihat ayah setahun (semasa hari raya) sekali kerana kesukaran tersebut.  Ayah telah terlalu uzur dan tidak mampu lagi untuk selalu berulang alik ke KL seperti dahulu.

Amat jarang Warga OKU yang hidup mewah.  Majoritinya berpendapatan kais pagi makan tengahari dan kain petang simpan untuk makan malam karang.  Untuk membeli kenderaan yang dilengkapi alatan yang di lengkapi hydraulic mestilah jauh panggang dari ayam yang nak di buat BBQ.

Nak harapkan kemudahan yang tersedia ada... maklumlah, sekadar ada jangan tak ada.  seperti contoh 6 buah Mobiliti untuk tampung Warga OKU sekitar Selangor dan KL... berebut dan kena booking.  Itupun untuk penghantaran sekitar KL.   Kalau ada keperluan jalan jauh, kena bayar lebih yang pasti poket Warga OKU tidak pernah sempat cukup untuk menyediakannya.  Perkhidmatan ini masih lagi belum pemerintah fikirkan untuk di ujudkan di negeri-negeri lain.  Kalau tidak boleh juga dari KL naik MOBILITI ke KLIA - sebab tiket kapal terbang OKU separuh katanya - dan bila sampai Ipoh naik MOBILITI Ipoh ke kampung rumah ayah... kan senang.  Mungkin nak tunggu projek PERMATA terlaksana terlebih dahulu, baru perkara ini boleh difikirkan... mungkin?.


Jadi sebagai pelajar yang mendalami bidang ini, fikirkanlah sesuatu peralatan seumpama yang dicadangkan agar ianya dapat memberi rasa bahagia pada Warga OKU yang amat memerlukannya.  Dengan adanya alatan yang boleh dibawa oleh Warga OKU kemana-mana sebagai alat untuk bantu pergerakan, peralatan ini akan dapat membantu Warga OKU Tegar ini untuk pergi ke tempat-tempat yang di perlukan dengan mudah.

Jika apa yang saya cadang agak tidak logik untuk dilaksanakan, fikirkan lah 1 alatan atau mesin yang boleh membantu memudahkan OKU tegar ini untuk mudah bergerak dan mudah naik dan turun kenderaan agar dunia mereka menjadi luas untuk mudah bermusafir ke mana-mana.

Wallahu a'lam, sekadar jawapan dari saya

aKu-oKu

Mayat Perempuan terbakar sejurus selepas kematian


Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

KURSUS-KURSUS KOMPUTER SECARA INTENSIF

Kami ada menyediakan KURSUS-KURSUS yang boleh di adakan mengikut masa yang diminta oleh pihak pelanggan.  Antara kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut ;

KURSUS  1




KURSUS  2


KURSUS 3


SENARAI HARGA KOMPUTER KAMI ;













Pelajari Komputer sambil membantu perniagaan Warga OKU
Tolong War-warkan di BLOG anda atau di mana jua sebagai langkah untuk membantu perniagaan saya yang amat memerlukan bantuan...
PASTI Allah ganjari jasa baik tuan/puan tersebut.

Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zena bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.

SUMBER - TAGGED SAHABAT

UJIAN ITU RAHSIA ALLAH S.W.T