Tuesday, July 31, 2012


SELANJUTNYA

Airplane home

Bruce Campbell is an electrical engineer who has a dream of creating an entire subdivision of retired airplanes, and he is starting with his own airplane house first.



Saturday, July 28, 2012

Ditipu beli baju kurung di Facebook


PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.

Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.

SUMBER

WAJAH Guinness World Record






Khutbah - Kearah Peningkatan Dunia OKU

Khutbah Pertama


الحمد لله الذي كرم الإنسان بالتقوى
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له
وأشهد أن سيدنا محمدا عبد الله ورسوله
الداعي إلى تكريم أهل العطاء والإحسان

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
أما بعد    -   فأوصيكم عباد الله ونفسي بتقوى الله تعالى وطاعته،
يقول الله عز وجل : وإن تحسنوا وتتقوا فإن الله كان بما تعملون خبيرا

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan makhluk berbeda, kuat dan lemah, sehat dan sakit dan kaya dan miskin, disebalik itu ada hikmah yang tersurat oleh Allah SWT, dan diantara keutamaan-Nya adalah dijadikannya kelebihan berdasarkan takwa dan amal sholeh yang bermanfaat bagi semua makhluk.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
« إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم »

Rasulullah SAW bersabda  :  "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati kamu".”(HR Muslim 2564). 

Maka nilai dan kemuliaan kedudukan manusia disisi Allah dan disisi manusia tersembunyi disebalik amalan baiknya yang bermanfaat.   Betapa banyak manusia cacat yang mempunyai semangat tinggi melebihi manusia sehat dan kuat, bahkan ia menyumbangkan kebaikan kepada masyarakatnya yang belum diberikan oleh sebahagian orang kuat dan sehat.

Sesungguhnya Islam memandang orang-orang cacat seperti orang buta, pincang, tuli, cacat anggota dan lainnya dengan pandangan penuh hormat, dan Islam mengajak untuk memberi perhatian serta berdiri disamping mereka, mengembangkan kekuatan, kemampuan dan kemahiran mereka dan meningkatkan cara pengendalian hidup mereka.

Seperti dianjurkan oleh agama kita, Rasulullah SAW bersabda :

 قال صلى الله عليه وسلم :
وعونك الضعيف بفضل قوتك صدقة، وبيانك عن الأرتم صدقة

“Pertolonganmu terhadap orang lemah dengan kekuatanmu berpahala sedekah, dan penjelasanmu terhadap orang yang tidak jelas ucapannya berpahala sedekah" (HR Ahmad 20401)

Barangsiapa yang ingin disayangi dan mendekatkan diri kepada Allah dan barangsiapa yang ingin mendapatkan pahala yang besar maka hendaklah kalian hampir dengan mereka (orang-orang cacat), membawa dan memberikan semangat kepada mereka, mendidik, mengajarkan dan merawat mereka, membantu projek mereka.  Orang-orang cacat itu mulia disebabkan  kesabaran mereka, dan mereka akan mendapat ganjaran pahala yang besar.

قال النبي صلى الله عليه وسلم
يقول الله عز وجل: من أذهبت حبيبتيه -أي عينيه- فصبر واحتسب لم أرض له ثوابا دون الجنة

Rasulullah Saw bersabda : “Allah SWT berfirman : barang siapa yang Aku hilangkan kedua yang dikasihinya –kedua matanya-, lalu ia bersabar dan menerima, maka Aku tidak menggantikan baginya selain surga” (HR At Tirmidzi 2401)

Balasan agung yang disediakan oleh Allah SWT bagi Warga OKU, keluarga dan orang yang merawatnya menjadi sumber motivasi untuk bersungguh-sungguh  dan tabah, dan mendorong Warga OKU untuk beradabtasi dengan cacat yang dialaminya agar menjadikannya individu yang aktif  dan istimewa yang memberi dan kreatif di dalam masyarakat.

Warga OKU yang mampu menukilkan nama mereka dalam  sejarah yang agung, meninggalkan jejak nyata yang membuktikan bahwa cacat tidak menjadi penghalang seseorang untuk maju, kreatif dan istimewa, dan diantara mereka yang tercatit sejarah agungnya itu adalah seorang sahabat Abdullah Ibnu Umm Maktum RA, hilangnya penglihatannya tidak menghalanginya untuk menuntut ilmu dan menjadi muaddzin Rasulullah SAW, bahkan ada beberapa ayat Al Quran yang diturunkan mengenainya, dimana Allah memerintahkan nabi-Nya untuk memperhatikan keadaannya, Rasulullah SAW memuliakannya dengan menghamparkan serbannya bila menerimanya, dan dia menggantikan Baginda di Al Madinan Al Munawwarah dua kali saat Baginda berpergian.

Imam At Tirmidzi RA juga adalah seorang yang buta, akan tetapi ia diberikan bakat  dan kelebihan yang menjadikannya tergolong sebagai ulama besar, ia trampil dalam ilmu hadits, menghafal dan menekuninya, mengelilingi Negara untuk mendengarkan langsung dari para ulama besar, dia menulis dan mengarang dan meninggalkan warisan yang sangat agung yang akan selalu dikenang selamanya.

Aban bin Utsman bin Affan RA seorang yang tuli, walaupun demikian ia termasuk pembesar fuqaha tabi'in dan termasuk fuqaha' dan ulama sepeluh terbesar, seorang fuqaha' berkata : Belum pernah saya melihat seorang yang lebih alim daripadanya dibidang hadits dan fiqh (Al Bidayah Wan Nihayah 9/261).

Perlindungan yang diberikan UAE kepada Warga OKU juga tidak dilupakan, dan ini merupakan bukti nyata  usaha yang diberikan terhadap para Warga OKU, didirikan  yayasan-yayasan didalamnya terdapat pelayanan kesehatan, gisi sehat, rehabilitasi fisik dan pendidikan, disediakan bagi mereka tempat parkir khusus bagi kendaraan mereka dan pintu-pintu masuk khusus disemua kantor pemerintahan dan masjid, para penyandang cacat mendapatkan perhatian yang cukup, dan mereka pun membalas kebaikan kepada negaranya, diantara mereka terdapat orang-orang kreatif yang meninggalkan jejak baik dan bermanfaat yang menunjukkan semangat mereka yang tinggi serta jiwa besar mereka, dan banyak pula yang menjadi juara dibidang olahraga, mereka mampu mengibarkan  bendera UAE pada event-event internasional, mereka telah mewujudkan prestasi  yang belum dicapai oleh lainnya.


سُوۡرَةُ الکهف
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجۡرَ مَنۡ أَحۡسَنَ عَمَلاً (٣٠)

Didalam Surah Al-Kahf, Allah berfirman ;

Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. (30) 

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ ربِّ العالمينَ، وأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وأَشْهَدُ أنَّ سيِّدَنَا محمَّداً عبدُهُ ورسولُهُ، اللهمَّ صَلِّ وسلِّمْ وبارِكْ علَى سيدِنَا محمدٍ وعلَى آلِهِ الطيبينَ الطاهرِينَ وعلَى أصحابِهِ أجمعينَ، والتَّابعِينَ لَهُمْ بإحسانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ

Ketahuilah bahawa sejarah kita telah mencatat perhatian kita terhadap para Warga OKU, sebagai penghormatan dan bentuk perhatian pada mereka, Al Walid bin Abdul Malik telah memberikan setiap Warga OKU satu pembantu, dan Umar bin Abdul Aziz  telah menyediakan setiap satu orang buta satu pemimpin jalan (Sejarah Damaskus 4/130). UAE sangat memperhatikan Warga OKU, dengan didirikannya pusat-pusat untuk merawat mereka, didatangkan para specialist yang bertugas mengajarkan mereka, disediakan perawatan kesehatan dan social bagi mereka, diberikan pekerjaan yang sesuai dengan mereka dan disediakan rumah-rumah yang layak bagi mereka, semoga Allah memberikan balasan baik usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin kita untuk setiap individu di Negara ini, dan semoga Allah memberikan balasan kepada semua yayasan yang merawat para orang-orang cacat dan berusaha melayani mereka sebaik mungkin.



OKU PELINDUNG UMMAT






Thursday, July 26, 2012

Rasional OKU bangkit, minta perhatian serius

Muhammad Adam Lee bin Abdullah
547 G, Blok 2,
Flat Sri Pahang,
Jalan Bukit Bangsar,
59000 Kuala Lumpur.


Datuk Seri Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS),
No. 318-A, Jalan Raja Laut,
50350, Kuala Lumpur.    25 Julai, 2012 = 5 Ramadhan, 1433


Datuk Seri (Al-Fadhil Tuan Guru),


RASIONAL OKU BANGKIT --- MINTA PERHATIAN SERIUS




Saya (seperti nama dan alamat tertera) dengan penuh hormat dan takzim ingin sekali memulakan perutusan ini dengan ucapan "selamat berpuasa" dan "salam Ramadhan Al-mubarak" buat Datuk Seri, seluruh jemaah kepimpinan dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dan sekalian Muslim Mu'min, khasnya warga Malaysia tercinta ini. Saya adalah seorang OKU penglihatan.

2. Tujuan perutusan warkah ini, tak lain, ialah untuk turut serta bersama sekalian ramai ahli komuniti yang, maaf, dengan izin, turut terpinggir dan "TERTINDAS" dik arus pembangunan yang semakin lari daripada unsur-unsur keagamaan, atau setidak-tidaknya, keadilan bersama, mengucapkan sekalung tahniah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) yang akan menubuhkan Sekretariat Prihatin OKU yang diharap memberi perhatian dan penumpuan serius semua, mentelah lagi, Wawasan 2020 kian hampir, yang mana ianya menjanjikan kemakmuran buat semua warga Malaysia ini.

OKU pohon semua masjid ada RAM

Nur Ikhwan Arifin,   

Tarikh 16 July 2012

Kepada

Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Y.A.B. Dato' Seri.

PER: PERMOHONAN MEMBAIK PULIH KESELURUHAN MASJID DIMALAYSIA.

Salam sejahtera Y.A.B Dato Seri,dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas,

2. Saya salah seorang warga orang kurang upaya yang sepenuhnya menggunakan kerusi roda selepas terbabit kemalangan  12 tahun lalu ingin mengusulkan beberapa perkara yang sangat penting untuk kami warga OKU,dimana kemudahan setiap masjid wajib ada RAM bagi memudahkan kami bersolat dimasjid dan tak terlepas solat jumaat.

3. Saya dilahirkan sebagai seorang Islam dan saya dididk sebagai seorang Islam,dan nilai nilai murni Islam terlalu menebal dihati saya, tetapi saya terlalu sedih kerana saya tidak dapat bersolat jumaat bersama sama dengan saudara Islam yang lain. Dan saya juga memahami nasib nasib warga OKU yang lain dimana pasti mempunyai keinginan untuk bersolat dimasjid.


Gambar Hiasan, bukan gambar penulis  (diambil dari FB --> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150997029187059&set=a.10150152843202059.340528.607912058&type=1&ref=nf)

Sunday, July 22, 2012

PM umum 19 Julai Hari Pesara tanda hargai golongan pesara

KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tarikh 19 Julai sebagai Hari Pesara bagi menghargai jasa serta pengorbanan pesara-pesara di sektor awam dan swasta.

Perdana Menteri mengisytiharkan demikian ketika berucap melancarkan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) sempena perhimpunan perdana pesara kerajaan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia sebagai maklum balas spontan Najib terhadap permintaan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang mahu kerajaan menetapkan satu tarikh bagi meraikan golongan pesara.

Dalam ucapannya, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini telah membela kebajikan lebih 400,000 pesara penjawat awam dengan baik dan mengharapkan mereka memberi sokongan padu kepada kerajaan.

"Apabila kita memberi hak kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang layak, patut dan pihak mana yang kita perlu beri sokongan, penentuannya ialah kepada sejauh manakah keyakinan kita terhadap sesuatu pihak itu untuk memimpin negara.

"Kalaulah kita timbulkan persoalan itu, saya ajukan (perlu dilihat) kepada track record kerajaan selama ini. Maknanya sejauh mana kita sebagai kerajaan telah berjaya membangunkan negara, memakmurkan rakyat dan khususnya kepada penjawat-penjawat awam, sejauh mana kita telah membela mereka selama ini," katanya di hadapan lebih 3,000 pesara penjawat awam yang menghadiri perhimpunan itu.

Thursday, July 19, 2012

Aisyah (Penyanyi) turut mengalirkan air mata

Sedutan sedikit dari Kupasan dalam Bicara Santai oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz bersama Aishah, yang telah menyentuh perasaan hadirin dan Aishah.

Muga ada manfaatnya ;

-


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Wednesday, July 11, 2012

Ranum Ramadan


Fajar harum, bermula salam dalam udara
yang mengkhusyukkan. Semuanya tiba
terdampar dalam sepi bermusim sabar:
Hati dan budi, didakap tulus oleh solat,
dalam gementar yang sentiasa syahdu.
Dalam nafas jerih bulan paling jernih,

amalan puasa mencabar dan mengajar.
Terlimpah sepadat makna yang perih;
kita belajar dari derita yang pedih;
dan dalam bulan ujian terlalu garang
kita masih boleh mengutip kesejahteraan.
Dongak ke angkasa rahsia mengkhayali

lapisan sfera, ke qalbu tersentuhnya
kita, digundahi kekaguman luar biasa:
Bumi anugerah Allah dan terpilih kita
khafilahnya, datang yang dianugerahi,
boleh memberi, boleh juga memungkiri,
terpulang santun memilih atau menafi.

Bulan ini memangnya saat bertafakur,
bersedia memurni diri jika bersyukur,
kerana puasa yang menguji, menjelang
Aidilfitri, nafas kudus menghening diri,
terbimbing ke batin lebih berhemah.
Terima kasih kita sepadu syahdu arah

yang memang datang seiring anugerah;
kerana manusianya kita, dan kerdilnya
di hadapan Allah, wajar bersyukurlah
setiap saat, sepurnama, penuh mekar
dalam debar, membaca setiap iktibar.
Kita beransur ranum dalam bulan mulia.

A. SAMAD SAID


Sunday, July 8, 2012

Adab Bersolek Dalam Islam

HANYA GAMBAR HIASAN

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:

1. Apabila menghadap cermin bacalah: Selawat 3 X

Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.

2. Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan Mulut, Hidung, Mata, Dahi
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

3. Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) (seperti diatas) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke Mulut, Hidung, Mata, Dagu.

Selamat beramal..

Tolong sampaikan pesanan berguna dunia akhirat ini kepada rakan anda.

-

 ~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~  

Saturday, July 7, 2012

Cantik itu Subjektif

Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.

Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.

Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakan seorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengar pelajar-pelajar mama puji mama cantik.

Apabila saya mula meningkat remaja, orang selalu kata kakak saya cantik macam mama saya.

Baru saya perasan, kakak saya cantik. Tetapi kakak saya berbeza daripada mama saya. Bulu mata dia lebat, melentik, dan mata dia besar. Kulit dia pula putih bersih, tidak berjerawat serta memiliki badan yang kecil.

Laa .. ingatkan sebab ada kesedaran, rupa-rupanya ....

Dah betul dah kesedaran tak cukup dewasa lagi nak dating & takut mak marah, tapi bukan sebab tu rupanya.  "Tapi sebenarnya bukan tak nak, dia hanya ada motor je, mana ada standard dating naik motor."  Walaweyh .. alasan sebab yang ajak tu mat motor .. kalau mamat berkereta gerenti tak keluar dah statement gitu .. meloncat terus masuk kereta eh ?? haish .. parah betul tahap material remaja sekarang ni.. huhuhu

SUMBER

VIDEONYA - KLIK