Saturday, February 25, 2012

KONVENSYEN HAK ORANG KURANG UPAYA

KONVENSYEN HAK ORANG KURANG UPAYA
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Written by Administrator
Wednesday, 24 November 2010 08:42

1. Kenapa konvensyen ini diwujudkan?

a. Untuk memupuk, melindungi dan memastikan Orang Kurang Upaya (OKU) menikmati hak secara sama rata dan bebas.

2. Apakah prinsip konvensyen ini?

a. Menghormati maruah setiap individu

b. Tiada diskriminasi

c. Menggalakkan penglibatan sepenuhnya

d. Menghormati perbezaan dan menerima OKU sebagai sebahagian daripada masyarakat

e. Memberi peluang yang sama

f. Kesamaan bagi lelaki dan perempuan

g. Menghormati hak kanak-kanak OKU


3. Apakah hak khusus dalam konvensyen ini?

a. Hak kesamaan dari segi perundangan tanpa diskriminasi

b. Hak untuk kehidupan

c. Hak kebebasan dan keselamatan individu

d. Hak untuk bebas daripada penyeksaan

e. Menghormati integriti fizikal & mental

f. Hak untuk pendidikan, kesihatan dan pekerjaan

g. Hak unutk terlibat dalam politik, aktiviti awam dan kesenian dengan bebas


4. Berapa buah negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya setakat kini?

a. 147 negara telah menandatangani, contohnya: Australia, Bhutan, China, Thailand (pada tahun 2007)

b. 96 negara telah meratifikasi, contoh: Australia, China, Thailand (pada tahun 2008)


5. Adakah Malaysia telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen ini?

a. Malaysia telah menandatangani konvensyen ini pada 8 April 2008

b. Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 19 Julai 2010



6. Apakah erti ratifikasi ini?

a. Kerajaan yang telah meratifikasi konvensyen ini bersetuju untuk berusaha dengan sedaya yang boleh untuk menguatkuasakan artikel yang tersirat dalam konvensyen ini, contoh: artikel 7 – kanak-kanak OKU & artikel 9 – kebolehaksesan

7. Apakah tanggungjawab Malaysia selapas ini?

a. Kerajaan Malaysia perlu memastikan artikel yang tersenarai dalam konvensyen dipatuhi. Sebagai contoh, artikel 9 – kebolehaksesan → bagi membolehkan golongan OKU hidup secara berdikari dan terlibat sepenuhnya dalam masyarakat, pihak kerajaan perlu memastikan akses OKU kepada alam sekitar, pengangkutan awam, informasi dan komunikasi, kemudahan dan perkhidmatan awam di bandar dan luar bandar adalah pada hak yang sama dengan orang lain.

8. Bagaimanakah konvensyen ini dipantau?

a. Konvensyen ini dipantau dalam konteks kebangsaan dan antarabangsa.

b. Dalam negara, satu rangka kerja perlu diwujudkan bagi mengukuhkan promosi serta implementasi konvensyen ini.

c. Di arena antarabangsa, satu Jawatankuasa Hak OKU akan ditubuhkan, yang akan akan mengkaji laporan yang dihantar tentang perlaksanaan konvensyen dan berhak menyoal berdasarkan status yang dibentang.

9. Bolehkah orang awam membuat cadangan tentang pelaksaan konvensyen ini?

a. Orang awam boleh membuat cadangan atau mengadu

b. Dalam protokol pilihan konvensyen ini, orang awam boleh mengadu kepada Jawatankuasa Hak OKU sekiranya negara itu tidak melaksanakan tanggungjawab yang tertakluk kepada konvensyen.

c. Selepas aduan atau cadangan diterima dan dikaji, negara tersebut akan diminta untuk memberikan penjelasan dan bertindak atas cadangan yang diterima


10. Siapakah yang akan bermanfaat selepas ratifikasi konvensyen ini?

a. Ia akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

b. Semua orang akan menjadi tua dan berkemungkinan menjadi kurang upaya satu hari kelak. Oleh itu ia adalah untuk kebaikan semua orang.


Sam Wong

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

SUMBER

KETERANGAN LAIN - KLIK

Friday, February 24, 2012

Pancing Ikan, Mata Kail, & Cinta




sumber

GERAKAN BERSAMA KEBANGKITAN OKU 2012 (BANGKIT 2012)


GERAKAN BERSAMA KEBANGKITAN OKU 2012 (BANGKIT 2012) & JEMPUTAN MENJAYAKAN MAJLIS GERAKAN BERSAMA KEBANGKITAN OKU 2012 (BANGKIT 2012) DAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM

BANGKIT 2012 adalah merupakan initiasif massa OKU yang digerakkan melalui Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam. Inisiatif ini adalah terdiri daripada kalangan OKU sendiri dengan kerjasama golongan bukan OKU yang merentas pelbagai jenis kecacatan dan latar belakang, dalam usaha mengetengahkan isu-isu kepentingan dan hak-hak OKU kepada umum, terutamanya para pembuat dasar negara.

Sekretariat BANGKIT 2012 ingin menjemput tuan/ puan bagi menjayakan usaha ini. Di mana di akhir majlis ini, satu upacara penyerahan Memorandum BANGKIT 2012 kepada pihak SUHAKAM akan diadakan dengan kehadiran wakil dari pihak SUHAKAM sendiri. Maklumat berkaitan majlis BANGKIT 2012 adalah seperti berikut:

Tarikh      :      17 Mac 2012
Masa       :      2.00PM
Tempat    :     Auditorium, Majlis Peguam, Leboh Pasar, 50050 Kuala Lumpur

Monday, February 20, 2012

Bantu OKU jana pendapatan


SUMBER

DIBAWAH LINDUNGAN KA'ABAH (Kisah Benar tentang anak OKU)

"Abang! Ini adalah takdir Allah s.w.t. Kita terima bang dengan penuh redha." Ujar si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu.

"Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya.

Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca dari si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.

"Keturunan abang adalah molek-molek belaka. Tak ada yang cacat seperti anak kau ini." Berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.

Sunday, February 19, 2012

Delema kehidupan OKU (1)


KECACATAN yang dialami oleh seseorang Orang Kurang Upaya (OKU) akan menjadikan seseorang itu dilihat daif. Kecacatan juga akan menjadikan OKU itu dilihat serba lemah dan serba kekurangan. Natijah dari persepsi itulah golongan OKU akan dijadikan salah satu dari kumpulan yang harus diberi perhatian dalam program kebajikan.

Persepsi kebajikan seterusnya menjadikan OKU dilihat sebagai golongan yang perlu dibantu sebagaimana kelompok-kelompok minority lain termasuk orang miskin dan ibu tunggal.

Program untuk OKU dirangka sekadar memastikan OKU itu dapat hidup dengan keperluan paling asas. Sebagaimana program-program kumpulan lain, sehabis jauh OKU dimasukkan dalam program untuk berupaya menjana kehidupan sendiri sepertimana yang dijalankan dalam e-kasih dan 1 azam.

Dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan, kesihatan, perumahan dan pekerjaan, pembangunan OKU dilaksanakan tidak seragam dan jarang sekali ianya bersifat berterusan dan berkesinambungan.

Hal sebegini boleh terjadi bilamana pembangunan untuk OKU itu diperhatikan dari persepsi kebajikan. Dengan erti kata lain, kedaifan yang dipalitkan kepada OKU menjadikan tindakan perancangan dan perlaksanaan lebih cederung kepada rasa simpati.

Menyedari hal inilah gerakan antarabangsa melalui kerangka Biwaco Millennium menyatakan bahawa pembangunan OKU perlu didasari kepada hak dan bukan lagi kebajikan atau simpati.

Sebagai manusia, OKU seharusnya berfungsi sebagai insan lain yang hidup dalam masyarakat. Pihak pemerintah perlu menyediakan satu suasana yang membolehkan OKU turut menyumbang kepada masyarakat di keliling kehidupannya seterusnya menjadi penyumbang kepada Negara menaunginya.

Bagi memastikan fungsi itu dapat dilaksanakan, sebarang halangan atau rintangan yang berbangkit dari kecacatan dialami oleh individu OKU bilamana ia keluar kepada masyarakat perlulah dihilangkan. Bagi tujuan itu, OKU perlu diberikan kekuatan dalaman yang cukup, suasana keliling yang tersedia untuk OKU berfungsi dan system masarakat yang faham peri potensi dan kekurangan yang ada. – 3 Safar 1433h. (MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF)



Lagi Video Beliau di SalamFM - KLIK

Friday, February 17, 2012

Jika asas perkahwinan

Copy dari FB

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

WaAllahuA'lam

Forum OKU Tertindas OKU Culas - SESI PENGGULUNGAN



Forum OKU Tertindas OKU Culas - SESI MENJAWAB SOALAN



Thursday, February 16, 2012

Forum OKU Tertindas OKU Culas - SESI SOAL JAWAB





Jangan Intai Orang Mandi

Kerana ingin mengetahui SABUN apa yang wangi dan keharumannya yang menusuk KALBU ?
Hubungi rakan saya ini untuk dapatkan Sabun tersebut...

012 5838 771 (Shah'S)

Tuesday, February 14, 2012

Awas! Jerat Valentine’s


Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, berpandukan kepada keputusan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tersebut yang boleh diakses melalui laman web e-fatwa Jakim di alamat www.e-fatwa.gov.my, sewajibnya seluruh umat Islam akur serta memahami bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.

“Aqidah adalah menjadi perkara teras dalam ajaran agama Islam yang mesti dipelihara oleh setiap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, adalah menjadi keperluan mendesak kepada seluruh umat Islam untuk memahami isu itu bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu aktiviti yang dilarang dalam Islam kerana mempunyai susur galur sejarah yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Elemen itu, jelasnya adalah elemen utama yang menjadi alasan keharaman sambutan perayaan valentine bagi seluruh umat Islam.

Dasar itu, katanya adalah selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

“PUM juga menyokong inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah melancarkan kempen Awas! Jerat Valentine’s (VIDEO BUNUH ANAK - KLIK SINI) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pihak NGO, Raudhah Sakinah,” ujarnya lagi.

Pada hemat PUM, kata beliau pendekatan seumpama itu mesti dikembangkan ke seluruh pelosok tanah air supaya dapat membantu membina kefahaman umat Islam khususnya di kalangan orang muda dalam menangani isu tersebut secara objektif.

Dalam pada masa yang sama, kata beliau PUM juga mengesyorkan kepada pihak berwajib seperti Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak-pihak berkepentingan lain melakukan pemantauan berterusan kepada siaran media cetak dan elektronik supaya tidak menyiarkan apa jua kempen, iklan, drama, filem dan artikel (KLIK SINI) yang boleh menggalakkan umat Islam menyertai sambutan hari valentine tersebut.

PUM juga, tambahnya ingin menasihatkan masyarakat bukan Islam supaya memahami isu itu secara objektif serta menghormati prinsip agama Islam yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam.

“Dasar hukum ini adalah hanya mengikat dan terhad kepada seluruh umat Islam sahaja,” jelasnya.

Harakahdaily, 13 Feb 2012

-

~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 
-

Forum OKU Tertindas OKU Culas - Memorandum

JOM Beri Sokongan pada Warga OKU. Ikuti hasrat seorang peguam OKU ini...

SEBAGAIMANA saya nyatakan sebelum ini, tahun 2012 merupakan titik penting kepada perkembangan pembangunan OKU di rantau Asian dan Malasia. Justeru, kesedaran OKU dan masyarakat awam kepada isu-isu OKU suatu usaha yang perlu digarap bagi menyediakan suasana yang lebih sejahtera kepada OKU di Negara ini.

Pada jumaat lalu, saya selaku ahli Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam (Kumpulan Kerja OKU) telah menyertai beberapa mesyuarat dan forum bagi mengenengahkan isu-isu OKU kepada pelbagai kelompok masyarakat dan institusi di Negara ini.

Bermula dengan pertemuan bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), satu kesefahaman telah dicapai di mana jalinan kerjasama rapat akan diwujudkan antara Suhakam dan Kumpulan Kerja OKU terutama dalam membantu Negara memenuhi aspirasi Konvensyen Antarabangsa Berkaitan hak-hak OKU (CRPD) dan Akta OKU 2008.

Bagi tujuan tersebut, ia akan dimulakan dengan penyerahan satu memorandum awam kepada Suhakam bagi mengengahkan isu-isu berkaitan OKU kepada pihak pemerintah dan masyarakat umum. Memorandum yang menggabungkan aspirasi OKU yang pelbagai tersebut akan dilangsungkan pada 17 Mac 2012 bertempat di Auditorium Majlis Peguam bermula jam 2 petang. Seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik adalah dijemput hadir bagi member sokongan padu kepada pembelaan OKU di Malaysia.

Satu sidang media khas insya Allah akan diadakan sejurus sebelum hari berlangsung bagi mengingatkan massa berkaitan hari penuh bersejarah tersebut.

Pada sebelah petang, saya turut berpeluang besama dalam mesyuarat bagi menyediakan input kepada Pengisytiharan Hak Asasi Asian. Meskipun ia satu perkara baru, kesempatan yang ada perlu dimanfaatkan bagi meletakkan isu OKU berada di tengah-tengah masyarakat.

Pada sebelah malam pula, bertempat di Dewan Besar Kompleks MAB Brickfields, saya telah menyertai Forum OKU Tertindas OKU Culas sebagai salah seorang panel. Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan penyertaan peserta yang melimpahi dewan.

Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Berkerja Sendiri OKU penglihatan (PKB). Penganjuran forum pada jumaat lepas bertepatan dengan satu konraversi kempen yang dijalankan di Kuala lumpur iaitu “Henti Memberi, Kami Prihatin”.

Saya berterima kasih kepada sekalian rakan-rakan yang menjayakan forum bersejarah tersebut. Juga ucapan setinggi penghargaan kepada rakan-rakan yang telah merekodkan forum tersebut termasuklah dalam blog Besi Waja dan Aku OKU. Allah jualah sebaik pembalasan atas tenaga yang dicurahkan.

Pada hari sabtu pula, saya telah bersama dalam sesi pencernaan input kepada memorandum yang akan dikemukakan bersama-sama rakan OKU penglihatan. Nyatanya isu yang mendepani OKU sejak sekian lama bagai tiada penghujung tanpa satu usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan kea rah penambahbaikan.

Gerakan bersama OKU perlu digarap agar kesejahteraan OKU dapat dicapai. Satu peringatan kepada rakan-rakan OKU, kuasa anda sebagai pengundi perlulah dimanfaatkan moga ia menjadi senjata ampuh bagi menwujudkan kehidupan OKU yang lebih kondusif di bumi tercinta ini. Ambang pilihanraya suatu suasana di mana kuasa rakyat menjadi dominan. – 20 Rabi’ul Awal 1433H.


 (MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF)

(AHLI JAWATANKUASA HAK ASASI MANUSIA MAJLIS PEGUAM)






Sunday, February 12, 2012

Isu Aksesibiliti OKU & Warga Tua OKU - Mohammad Faizal Che Yusof

Mohammad Faizal Che Yusof (Peguam OKU) sebagai ahli panel dalam Forum OKU TERTINDAS, OKU CULAS



Hishamuddin Rais - Forum OKU Tertindas, OKU Culas

Forum yang dianjurkan oleh Persatuan Orang Kurang Upaya Cacat Penglihatan Bekerja Sendiri (PKB)

Bertajuk "OKU Tertindas, OKU culas"

Tarikh: 10 Februari 2012.

Tempat: Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: 8:00 malam.

Ahli panel:

1. Saudara Hishamuddin Rais, aktivis reformis.

2. Mohammad Faizal Che Yusof, aktivis hak asasi (seorang OKU penglihatan).





Isu Peluang Perkerjaan OKU di Forum OKU Tertindas OKU Culas - Mohammad Faizal Che Yusof

Mohammad Faizal Che Yusof (Peguam OKU) sebagai ahli panel dalam Forum OKU TERTINDAS, OKU CULAS



Isu Pendidikan OKU di Forum OKU Tertindas OKU Culas - Mohammad Faizal Che Yusof

Mohammad Faizal Che Yusof (Peguam OKU) sebagai ahli panel dalam Forum OKU TERTINDAS, OKU CULAS


Konvensyen Mengenai Hak OKU - Mohammad Faizal Che Yusof

Mohammad Faizal Che Yusof (Peguam OKU) sebagai ahli panel dalam Forum OKU TERTINDAS, OKU CULAS

Friday, February 10, 2012

ISU OKU - "Sindiket pengemis buta" (Bah 2)

Penjelasan Balas Encik Syafiq Johntan - Pengerusi Badan Bertindak OKU Penglihatan Bekerja Sendiri



DENGAR SALAM FM DI -KLIK-

ISU OKU - "Sindiket pengemis buta" (Bah 1)

Penjelasan JKM tetang ISU - "Sindiket pengemis buta"



DENGAR SALAM FM DI -KLIK-

Tuesday, February 7, 2012

IKLAN FORUM - "OKU Tertindas, OKU Culas"


KETENGAN LANJUT HUBUNGI ;

saudara Samar Saad di talian tangan 013-6968618

atau layari

KLIK

Memorandum OKU

Memorandum bertujuan menuntut kerajaan mewujudkan agensi-agensi kerajaan & swasta seta masyarakat yang cakna dan memahami keperluan, keupayaan dan sumbangan oleh Orang Kurang Upaya.

Pewartaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 )Akta 685) adalah suatu kejayaan penting kepada usaha pembangunan OKU setelah melalui sejarah panjang. Ia diikuti pula dengan tindakan kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa berkaitan hak OKU pada tahun berikutnya.

Wawasan 2020 yang ingin membawa negara mencapai status negara maju kini kian hampir. Dalam suasana inilah cabaran kepada pembangunan OKU terus menyaksikan lompang-lompang dalam sistem yang terdiri dari pemerintah dan rakyat yang perlu mendapat perhatian segera dan sewajarnya. Apatah lagi cabaran ketujuh yang ingin mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga yang kukuh.

OKU adalah individu yang hidup dalam system masyarakat yang tidak harus dipinggir atau dilihat terpinggir dalam arus perdana. Justeru, hal-hal berikut perlu dihalusi bagi kesinabungan pembangunan OKU yang lebih lestari:

1. Pemantapan undang-undang sedia ada bagi menjamin kelangsungan hidup OKU.

- Pindaan perlembagaan bagi memasukkan tiada diskriminasi berasaskan kecacatan dalam Perkara 8 (2) dan 12 (1). Peruntukan asal fasal-fasal tersebut adalah sebagaimana berikut:
8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undangundang.

Kemiskinan lebih buruk jika pemimpin tamak - Sultan Perak

05/02/2012 6:30pm

PARIT 5 Feb — Kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk jika barisan pemimpin lebih mengutamakan agenda untuk membina kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok, titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah kekayaan material yang diperolehi secara mendadak lagi mencurigakan akan melahirkan individu kaya yang ”artificial” dan sementara.

"Kekayaan material sedemikian tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmu dan rohani merupakan kekayaan palsu yang sekadar melahirkan budaya bermewah-mewah, bermegah-megah dan banyak melakukan pembaziran.

"Lalu berlaku ketirisan sumber, pembangunan yang tempang, kadar pengangguran, penghijrahan, penyeludupan dan jenayah yang tinggi dituruti pula dengan pelbagai penyakit sosial,” titah baginda semasa merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di perkarangan Masjid Raudhatul Mardhiah di sini, hari ini.

Sultan Azlan bertitah perkara itu akhirnya akan menjejaskan ketenteraman awam selain menggugat kestabilan politik serta meningkatkan perbelanjaan keselamatan dan pertahanan negara.

“Akibatnya ummah akan bertambah derita kerana telah terperangkap dalam putaran ganas kemiskinan,” titah baginda.

Sultan Azlan bertitah setiap usaha untuk membina kekayaan ummah perlu dilaksanakan berasaskan saluran yang halal dengan bersandarkan formula kesaksamaan bagi memastikan kesejahteraan ummah secara menyeluruh.

Baginda bertitah perkara itu perlu dilakukan dengan tidak mengizinkan perlakuan yang mendorong berlakunya kekayaan secara mendadak hingga menyisihkan undang-undang serta dibolot oleh segelintir individu yang tamak.

Kesejahteraan sesuatu bangsa dan sebuah negara amat dipengaruhi oleh sifat dan akal bicara seseorang pemimpin, titah baginda.

Baginda bertitah ulama besar, umara yang berwibawa dan peniaga yang jujur akan lahir dalam negara yang pemimpinnya memiliki sifat takwa serta menghayati kebesaran Ilahi.

"Jika pemimpin sentiasa insaf akan tanggungjawab besarnya pada ummah dan negara serta insaf akan tanggungjawab lebih besar terhadap Allah, maka sejahteralah hidup ummah dan akan makmurlah negara.

"Khazanah negara akan diurus secara telus, sumber negara akan diagih secara saksama dan kekayaan negara tidak akan dibazirkan. Kepentingan majoriti ummah akan lebih diutamakan,” titah baginda.

Baginda bertitah pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan mengizinkan berlakunya pemusatan himpunan kekayaan secara melampau di kalangan kumpulan kecil tertentu hingga mengakibatkan menjelmanya secara mendadak individu yang terlalu kaya bagai pulau-pulau kecil yang terapung di tengah-tengah lautan kemiskinan.

Friday, February 3, 2012

Nasyid: Tala'al Badru Alaina

Salam Maulidur Rasul SAW



Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:

Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.

Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.

Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.”

(HR at-Tirmidzi)