Thursday, October 31, 2013

Flat PKNS Kerinchi terbakar 31 Oktober 2013 - Video dan Gambar


SHAH ALAM - (31 Oktober 2013 ) Flat PKNS Kampung Kerinchi dilaporkan terbakar sekitar jam 4.40 petang tadi.

Pihak bomba dikatakan sedang berusaha memadam kebakaran di tingkat paling atas flat 17 tingkat itu.

Wednesday, October 30, 2013

Kisah Pemadam dan Kapur.

-

Seorang guru sedang mendidik murid-muridnya.  Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada getah pemadam, Guru berkata, "Mari kita menguji minda sebentar. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka kamu semua sebut "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka maka kamu semua sebut "pemadam!" 

Setelah murid-muridnya faham, Guru mengangkat silih berganti antara tangan kanan dan tangan kirinya, kian lama kian cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".  Dan permainan diulang kembali. 

Maka pada mulanya murid-murid itu keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok dan keliru. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada murid-muridnya. 

"Anak-anak, begitulah cabaran ummat Islam dizaman ini. Awalnya kalian jelas dapat membezakan yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Namun kemudian, musuh-musuh ummat Islam berusaha melalui berbagai cara, untuk menukarkan yang haq itu menjadi bathil, dan yang bathil menjadi hak. Awalnya mungkin akan sukar bagi ummat Islam menerima hal tersebut, tetapi karena terus disosialisasikan (diwar-warkan) dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun ummat Islam terbiasa dengan hal itu. Dan kalian mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika." 

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, ziena tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi dan mendedahkan aurat menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup, korupsi dan rasuah menjadi salah satu cara mencari pendapatan,kebanggaan dan lain-lain perkara yang akan membinasakan ummat Islam.

FIKIR-FIKIRKAN...


BERAMAL - KLIK




KLIK untuk keterangan lanjut

Monday, October 28, 2013

subhanALLAH... ayat alquran mampu menyembuhkan penyakit bisu




video

Memahami Makna Perubatan Islam

Pengubatan Arab Jahiliyyah

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab jahiliyyah bukan sahaja mempunyai masalah tauhid dan masalah keharmonian kemasyarakatan, malah mereka juga mempunyai pengetahuan perubatan yang tidak tersusun, jahil serta bercanggah dengan nilai perubatan yang sebenar.

Pelbagai cara perubatan mereka yang bukan sahaja bertentangan dengan akal malah mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik. Antara contohnya;

a). Merawat pesakit yang dipatuk ular atau disengat kalajengking adalah dengan mengalungkan perhiasan emas di lehernya.

b). Apabila anak mendapat bisul maka ditudungkan kepala dengan penapis lalu mengelilingi rumah-rumah kaum mereka untuk mengumpulkan roti dan kurma yang kemudiannya diberikan kepada anjing untuk dimakan supaya anaknya sembuh.

Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua


Shenzhen: Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.

Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak. Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.

Sunday, October 27, 2013

DOA untuk sahabat yang mendapat cahaya mata (bersalin)

DOA yang syar'i di ucapkan perihal kelahiran bayi, Di dalam buku Menyambut si Buah Hati yang ditulis oleh Salim Rasyid As-Sibli dan Muhammad Khalifah (terbitan Ash-Shaf Media, halaman 30-31), Dari Hasan Al-Bashri rahimahullah, bahwasanya ada seseorang yang bertanya kepadanya, “Bagaimana cara saya mengucapkan ucapan selamat (kelahiran)?” Beliau menjawab, “Ucapkanlah olehmu,


جَعَلَ اللهُ مُبَارَكًا عَلَيْكَ وَ عَلَى أُمَّةِ مُحَمَّدٍ


“Ja’alallahu mubaarokan ‘alaika wa ‘ala ummati Muhammadin”

Artinya, “Semoga Allah menjadikannya anak yang diberkahi atasmu dan atas umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam”

(Atsar ini hasan, dikeluarkan oleh Imam Thabrani).



Selain dari ucapan tersebut, ada ucapan lainnya yang shahih,

بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ. وَيَرُدُّ عَلَيْهِ الْمُهَنَّأُ فَيَقُوْلُ: بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَزَاكَ اللهُ خَيْرًا، وَرَزَقَكَ اللهُ مِثْلَهُ، وَأَجْزَلَ ثَوَابَكَ

‘Baarokallohu laka fil mauhuubi laka wa sayakartal Waahib wa balagho asyuddahu wa ruziqta birrohu’.”

“Semoga Allah memberkahimu dalam anak yang diberikan kepadamu. Kamu pun bersyukur kepada Sang Pemberi, dan dia dapat mencapai dewasa, serta kamu dikaruniai kebaikannya.”

Sedang orang yang diberi ucapan selamat membalas dengan mengucapkan:

“Baarokallohu laka wa baaroka ‘alaika wa jazaakallohu khoiron wa rozaqokallohu mitslahu aw ajzalallohu tsawaabak.

“Semoga Allah juga memberkahimu dan melimpahkan kebahagiaan untukmu. Semoga Allah membalasmu dengan sebaik-baik balasan, mengaruniakan kepadamu sepertinya dan melipat gandakan pahalamu.”

[Lihat Al-Adzkar, karya An-Nawawi, hal. 349, dan Shahih Al-Adzkar lin Nawawi, oleh Salim Al-Hilali 2/713



KLIK UNTUK KETERANGAN LANJUT


PERINGATAN AL-QUR'AN TENTANG MANUSIA

1. Manusia itu ~~ LEMAH
-

--“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah” ... (QS. An-Nisa :28)


2. Manusia itu ~~ MUDAH TERPERDAYA

-
--“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah” ... (QS. Al-Infithar :6)


3. Manusia itu ~~ LALAI

-
--"Kamu telah dilalaikan" (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh) ... (QS. At-takaatsur :1)

Friday, October 25, 2013

Masjid mesra OKU

Laluan OKU dibina untuk memudahkan naik ke masjid..
Sekitar Masjid Sultan mahmud, Kuala Lipis..
InsyaAllah Masjid mesra jemaah..


MASJID dibina bukanlah semata-mata untuk dijadikan pusat beribadat bagi umat Islam, tetapi ia juga merupakan landasan yang memainkan peranan penting dalam menghubung dan menyatupadukan ummah.

Malah, tuntutan menunaikan solat berjemaah lima waktu sehari semalam kepada setiap Muslim bukanlah satu yang membebankan, tetapi membuktikan Islam sangat menitikberatkan ikatan persaudaraan tanpa mengira pangkat dan keturunan.

Sehinggakan perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah membina masjid apabila setibanya baginda bersama para sahabat di Madinah.

Selain untuk beribadat, Rasulullah SAW turut menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, markas ketenteraan, pusat kebajikan, lubuk mencari ilmu.

Wednesday, October 23, 2013

Tangisan Kerana Takut Kepada Allah....


Pendahuluan

Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.

Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai karenah dan watak dalam filem tertentu.

Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.

Rihanna Bertudung Di Abu Dhabi

Rihanna Bertudung Di Abu Dhabi

Posted on Monday, October 21 @ 20:51:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



ABU DHABI - Penyanyi terkenal, Rihanna mencuri tumpuan apabila dia menutup aurat dengan mengenakan hijab semasa mengunjungi sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline.


Dia yang sering berpakaian separuh bogel dilihat memakai sut labuh berwarna hitam semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di sini.

Tuesday, October 22, 2013

Kembali Kepada Allah


Allah swt menciptakan manusia dari tanah dan ruh. Dalam hidup manusia, Allah swt memberikan  hati, akal atau fikiran, serta jasad , sehingga manusia memiliki tekad, ilmu, dan amal. Allah swt memberikan itu semua sebagai amanah yang harus digunakan sebaik mungkin oleh manusia. Amanah tersebut berupa amal ibadah yang dilakukan manusia sebagai tujuan dari penciptaannya.

Sesungguhnya manusia hidup bukan hanya di dunia saja, tetapi kelak akan ada kehidupan lain setelah kehidupan di dunia. Kehidupan tersebut adalah kehidupan di alam kubur. Allah swt telah menghidupkan manusia, kemudian Allah pula yang mencabut nyawa manusia untuk kembali kepada-Nya.

Fire Walking Street Pattaya. Authority is unable to control the fire.

October 22 at 14:30 pm a fire broke out in the Walking Street Walking Street Pattaya. Pictures of the fire;




JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2013

RIGHT CLICK
- OPEN LINK IN NEW TAB
- CLICK GAMBAR
UNTUK BESARKAN JADUAL



Monday, October 21, 2013

9 TIPS MENJADI WANITA CANTIK DALAM ISLAM


Tips menjadi wanita cantik ialah:

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. Insyaa ALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (ahlak) pada ulasan bibir delima kalian. Insyaa ALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan diha
rgai sesama.

Dulu dia Penghina Islam, Kini Naik Haji... Alhamdulillah


TRIBUNNEWS.COM -- SIAPA sangka seorang penghina Islam menunaikan ibadah haji? Begitulah faktanya yang dialami Arnoud Van Doorn.

Awal 2008 lalu, Van Doorn pernah membuat gempar dunia. Kala itu ia bersama Geert Wilders, membuat film berjudul Fitna yang menghina umat Islam dan Alquran.

Namun, sekitar lima tahun kemudian situasi berbalik 180 derajat. Tepatnya 27 Februari 2013, Van Doorn sekali lagi mengejutkan dunia. Melalui Twitter, mantan politisi Partai Kebebasan Belanda itu mengumumkan dirinya masuk Islam dan kemudian naik haji.

Jin In Makkah?


11 oct 2013

Security cameras planted i Makkah appears to have caught what could be a jinn (ghost), clad in white but without a face.

A Saudi newspaper said the creature was filmed by all security cameras planted inside the secretariat building in Islam’s holiest shrine.

“The person was totally clad in white and was standing near one of the building’s doors but his face did not appear…it was round 3am,” Almadina Arabic language daily said, quoting sources at Makkah secretariat.

The paper, which published the picture, said the creature could be a jinn but did not make clear what he was doing in that place.
Subhan ALLAH ..


source - Halimah Carver

Honey colored puzzle


Town Ribot saw Phil French, which is famous for the production of natural honey, surprise when the farmers noted that the production of honey began to take colors other than its natural color universally known.

Blue, green and red colors new honey, which is produced by bees in the cells of this town, baffled farmers puzzle for a brief period before they discover the cause.

Sunday, October 20, 2013

The Disabled Programme - Going for A Little Walk in the City.

The Disabled Programme - Going for A Little Walk in the City.
Bar Council Human Rights.

Program Jalan-jalan bersama OKU di Kuala Lumpur
yang di anjurkan oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia
Sabtu 19/10/2013
jam 9:30 pg.
Program disertai DBKL.
Berjalan hingga ke hentian puduraya.
Ini adalah kempen kesedaran untuk masyarakat dan pihak berkuasa terhadap prasarana OKU.

DOUBLE KLIK PADA GAMBAR UNTUK
BESARKAN GAMBAR





Saturday, October 19, 2013

Gambar Ikan Pelik



Air terjun semula jadi terbesar

Air terjun semula jadi terbesar di benua Amerika
terletak di sempadan Brazil yang
bersebelahan dengan Argentina



12 TEMPAT PARA SYAITAN


1. Lautan

Dalam hadits Jabir radiyallohu ‘anhu berkata : Bersabda Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wasallam :

إن إبليس يضع عرشه على البحر ثم يبعث سراياه

” Sesungguhnya Iblis meletakkan singgasananya di atas lautan dalam riwayat lain di atas air dan kemudian dia pun mengutus pasukannya. (HR. Muslim: 2813).

Dan juga datang dari hadits Abu Musa radiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan yang lainnya dan hadits ini shahih. Sebagian ulama menyebutkan bahwa lautan yang dimaksud adalah samudera “Al Haadi” karena di sanalah tempat berkumpulnya semua benua.


Friday, October 18, 2013

Kisah Amalan Seorang Wanita yang Tak Mau Berjilbab


Al-Kisah diceritakan, ada seorang wanita yang dikenal taat dalam beribadah. Dia sangat rajin melakukan ibadah wajib maupun sunnah. Hanya ada satu kekurangannya, ia tak mau berjilbab menutupi auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum, seraya menjawab: “Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakan maupun menasihatinya. Tapi jawabannya tetap sama.

Hingga suatu malam ia bermimpi sedang berada disebuah taman yang indah. Rumputnya sangat hijau. Berbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan bisa merasakan bagaimana segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih. Airnya kelihatan melintas di pinggir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ada beberapa wanita di situ yang terlintas juga menikmati pemandangan keindahan taman. Ia pun menghampiri salah satu wanita tersebut. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamu’alaikum saudariku…”
“Wa’alaikum salam…, selamat datang wahai saudariku…”
“Terimakasih, apakah ini syurga?”

Thursday, October 17, 2013

DUIT... Boleh Beli Apa ??

gambar hanya hiasan

Duit boleh beli BANTAL & TILAM,
tapi tidak boleh beli TIDUR..

Duit boleh beli UBAT, 
tapi tidak boleh beli KESIHATAN..

Duit boleh beli BUKU, 
tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..

Duit boleh beli INTAN PERMATA, 
tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..


Duit boleh beli MAKANAN, 
tapi tidak boleh beli SELERA..

Duit boleh beli RUMAH, 
tapi tidak boleh beli KELUARGA..

Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, 
tapi tidak boleh beli PELAJARAN..

Duit boleh beli HIBURAN, 
tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..


Duit boleh beli PERNIAGAAN, 
tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..

Duit boleh beli CINTA, 
tapi tidak boleh beli KESETIAAN..

Duit boleh beli ORGAN BADAN, 
tapi tidak boleh beli NYAWA..

Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, 
tapi tidak boleh beli IMAN...


Wednesday, October 16, 2013

Binatang dikorban, apa kaitan pengorbanan manusia


Wahai anakku,

Engkau pernah bertanya erti pengorbanan. Apa erti pengorbanan sebenarnya pada seseorang manusia terutamanya di Hari Raya Adiladha?

Apakah cukup sekadar menyembelih binatang-binatang ternakan? Yang dikorbankan itu binatang, apa pula kaitannya dengan pengorbanan manusia?

Wahai anakku,

Aktiviti menyembelih haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dinamakan Qurban atau Udhiah.

Jangan biarkan hati menjadi Hitam dan Mati...

Jangan biarkan ia terus menjadi hitam...

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana diselaputi oleh
tompokan dosa demi dosa. Pada setiap dosa yang dilakukan tanpa diikuti dengan penyesalan atau taubat akan menyebabkan terlekatnya satu lagi titik hitam pada hati tersebut.

Jelas digambarkan dalam maksud hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."

(Hadis riwayat Ibn Majah).


Menyayangi orang miskin


Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa para Malaikat selalu mendoakan orang-orang dermawan:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :“Setiap pagi hari dua Malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan do'a: ' Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang bersedekah. Dan Malaikat yang kedua pun berdo'a :' Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kedekut itu kebinasaan."

Dari hadis tersebut dapat disimpulkan bahwa orang yang dermawan itu memperoleh dua balasan. Pertama, ia mendapatkan ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain. Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan dari Allah s.w.t.



Menghayati Pengajaran di Sebalik Merayakan Idil Adha 1434


Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar.

Nikmat hari raya ini mengetuk hati kita bagaimana sempurna dan lengkapnya system Islam dalam memastikan setiap gerak laku kita termasuk berhari raya mesti mengikut syariat agar mendatangkan pahala bukannya bebas mengikut nafsu syahwat yang menambahkan dosa.

Sebagaimana kita renungi suatu peringatan nabi Ibrahim a.s kepada kaumnya tentang amalan penyembahan berhala yang sesat agar kembali kepada agama fitrah iaitu Islam yang hanya menyembah Allah yang Esa. Baginda juga mengajak kaumnya agar yakin bahawa Allah yang mengatur segala-galanya bukan sahaja penciptaan kita malah rezeki, sihat sakit , hidup mati, Hidayah, pengampunan dosa dan balasan Syurga Neraka.

Allah tidak bergantung harap kepada kita sebaliknya seluruh makhluk ciptaanNya begitu mengharapkan pertolongan Allah setiap tempat dan ketika. Bila aqidah yang kukuh tentang kekuasaan Allah yang mengatur segala-galanya berjaya disemai dalam diri sepastinya melahirkan umat yang mempunyai jatidiri yang tinggi yang sentiasa syukur dan tidak mudah berputus asa dalam kehidupan. 

Monday, October 14, 2013

KEPADA SIAPA KITA BERBUAT BAIK & TURUTANNYA...


Kata Nawawi (rahimahullahu ta'ala di dalam Syarah Muslim), telah berkata ashab kita: sunat, di dahulukan berbuat bakti dan ehsan itu, akan:-


  1. Ibu
  2. Bapak
  3. Anak
  4. Datok
  5. Nenek
  6. Adik beradik lelaki
  7. Adik beradik perempuan
  8. Bapa saudara sebelah bapa
  9. Ibu saudara sebelah bapa
  10. Bapa saudara sebelah ibu
  11. Ibu saudara sebelah ibu
  12. Sepupu sebelah bapa
  13. Sepupu sebelah ibu
  14. Mentua
  15. Ipar duai
  16. Besan
Dari Wall FB - Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz

Perutusan Aidiladha Presiden PKR


Perutusan Aidiladha Presiden PKR

SABAN tahun 10 Zulhijah adalah hari untuk umat Islam memperingati dan menyambut hari yang berbahagia. Bulan Zulhijah ini adalah bulan yang memiliki keutamaan tersendiri.

Alhamdulillah, kita terus memanjatkan syukur atas kurniaan nikmat oleh Allah S.W.T yang memberikan terus kekuatan ukhwah umat untuk menikmati bulan Zulhijah, terutamanya 10 hari pertama.

Khutbah Eidul Adha 2013 - TGHH


PERUTUSAN EIDULADHA 1434H.- TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

PERUTUSAN EIDULADHA 1434H.

Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Islam perayaan ‘Idul Adha untuk diraikan dengan meriah. Disyariatkan agar kita mengorbankan binatang ternakan sebagai mengimbas kisah lagenda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Allah SWT telah mengkhabarkan konsep pengorbanan di dalam Islam dalam Surah al-Taubah ayat 24. Makna pengorbanan yang sebenar adalah dengan mendahulukan kepentingan Allah, Rasulullah dan jihad. Inilah yang difahami oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mendahulukan arahan wahyu lebih utama dari segalanya.

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 189 hingga ayat 202, Allah SWT telah membahaskan berkenaan topik haji. Pada ayat 195, Allah SWT telah menyelitkan satu ayat yang seolah-olah tiada kaitan secara jelas dengan haji.

PERUTUSAN IDUL ADHA 1434H - TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

YANG BERHORMAT TUAN GURU DATO BENTARA SETIA AL-MURSYIDUL AM PAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.

Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk kita terus bernafas di bumi ini dan dapat menyambut kehadiran satu lagi Hari Raya di dalam Islam iaitu Idul adha untuk tahun 1434H. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini merupakan kesempatan yang wajib untuk kita syukuri dan diiringi dengan amal soleh tanda ketundukan kita sebagai hamba kepadaNya.

Iduladha sinonim dengan ibadah korban. Korban merupakan istilah bahasa arab Qurbaan yang bermaksud dekat. Ia bermaksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Setiap ibadat korban hakikatnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika tidak berlaku demikian, ia bukan ibadat korban sekalipun dinamakan dengan korban.

Hayatilah Pengorbanan 3 Insan


Hayatilah pengorbanan 3 insan.

Seluruh alam sunyi sepi. Tiada kedengaran bunyi burung berkicau. Tiada bunyi desiran angin mendatang. Segala-galanya hening cipta. Seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini terpaku pada kelibat dua insan yang sedang berbicara. Satu perbicaraan yang akan menggugah jiwa-jiwa yang mendengarnya. 

Nabi Ibrahim as sedang berbicara dengan anakandanya Nabi Ismail as mengenai perintah Allah yang baru diterima supaya menyembelih Nabi Ismail as. Nabi Ismail as akur dan pasrah jika itu adalah perintah dari Allah. Muktamad dan tidak boleh disanggah sama sekali sebagai bukti keimanan. 

At Putrajaya Hospital, a supernatural cleansing

PUTRAJAYA, Oct 11 — Behind its veneer of modernity and state-of-the-art technology, a hospital in the administrative capital of Putrajaya gave in to the supernatural when it resorted to engaging Islamic spiritual healers to cleanse itself of alleged “hauntings” last week.

Hospital Putrajaya’s administration had over the weekend invited some 40 Islamic healers from renowned Bangi-based Darussyifa’ for a “memagar” (bordering) ritual to ostensibly repel a supernatural presence, after complaints from its staff over the last two years.

The ritual was confirmed by staff members who spoke of seeing men in white kopiah (skullcaps) sprinkling water around the hospital in the purported ritual.

Security staff also spoke of seeing small mounds of white and black powder in corners of the hospital, admitting that they were baffled by them.

Darussyifa’ is the foremost centre in the nation for Islamic healing—faith healing with the use of Quranic verses and rituals—led by renowned religious scholar Datuk Dr Haron Din, who is also the deputy spiritual leader of Islamist party PAS.

Kisah Pengemis Tua


Seorang tua sedang mengemis di tepi satu jalan yang sibuk.

Pertama seorang wanita lalu di depan beliau, terdetik simpati pada pengemis itu, lalu memberikan sekeping syiling emas padanya.

Kemudian seorang peniaga lalu di depan pengemis, melihat ramai yang sedang memerhatikan gelagatnya, terus memberikan beberapa syiling emas dan berlalu dengan satu senyuman kepuasan.

Selepas itu ada seorang budak yang dalam perjalanan balik selepas mendapatkan bunga untuk ibunya, lalu di depan pengemis, senyum dan memberikannya setangkai bunga.

Sunday, October 13, 2013

Cerita Tuan Dengan Baju dan Kereta.

Tuan,
Baju itu baru sekali Tuan pakai, terus Tuan minta dibasuh. Bukankah Tuan kerja di dalam pejabat berhawa dingin? Peluh Tuan tak banyak. Baju Tuan masih belum kotor. Baju Tuan masih belum berbau busuk. Kalaulah Tuan pakai lagi untuk kali kedua  pada hari lain, orang tak perasan pun. Jimat air, jimat sabun, jimat tenaga dan jimat wang belanja.

سلسلة الأدعية القرآنية




Berkongsi Untuk Satu Bahagian Korban


PERTANYAAN ;

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, adakah dibenarkan dalam ibadah qurban kita berkongsi dengan ramai orang untuk qurban 1 bahagian.

Sepanjang pembacaan, ibadah qurban hanya untuk yang berkemampuan.

Tapi kalau sebuah kumpulan, contohnya PELAJAR yang asalnya tidak mampu, tetapi contohnya 1 bahagian lembu berharga RM350, maka dibahagikan kepada 20 pelajar untuk mengumpulkan duit hingga RM350 untuk melakukan qurban 1 bahagian sahaja.

Adakah ini dibenarkan?

Harap dapat penjelasan sebelum raya qurban ini.

wassalam


JAWAPAN ;

Teladan Pengorbanan Anak dan Isteri dalam Menghayati Peristiwa Korban

Keteladanan dalam Al-Qur’an hanya ditujukan pada dua tokoh nabi yang sangat mulia, yakni Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad SAW. Begitu pula gelar kekasih Allah hanya disandang oleh kedua nabi tersebut. Shalawat yang diajarkan Rasulullah saw pada umatnya pun hanya bagi dua nabi dan keluarganya. Pilihan Allah SWT ini sangat terkait dengan risalah yang telah dilakukan oleh keduanya dengan sangat sempurna.

Pada kesempatan ini marilah kita ungkap sedikit mengenai sejarah dan keteladanan yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s beserta keluarganya.

Telah diceritakan di dalam Al-Qur’an, sebagaimana yang sudah kita ketahui bersama, Bapak dari para nabi itu telah melewati berbagai cobaan dari Allah SWT sejak beliau masih muda hingga masa tuanya dengan penuh kesabaran dan ketaatan, tanpa membantah. Beliau pernah dibakar hidup-hidup atas perintah Raja Namrud yang lalim karena berjuang menegakkan risalah Allah, menghabiskan bilangan tahun yang panjang dalam menanti seorang anak, kemudian saat sang anak lahir, beliau diperintahkan untuk meninggalkan anak itu beserta ibunya di tengah padang pasir tandus yang tak berpenghuni tanpa dibekali apa-apa. Namun, puncak dari segala cobaan yang diterima oleh Nabi ibrahim a.s, yakni ketika beliau menerima ilham untuk menyembelih anak yang teramat disayanginya, yang dinanti-nantikan kehadirannya. Perintah yang paling tidak masuk akal bagi kita.

Saidatina Hajar - Lambang Pengorbanan Seorang Isteri

Dalam bahang terik mentari, di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim a.s. terus menunggang unta bersama Siti Hajar. Walaupun perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu.Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Saturday, October 12, 2013

Keutamaan Menjaga Lidah..

KEUPAYAAN lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati. Lidah hendaklah dikawal daripada berbicara mengenai hal orang lain seperti mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda pernah bersabda yang bermaksud, "Tidak akan lurus keimanan (istiqomah) seseorang hamba itu sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya." (Riwayat Ahmad).

Dalam kitab hadis sahih Muslim pula, dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya, seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah SAW, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya." (Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., No Hadis – 33)