Sunday, October 13, 2013

Cerita Tuan Dengan Baju dan Kereta.

Tuan,
Baju itu baru sekali Tuan pakai, terus Tuan minta dibasuh. Bukankah Tuan kerja di dalam pejabat berhawa dingin? Peluh Tuan tak banyak. Baju Tuan masih belum kotor. Baju Tuan masih belum berbau busuk. Kalaulah Tuan pakai lagi untuk kali kedua  pada hari lain, orang tak perasan pun. Jimat air, jimat sabun, jimat tenaga dan jimat wang belanja.



Tuan,
Siang tadi Tuan minta tayar kereta Tuan di’alignment’. Kata Tuan, tak sedap bawa kereta. Asyik makan kiri. Tuan kata kalau tak di’alignment’ nanti bunga tayar cepat rosak, makan dalam makan luar. Ah, kalau Tuan tak alignment tayar itu, kereta Tuan masih bergerak dengan elok. Sedikit saja lari jajarannya. Bukankah Tuan baru sahaja alignment tayar itu dua bulan lepas? Buat apa habis duit, Tuan. Pakai saja untuk dua tiga bulan lagi. Ini tidak……sedikit saja tak sedap dipandu Tuan sudah habiskan duit hanya untuk masalah yang kecil.

Tuan…… Tuan…..
Marah betul Tuan apabila saya menegur perbuatan Tuan. Kata Tuan, baju perlu bersih selalu, kenderaan perlu dijaga. Baju, kalau tak dibasuh akan kotor dan akan berbau busuk. Tak elok dipandang orang. Malu kalau orang menghidu bau busuk pakaian Tuan. Pakai pun rasa tak selesa. Kereta, kalau tak dijaga nanti membahayakan nyawa. Pandainya Tuan.  Tapi sayangnya TUAN TIDAK PERNAH MENYUCIKAN DAN MEMPERBETULKAN AMALAN HARIAN TUAN sebagaimana Tuan jaga kebersihan baju dan keelokan kenderaan Tuan. Tuan Nampak cacat pada baju dan kenderaan Tuan tapi Tuan tak pernah nak lihat kecacatan amalan hidup Tuan. Kalaulah Tuan jaga amalan Tuan sebagaimana Tuan menjaga baju dan kenderaan Tuan, tentulah Tuan selamat di dunia sampai ke akhirat."

sumber - Tranungkite

BERIKLAN SAMBIL MEMBANTU PERNIAGAAN ORANG CACAT  - KLIK

No comments: