Monday, October 14, 2013
Kisah Pengemis Tua
Seorang tua sedang mengemis di tepi satu jalan yang sibuk.
Pertama seorang wanita lalu di depan beliau, terdetik simpati pada pengemis itu, lalu memberikan sekeping syiling emas padanya.
Kemudian seorang peniaga lalu di depan pengemis, melihat ramai yang sedang memerhatikan gelagatnya, terus memberikan beberapa syiling emas dan berlalu dengan satu senyuman kepuasan.
Selepas itu ada seorang budak yang dalam perjalanan balik selepas mendapatkan bunga untuk ibunya, lalu di depan pengemis, senyum dan memberikannya setangkai bunga.
Dalam kuliahnya, ustaz itu bertanya kepada hadirin: Antara ketiga-tiga watak – wanita tua, peniaga dan budak, siapa yang paling berbelas kasihan kepada si pengemis?
Sebulat suara hadirin menjawab peniaga.
“Peniaga itu bertindak atas dasar angkuh maruah; wanita tua bertindak atas dasar simpati, tapi budak itu bertindak atas belas kasihan. Berbelas kasihan adalah jauh lebih hebat dan mulia daripada bersimpati.
Dalam simpati terbenam akar ketakutan, ada juga rasa keangkuhan dan sikap melindungi, dan juga kadang-kala sifat sombong berkata ‘Nasib baik bukan aku.’
Apabila ketakutan kamu menyentuh keperitan orang lain, itulah simpati. Apabila kasih sayang kamu menyentuh keperitan orang lain, itulah belas kasihan. Berasa belas kasihan adalah lebih penting daripada membuat sesuatu menunjukkan belas kasihan seperti si peniaga.
To melatih diri berbelas kasihan, kita mesti sedar semua manusia adalah ciptaan Allah, dan menderita dengan perkara yang sama, dan dengan itu, kita tidak akan lagi berasa sendiri lebih tinggi darjatnya daripada sesiapa,” terang ustaz itu.
Seluruh hadirin masjid terdiam. Wahai anakku, kamu bagaimana pula?
oleh : USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN - Senyum :)
BERIKLAN SAMBIL MEMBANTU PERNIAGAAN ORANG CACAT - KLIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment