Monday, September 24, 2012

21 tahun dirantai

HENG terpaksa menghabiskan masanya dengan tangannya dirantai dalam bilik khas.

NANJING: Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di katil.  Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal.

Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China. Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam. Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.

“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.  Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah.

“Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya.  Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan.

“Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya.  Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka.

“Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya. - DM

ROTI JON SARDIN - DAGING DENDENG - RENDANG TOK - KLIK 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22

Urut Kaki Singa

ALEX LARENTY mengurut tapak kaki seekor singa yang bernama Jammu
 
JOHANNESBURG - Seorang pakar hidupan liar Britain, Alex Larenty yang berumur 50 tahun dari Chipping Norton, United Kingdom mengurut tapak kaki seekor singa, lapor sebuah akhbar semalam.


Singa berusia sembilan tahun seberat 240 kilogram yang diberi nama Jamu itu kelihatan tenang sambil berbaring dan membiarkan penjaganya itu mengurut tapak kakinya.

Dia boleh berjalan dan mengurut Jamu walaupun dikelilingi oleh beberapa ekor singa lain di Taman Singa dekat sini.

Saturday, September 22, 2012

Gadis OKU Dibuang Di Tepi Jalan

BUTTERWORTH: “Kalau hang (awak) balik juga, mak pukul dengan kayu,” kata Zuraini Abdul Kadir, 29, gadis lembam ketika menceritakan nasibnya yang mendakwa `dibuang’ keluarganya sendiri.
Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.
Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.

Saturday, September 15, 2012

سبحان الله Bijaknya orang utan ini

سبحان الله
Bijaknya orang utan ini

Gambar yang di kongsikan dari laman Muwafi Sab ini memuat turun gambar orang utan yang bersahabat dengan manusia dan mampu melakukan apa yang manusia biasa boleh lakukan ;

 Membawa beg sandang

Friday, September 14, 2012

Indahnya Kemanisan Iman : 65 Tahun Merangkak Ke Masjid


بسم الله الرّحمن الرّحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terdapat dalam sebuah hadith shahih yang Diriwayatkan oleh Abu Sa'id r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Apabila kamu melihat seseorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya." lalu Baginda SAW membaca ayat Quran yang berikut:

" Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat....." (S. At -Taubah:18)



Adullah Al Asiri 76, Merangkak dari rumahnya di selatan Alaziza, Arab Saudi untuk menunaikan solat si sebuah masjid tidak jauh dari kediamannya. Asiri yang cacat kedua dua belah kaki sejak dilahirkan, tidak pernah ketinggalan menunaikan solat jemaah, walaupun terpaksa merangkak lima kali sehari sejak 65 tahun lalu. Anak saudaranya, Abdul Aziz, yang membuat penggambaran filem mengenai kegigihan Asiri berkata, kisah itu disiarkan akhbar harian Sabq dan setakat ini sudah ditonton 600,000 orang. (VIDEO TERSEBUT ADA DI PENGHUJUNG ARTIKEL INI)

Tuesday, September 11, 2012

6 tempat di benarkan MENGUMPAT (Ghibah)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Post kali ini sebagai panduan kita bersama. Sekadar memperingati diri sendiri juga yang sentiasa alpa dengan hasutan nafsu & syaitan.Fenomena ini sentiasa ada di sekeliling kita di mana jua kita berada. Memang sudah menjadi lumrah, di kalangan masyarakat kita yang masing- masing mempunyai (P.h.D) PERASAAN HASAD DENGKI, pantang melihat kelebihan mahu pun kejayaan orang lain, maka wujudlah konspirasi untuk menjatuhkan orang. Pelbagai agenda disusun rapi, salah satu ‘peluru’ yang paling popular digunakan ialah melalui hasutan. Tidak kurang juga bagi yang terlalu banyak mempunyai masa terluang dengan mengisikan aktiviti jaringan kemasyarakatan dengan bergossip sambil bercicah mangga bersama kicap belacan.Tetapi tahukah kita??????

Ghibah (Mengumpat)

Monday, September 10, 2012

Kejayaan Hasihin dedah isu OKU

Hasihin Sanawi hanya insan biasa yang tidak pernah disebut namanya sebelum ini. Dia bukan Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun, Pandelela Rinong Pamg yang pantas menjadi idola negara kerana memenangi pingat perak dan gangsa pada Sukan Olimpik London 2012.

Kecekalan, semangat dan harapan Hasihin jarang dilaporkan media kerana dia hanya pemanah orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai saingan recurve individu lelaki W1/W2 di Sukan Paralimpik London 2012.

Hasihin menang pingat perak selepas kalah kepada pencabar dari Itali, Oscar de Pellegrin, dalam pusingan penentuan selepas terikat kedudukan 5-5, perlawanan lima set peringkat akhir di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack, London.
Sebahagian anggota masyarakat sinis dengan pencapaian atlit OKU kerana status fizikal mereka yang dicurigai.

Bagaimanapun Hasihin membuktikan kekurangan fizikal ekoran terbabit dalam kemalangan ketika bekerja di sektor pembinaan tidak mencacatkan cita-citanya. Dia meraih pingat perak dan Malaysia mula menyebut namanya, walaupun tiada siapa yang tahu latar belakang kehidupan dan pencapaiannya sebelum ini.

Memenangi pingat, apatah lagi pada status Olimpik untuk golongan OKU suatu pencapaian luar biasa. Jutaan manusia memerhati perkembangan jaguh paralimpik kita, tetapi malang nasibnya di Malaysia hanya sekadar ucapan tahniah.

Hasihin disahkan tidak akan menerima sebarang pencen sepanjang hayat daripada kerajaan. Jika Chong Wei menerima RM3,000 sebulan dan Pandelela (RM2,000 sebulan) di samping pelbagai ganjaran kewangan lain, dia sekadar mengintai dari jauh. Hasihin hanya boleh berbangga menatap pingat perak yang seakan-akan tidak memberikan apa-apa makna bagi mengubah nasib masa depannya.
Kerajaan hanya bermurah hati memberi ganjaran RM200,000 tanpa jaminan memberi peluang pekerjaan demi masa depan Hasihin.

Pada hari ini nilai RM200,000 terlalu kecil. Apakah demikian nasib seseorang OKU yang berjasa untuk negara tetapi sumbangan terlalu kerdil untuk dinilai?

Friday, September 7, 2012

Hasihin terlepas skim imbuhan tetap - KENYATAAN MEDIA



Tarikh: 20 Syawal 1433H, 7 September 2012.

KENYATAAN MEDIA

Ekoran dari respon oleh Yang Berhormat Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berikutan desakan agar layanan samarata diberikan kepada atlet paralimpik,selaku mewakili seluruh Orang Kurang Upaya “OKU” umumnya dan atlet-atlet paralimpik Negara khususnya, adalah saya dengan ini menyatakan sebagaimana berikut:

Kenyataan YB Menteri tersebut telah begitu mengguris hati OKU di Negara ini dengan kenyataan beliau yang dilihat seolah-olah memandang rendah kepada sukan paralimpik. Diperturunkan kenyataan beliau yang pada pandangan kami dibuat secara tidak berhati-hati yang telah dimuatkan di pelbagai media massa hari ini:

"Perlu diingat juga standard Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan," tambahnya.

Kata-kata YB Menteri tersebut selain menggambarkan ketidaksediaan kerajaan mengiktiraf kedudukan sukan paralimpik di peringkat antarabangsa, ia sekaligus memperkecilkan sumbangan yang diberikan oleh atlet-atlet paralimpik Negara.

Pihak kerajaan dan YB Menteri tentunya sedar sukan paralimpik adalah sukan terbesar dunia yang melibatkan Orang Kurang Upaya dan kedudukannya sama tinggi dengan sukan olimpik.

Monday, September 3, 2012

Ustaz Asri Rabbani - Pergi tak kembali


Pada 13 Ogos 2009, rakyat Malaysia terutamanya peminat nasyid tanah air dikejutkan dengan 'pemergian' Ustaz Asri Rabbani.  Allahyarham seperti yang diberitakan bahawa berkeadaan kurang sihat sebelum rebah pada Majlis pelancaran Program Syahadah, di Angkasapuri. Setelah dihantar ke Hospital Pantai, Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Antara nasyid saya sangat saya minati ketika masih kecil lagi ;


KLIK untuk mendengar nasyid yang boleh membawa kita berfikir tentang rasa bersyukur.

Pengorbanan dan usaha yang di lakukan Ustaz Asri telah banyak memberi sumbangan dalam usaha dakwah...

Semua Allahyarham di tempatkan di semulia-mulia tempat... Al-Fatihah.