ALEX LARENTY mengurut tapak kaki seekor singa yang bernama Jammu |
JOHANNESBURG - Seorang pakar hidupan liar Britain, Alex Larenty yang berumur 50 tahun dari Chipping Norton, United Kingdom mengurut tapak kaki seekor singa, lapor sebuah akhbar semalam.
Singa berusia sembilan tahun seberat 240 kilogram
yang diberi nama Jamu itu kelihatan tenang sambil berbaring dan
membiarkan penjaganya itu mengurut tapak kakinya.
Dia boleh berjalan dan mengurut Jamu walaupun dikelilingi oleh beberapa ekor singa lain di Taman Singa dekat sini.
"Saya membina hubungan dengan Jamu dengan cara meletakkan penghalau serangga di atas badannya. Ia penting bagi memastikan haiwan ini dilindungi daripada parasit. Jamu suka digaru dan digeletek," jelas Alex.
Alex turut menawarkan perkhidmatan urutan kepada pemain bola sepak pasukan England yang bertanding bagi merebut Piala Dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumaat ini.
"Urutan saya membuatkan Jamu sihat dan gembira. Mungkin ia boleh memberi manfaat kepada para pemain England," katanya. - Agensi

No comments:
Post a Comment