Friday, September 14, 2012

Indahnya Kemanisan Iman : 65 Tahun Merangkak Ke Masjid


بسم الله الرّحمن الرّحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terdapat dalam sebuah hadith shahih yang Diriwayatkan oleh Abu Sa'id r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Apabila kamu melihat seseorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya." lalu Baginda SAW membaca ayat Quran yang berikut:

" Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat....." (S. At -Taubah:18)



Adullah Al Asiri 76, Merangkak dari rumahnya di selatan Alaziza, Arab Saudi untuk menunaikan solat si sebuah masjid tidak jauh dari kediamannya. Asiri yang cacat kedua dua belah kaki sejak dilahirkan, tidak pernah ketinggalan menunaikan solat jemaah, walaupun terpaksa merangkak lima kali sehari sejak 65 tahun lalu. Anak saudaranya, Abdul Aziz, yang membuat penggambaran filem mengenai kegigihan Asiri berkata, kisah itu disiarkan akhbar harian Sabq dan setakat ini sudah ditonton 600,000 orang. (VIDEO TERSEBUT ADA DI PENGHUJUNG ARTIKEL INI)


Sebuah Kisah: 65 Tahun Merangkak Ke Masjid
Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lumpuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpencil di Selatan Alazizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditambah dengan kecacatan tubuhnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hampir 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Semoga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah. Insyaallah.

**  Renung sejenak diri kita, sempurna sifat fizikal dari atas ke bawah… tetapi adakah kita menyahut seruan untuk ke rumah Allah setiap kali azan dilaungkan. Kita mempunyai kenderaan untuk kemana shj.. tetapi brp kali kenderaan kita itu menghantar kita ke rumah Allah… bandingkan nikmat yg Allah beri pada kita dgn Syeikh Abdullah Al-Asiri, tidakkah kita seharusnya lebih bersyukur  **

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) dibumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. ** Al A’raf :10..

Mudah2an kita adalah di antara yang sedikit itu...

KLIK SINI UNTUK MELIHAT VIDEO

sumber -  Blog Indahnya Kemanisan Iman

Apa Komen Anda?