Wednesday, October 16, 2013

Menghayati Pengajaran di Sebalik Merayakan Idil Adha 1434


Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar.

Nikmat hari raya ini mengetuk hati kita bagaimana sempurna dan lengkapnya system Islam dalam memastikan setiap gerak laku kita termasuk berhari raya mesti mengikut syariat agar mendatangkan pahala bukannya bebas mengikut nafsu syahwat yang menambahkan dosa.

Sebagaimana kita renungi suatu peringatan nabi Ibrahim a.s kepada kaumnya tentang amalan penyembahan berhala yang sesat agar kembali kepada agama fitrah iaitu Islam yang hanya menyembah Allah yang Esa. Baginda juga mengajak kaumnya agar yakin bahawa Allah yang mengatur segala-galanya bukan sahaja penciptaan kita malah rezeki, sihat sakit , hidup mati, Hidayah, pengampunan dosa dan balasan Syurga Neraka.

Allah tidak bergantung harap kepada kita sebaliknya seluruh makhluk ciptaanNya begitu mengharapkan pertolongan Allah setiap tempat dan ketika. Bila aqidah yang kukuh tentang kekuasaan Allah yang mengatur segala-galanya berjaya disemai dalam diri sepastinya melahirkan umat yang mempunyai jatidiri yang tinggi yang sentiasa syukur dan tidak mudah berputus asa dalam kehidupan. 

No comments: