Monday, October 14, 2013

Hayatilah Pengorbanan 3 Insan


Hayatilah pengorbanan 3 insan.

Seluruh alam sunyi sepi. Tiada kedengaran bunyi burung berkicau. Tiada bunyi desiran angin mendatang. Segala-galanya hening cipta. Seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini terpaku pada kelibat dua insan yang sedang berbicara. Satu perbicaraan yang akan menggugah jiwa-jiwa yang mendengarnya. 

Nabi Ibrahim as sedang berbicara dengan anakandanya Nabi Ismail as mengenai perintah Allah yang baru diterima supaya menyembelih Nabi Ismail as. Nabi Ismail as akur dan pasrah jika itu adalah perintah dari Allah. Muktamad dan tidak boleh disanggah sama sekali sebagai bukti keimanan. 



Nabi Ismail berkata kepada ayahandanya dengan beberapa pesanan sebelum urusan penyembelihan itu dijalankan. 

Pertama, ayahanda mestilah menggunakan pisau yang tajam supaya urusan penyembelihan nanti akan berjalan lancar. 

Kedua, baju yang dipakai Nabi Ismail as mesti ditanggalkan, supaya kesan-kesan darah pada bajunya tidak akan kelihatan kerana boleh melukakan emosi bondanya Siti Hajar bila melihatnya. 

“Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah, ayah akan mendapati (menyaksikan sendiri) daku dari orang yang sabar” 
Walaupun berat namun Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s redha dan bersedia untuk melaksanakan perintah ini. Lalu Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kibasy untuk disembelih. 

Siti Hajar pula redha jika ini perintah dari Allah supaya Nabi Ibrahim a.s meninggalkan beliau dan anakandanya Nabi Ismail a.s berdua di tengah-tengah lembah yang kontang. 

Nabi Ibrahim a.s perlu kembali ke Baitul Maqdis kerana perintah Allah SWT. Maka tinggallah mereka dua beranak bersama bekalan yang hampir kehabisan. Maka menangislah anak kecil itu kerana kelaparan dan kehausan. Maka berlari-larianlah Siti Hajar antara Bukit Safa dan Bukit Marwa mencari air. Pelarian tanpa henti selama 7 kali berturu-turut ini berakhir bila telaga zam zam ditemui di hujung kaki Nabi Ismail. 

Bukti pengorbanan yang bukan sedikit. Pengorbanan orang-orang yang telah mendahului kita seharusnya menginsafkan. Mereka diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat berat untuk dipikul. Mereka terpilih untuk menerima ujian ini dan mereka redha sehingga akhirnya mereka berjaya. 
Justeru, mari bertanya kepada diri kita, sejauh manakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Islam yang kita cintai? Berapa banyakkah harta kita dan wang ringgit yang telah kita keluarkan dan dibelanjakan atas jalan-jalan fisabilillah? 

Walau pengorbanan kita tidak selayaknya dibandingkan dengan pengorbanan 3 insan tersebut, namun sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh kita lakukan atas nama pengorbanan...!!! — 


Salam aidiladha .... 
maaf sekiranya ada terkkasar bahasa..
tersalah bicara..
tersentuh rasa..
tercalar dihati... 
mohon jangan disimpan di dalam hati... 
ku menyusun sepuluh jari..
mohon maaf kepada sahabat yg dikasihi... 
maaf zahir batin.. 

salam ukhuwah... 

~~ a m m ~~

JOM BELAJAR KOMPUTER CARA MUDAH

Apa Komen Anda?

No comments :