Laluan OKU dibina untuk memudahkan naik ke masjid.. Sekitar Masjid Sultan mahmud, Kuala Lipis.. InsyaAllah Masjid mesra jemaah.. |
Malah, tuntutan menunaikan solat berjemaah lima waktu sehari semalam kepada setiap Muslim bukanlah satu yang membebankan, tetapi membuktikan Islam sangat menitikberatkan ikatan persaudaraan tanpa mengira pangkat dan keturunan.
Sehinggakan perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah membina masjid apabila setibanya baginda bersama para sahabat di Madinah.
Selain untuk beribadat, Rasulullah SAW turut menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, markas ketenteraan, pusat kebajikan, lubuk mencari ilmu.
Penganjuran pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi program mengimarah masjid dilihat semakin aktif diadakan pada masa ini dan ia merupakan usaha yang harus dipuji dan dibanggakan.
Namun malangnya, sesetengah penganjuran tersebut dilihat lebih memfokuskan kepada masyarakat sempurna dan kurang menyebelahi golongan kurang upaya tersebut.
Disebabkan kekurangan prasarana OKU di masjid atau surau membuatkan golongan istimewa itu patah semangat dan serik untuk hadir ke masjid kerana sukar untuk bergerak dan melibatkan diri.
Mengakui perkara tersebut, Imam Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri, Mohd. Azle Ismail berkata, pihak masjid kini harus memikirkan kebajikan OKU bagi mengelakkan golongan minoriti tersebut daripada terpinggir.
Beliau berkata, keinginan OKU tersebut untuk hadir ke masjid perlu diberi galakan agar tidak mematahkan semangat golongan istimewa itu daripada terus tidak menjejaki ke rumah ibadat.
Cara yang terbaik katanya adalah dengan menyediakan kemudahan untuk kegunaan OKU di rumah ibadat dan sentiasa membantu golongan tersebut apabila dilihat berada di masjid.
"OKU yang datang ke masjid adalah mereka yang hebat. Usaha mereka untuk datang dalam keadaan bersusah payah itu perlu kita berikan sokongan dan semangat. Sedangkan kita yang sempurna pun kadang kala berat menjejak kaki ke masjid apatah lagi yang kurang upaya.
"Oleh itu, menjadi tanggungjawab sebagai masyarakat normal untuk memberi kemudahan dan menghulurkan sedikit keprihatinan kepada golongan istimewa ini agar mereka merasakan gembira untuk datang ke masjid atau surau.
"Laluan khas OKU, tandas dan tempat mengambil wuduk, serta parkir OKU adalah perkara penting yang perlu diambil kira oleh semua pihak dalam menarik minat orang kurang upaya itu untuk mengimarah masjid," katanya ketika ditemui di masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini.
Tinjauan Mega, Utusan Malaysia di sekitar ibu kota mendapati kemudahan OKU di masjid dan surau masih berada di tahap yang kurang memuaskan.
Kebanyakan struktur dewan solat di rumah ibadah tersebut dibina mempunyai tangga tetapi tidak menyediakan laluan khas bagi OKU. Begitu juga kawasan tandas dan bilik wuduk yang rata-ratanya tidak begitu sesuai untuk kegunaan golongan kurang upaya.
Namun begitu, terdapat binaan masjid yang baru dibina dilihat sudah mula mesra OKU antaranya Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri, Masjid Ar Rahah, Lembah Pantai dan Masjid Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Tambah Azle, apa yang dibimbangi, disebabkan kekurangan tersebut membuatkan OKU mengambil keputusan untuk terus tidak menunaikan solat berjemaah walaupun kewajipan yang diperintahkan terutama kepada lelaki menunaikan solat Jumaat berjemaah.
"Walaupun berstatus OKU, Islam tidak mengecualikan golongan ini untuk menunaikan solat berjemaah. Lebih-lebih lagi yang diwajibkan seperti pada waktu solat Jumaat.
"Sebagaimana orang normal, masyarakat OKU juga wajib menunaikan solat berjemaah sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya yang berharap agar cadangan pembinaan masjid pada masa akan datang untuk lebih mesra OKU.
sumber - Utusan Online
-
KLIK untuk keterangan lanjut |
No comments:
Post a Comment