Sunday, October 13, 2013

Berkongsi Untuk Satu Bahagian Korban


PERTANYAAN ;

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, adakah dibenarkan dalam ibadah qurban kita berkongsi dengan ramai orang untuk qurban 1 bahagian.

Sepanjang pembacaan, ibadah qurban hanya untuk yang berkemampuan.

Tapi kalau sebuah kumpulan, contohnya PELAJAR yang asalnya tidak mampu, tetapi contohnya 1 bahagian lembu berharga RM350, maka dibahagikan kepada 20 pelajar untuk mengumpulkan duit hingga RM350 untuk melakukan qurban 1 bahagian sahaja.

Adakah ini dibenarkan?

Harap dapat penjelasan sebelum raya qurban ini.

wassalam


JAWAPAN ;


-  Seekor haiwan korban (unta, lembu atau kambing) boleh dilakukan korban untuk seorang lelaki bersama-sama dengan SELURUH AHLI KELUARGANYA. Sebagaimana ditunjuki oleh hadis-hadis sahih.

-  Begitu juga satu bahagian korban (1/7) boleh dijadikan korban untuk seseorang bersama-sama dengan AHLI KELUARGANYA menurut sesetengah ulama, dan dipilih oleh Syeikh Bin Baz dalam Majmuk Fatawa (18/43).

-  Tetapi satu bahagian (1/7) dibahagikan kepada beberapa orang yang bukan ahli keluarga, kami tidak menemui fatwa yang mengharuskannya; (setakat pencarian kami)

-  Jika para pelajar tidak mampu untuk melakukan korban, mereka boleh bersedekah dengan kadar yang mereka mampu.

Wallahu A'lam.

SUMBER

BERIKLAN SAMBIL MEMBANTU PERNIAGAAN ORANG CACAT  - KLIK

No comments: