Jangan biarkan ia terus menjadi hitam...
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana diselaputi oleh
tompokan dosa demi dosa. Pada setiap dosa yang dilakukan tanpa diikuti dengan penyesalan atau taubat akan menyebabkan terlekatnya satu lagi titik hitam pada hati tersebut.
Jelas digambarkan dalam maksud hadith Rasulullah saw yang bermaksud:
"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah).
No comments:
Post a Comment