Pewartaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 )Akta 685) adalah suatu kejayaan penting kepada usaha pembangunan OKU setelah melalui sejarah panjang. Ia diikuti pula dengan tindakan kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa berkaitan hak OKU pada tahun berikutnya.
Wawasan 2020 yang ingin membawa negara mencapai status negara maju kini kian hampir. Dalam suasana inilah cabaran kepada pembangunan OKU terus menyaksikan lompang-lompang dalam sistem yang terdiri dari pemerintah dan rakyat yang perlu mendapat perhatian segera dan sewajarnya. Apatah lagi cabaran ketujuh yang ingin mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga yang kukuh.
OKU adalah individu yang hidup dalam system masyarakat yang tidak harus dipinggir atau dilihat terpinggir dalam arus perdana. Justeru, hal-hal berikut perlu dihalusi bagi kesinabungan pembangunan OKU yang lebih lestari:
1. Pemantapan undang-undang sedia ada bagi menjamin kelangsungan hidup OKU.
- Pindaan perlembagaan bagi memasukkan tiada diskriminasi berasaskan kecacatan dalam Perkara 8 (2) dan 12 (1). Peruntukan asal fasal-fasal tersebut adalah sebagaimana berikut:
8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undangundang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apaapa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
12. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di manamana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
- Meminda Akta OKU 2008 (Akta 685) bagi menyediakan remedy dan hukuman yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang gagal mematuhi hak-hak yang diberikan kepada OKU.
- Meratifikasikan sepenuhnya Konvensyen Antarabangsa berkaitan Hak-hak OKU dan Optional protocol.
2. Pendaftaran wajip bagi memastikan dasar dan perancangan kerajaan tepat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mensasarkan 10% populasi penduduk adalah terdiri dari golongan OKU. Hingga kini Malaysia hanya mempunyai seramai 331,661 OKU yang berdaftar. Sasaran 2.8 juta yang ditetapkan oleh WHO perlu diberi perhatian khusus memandangkan perancangan yang mantap hanya boleh member inpak yang baik dengan data perangkaan yang tepat.
3. Intervensi awal dan membentuk sokongan keluarga, family empowerment etc.
4. Pendidikan yang menepati keperluan kecacatan.
Adalah perlu hak pendidikan yang dijamin oleh Akta OKU 2008 diberi kesan sepenuhnya. Hak pendidikan perlu diadakan kepada semua katagori kecacatan termasuk dan tidak terhad kepada OKU penglihatan, OKU pendengaran, OKU fizikal, dan OKU bermasalah pembelajaran.
Peraturan 3 Peraturan Pendidikan Khas 1997, Akta Pendidikan 1996 yang memperkenalkan “educable” dan “non educable” perlu dihapuskan.
5. Kemahiran hidup.
OKU juga perlu dibekalkan dengan kemhairan-kemahiran bagi kelangsungan kehidupan sesuai dengan kecacatan yang dialami.
6. Pekerjaan.
Dasar 1% yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diiringi dengan perlaksanaan yang sebenar. Sejumlah 1500 OKU yang berkerja dalam sector awam masih jauh dari sasaran dari 1.4 juta kakitangan awam seluruh Negara.
Selama ini OKU sering menghadapi rintangan yang di luar kemunasabahan dalam mendapat pekerjaan. Tidak cukup dari itu, kakitangan OKU sering diberi tekanan dan penindasan mental yang berterusan di tempat kerja.
Hak OKU untuk berkerja dan menjalankan perniagaan termasuklah perniagaan kecil dan penjaja perlu diiktiraf. Perlaksanaan Akta Orang Papa 1977 yang sering menjadikan OKU dikatagorikan sebagai pengemis perlu dihapuskan.
7. Cabaran OKU dalam membina keluarga.
Perlu ada suatu system sokongan bagi membantu OKU melestarikan kehidupan berkeluarga.
8. Perumahan.
9. Kebolehaksesan ke tempat-tempat dan perkhidmatan awam.
Malaysia telah mempunyai Uniform Building by-law yang memperuntukkan akees kepada OKU dalam bangunan atau tempat awam. Namun penguatkuasaanya masih jauh dituruti. Pelbagai halangan dari pelbagai pihak menjadikan undang-undang yang ada gagal dipatuhi.
Mobility OKU diburukkan lagi dengan system pengangkutan awam yang tidak mesra OKU dan amat kurang. Dalam kebanyakan kes, OKU terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi mengatasi kesulitan pengangkutan.
10. Penyertaan OKU dalam membentuk masyarakat.
Kempen berterusan perlu dilaksanakan bagi mendekatkan OKU kepada masyarakat. Halangan hasil dari interaksi antara OKU dan masyarakat telah membataskan penyertaan OKU dengan Komuniti. Maklumat berkaitan kebolehan, potensi dan keupayaan OKU mesti diperbanyakkan di media-media massa demi membentuk suatu masyarakat yang terbuka dan boleh disertai oleh golongan OKU.
11. Keperluan OKU di hari tua.
Peningkatan taraf kesihatan telah menjadikan jangka hayat seseorang warga Negara kian panjang. Ia tidak terkecuali kepada golongan OKU. Keadaan seseorang OKU akan kian menguncup keupayaan diri bilamana usia semakin lanjut. Satu system sokongan mantap harus disediakan bertujuan membantu golongan warga emas yang terdiri dari golongan OKU.
No comments:
Post a Comment