Sedang dalam saya klik klak apa-apa yang patut dibaca bagi menambah pengetahuan, tiba-tiba hati terdetak untuk online Facebook. Sedang dalam saya menarik-narik scrool mouse kebawah untuk melihar paparan demi paparan, saya terpandang 1 video yang terpampang gambar saya.
Rasa sedih campur gembira bila melihat usaha anak ini untuk meng'video'kan gambar-gambar yang terdapat dalam Facebook saya yang di iringi lagu yang tersimpan pesanan yang baik pada liriknya.
LINK VIDEO
Terharu kerana anak ini tahu nilai erti persahabatan dan kawan-kawan walaupun ada segelintirnya kadang-kadang marah saya letak iklan perniagaan saya di Wall mereka.
LINK FACEBOOK ANAK INI
DAN
LINK INI
Walaupun saya rasa sangat sedih dan terharu, namun saya tetap tersenyum kerana itulah pesanannya pada link video ini.
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Muga Allah merahmatimu...
Jazzakallah.
No comments:
Post a Comment