2 - Mohon Bantuan Tajaan

السلام عليكم
dan Salam Persaudaraan.


Saya menjemput Dato' /YB / Tuan / Puan untuk menjadi PENAJA kepada PESERTA program KURSUS KOMPUTER UNTUK WARGA KURANG BERKEMAMPUAN.

Saya melalui syarikat saya oAa Microsystem menganjurkan kursus ini dan saya pohon Dato'/YB/Tuan/Puan menjadi sumber sokongan untuk menghidupkannya...

kenapa ?

Saya memohon Dato'/YB/Tuan/Puan untuk membantu perniagaan saya seorang Warga OKU yang sudah tentu mempunyai berjuta kekurangan untuk menggerakkan perniagaan ini semaju dan sehebat mungkin.

Saya telah cuba mendapatkan projek "celah gigi" untuk repair komputer di pejabat-pejabat kerajaan, tapi buat masa ini belum ada rezeki kerana menurut mereka Jabatan-jabatan Kerajaan sudah ada Juruteknik Komputer mereka sendiri.

Saya edar flyers, poster, pamplet dan bermacam cara untuk mendapatkan "pelanggan individu"... respon yang saya terima juga agak menghampakan...

'ntahlah'... mungkin dalam suasana ekonomi sekarang ini orang nak berjimat duit atau mungkin mereka tidak yakin dengan perniagaan orang cacat atau apa juga alasan
yang memungkinkan segalanya...

Kalau adapun yang sudi jadi pelanggan, mereka hantar PC yang Low Yatt dah tak nak repair dan minta "caj yang murah"... bayangkan setelah saya FORMAT dan INSTALL semula PC seorang pelanggan, saya minta bayaran RM60.00... dia mintak kurang RM30.00, katanya mahal... saya tanya kenapa mahal? Dia memberitahu yang dia repair dengan kawannya baru bayar RM30.00... saya tanya kedainya di mana? dia bagi tahu kawannya seorang PROGRAMMER di Jabatan Kerajaan. Dalam hati saya berkata, kalau dia bagi FREE pun tak pe, dia repair di rumah dia... dia dah ada gaji yang besar... dia tak ada tanggungan perniagaan!. Jika itulah nak dijadikan bandingan, macammana AKU yang OKU nak ambil lebihan keuntungan perniagaan untuk merasa nikmat hidup sedangkan nak sara kos perniagaan pun tak lepas!

Jadi sebagai usaha terakhir saya, saya anjurkan kursus ini, dan saya pohon kawan-kawan yang punya 'kelebihan untuk menajanya'. Saya tak minta begitu sahaja... saya sandarkanprojek saya ajarkan anak-anak warga kurang berkemampuan sebagai sandarannya.

Tuan2 boleh taja dengan kadar yang tuan-tuan mahu dan saya akan nilaikan pada kiraan jam mengajar dan membimbing mereka.

KEUNTUNGANNYA yang tuan-tuan akan dapat!!!... Tuan-tuan dapat bantu saya, dan tuan-tuan dapat bantu mereka... dan saya yakin Allah akan ganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.

kalau bolehlah, kalau tidakpun cubalah panjangkan permohonan ini kepada INSAN-INSAN yang lain kerana mungkin ada DERMAWAN yang akan sudi BERSAMAKU...



Allah Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Dapatkan keterangan lanjut permohonan saya dan dokumen berkaitanya sila ke link di bawah ini...




Terima kasih kerana sudi baca sampai habis....

OMAR ABDUL AZIZ



KLIK - SIAPAKAH YANG TIDAK PERNAH MEMINTA


3 comments:

Smart N Creative said...

assalamuaalaikum.. nama saya saiful.. saya ada bende nak berbincang dengan abang pasal projek yang dibentang kan.. saya lebih mudah kalau kita berjumpa dan set kan perbincangan kita ini.. harap hubungi saya di talian 019-3369388 saiful

Smart N Creative said...

nanti call saya untuk bincang projek ini.. saiful 0193369388

Omar Abdul Aziz said...

Ya boleh, datang sahaja ke alamat B-0-12K, PPR Laksamana, Jalan Peel, 55100 KUALA LUMPUR. Tel : 012 5550546