Setelah pertemuan di buat, aku tak jadi nak 'joint bisness' yang boleh bagi aku cepat kaya... Kesimpulan yang aku berikan padanya, jika dia dah kaya nanti, tajalah PROJEK KURSUS KOMPUTER untuk WARGA KURANG MAMPU yang aku jalankan... Aku bimbang nanti bila aku DAH KAYA, aku akan lupakan PROJEK KURSUS KOMPUTER untuk WARGA KURANG MAMPU tersebut... Sian bebudak tu, tak ada lagi tempat mereka nak belajar dan buat kerja sekolah berkomputer mereka dengan berbimbingan.
Rakan FBku tetap memujukku dengan hujjahnya sampai bila aku nak hidup MEMINTA-MINTA begini? Aku memberikan jawapan ringkas bahawa SEMUA ORANG HIDUP MESTI MEMINTA2... kalau Kakitangan Kerajaan minta kerja, dah dapat tawaran... setiap bulan minta gaji. Peniaga2 akan promosi barangan perniagaan mereka, minta pelanggan beli... bila pelanggan beli, mereka minta duit.... Kontraktor yang boleh kaya raya juga minta 'PROJEK', bila dapat projek minta bayaran... dan seperti dia juga yang meminta aku masuk bawah dia supaya aku jadi kaya... yang pasti, semua mesti meminta... hakikatnya... siapa yang meminta dan kepada siapa yang diminta. Dan yang paling penting meminta pada ALLAH adalah 1 munajat yang ALLAH janjikan pahala padanya, walaupun terpulang pada ALLAH mahu memakbulkan apa yang hamba2NYA pinta dalam DOA mereka. Namun BERDOA itu, tetap mendapat pahala kerana kita telah meminta pada ALLAH yang menjadikan kita dan mengizinkan segalanya untuk kita.
"Habis tu, dah berniaga... kenapa nak minta tajaan sana sini lagi?" tanyanya... Aku cuba menjelaskan, ini adalah usaha yang termampu aku lakukan dengan baki2 kudrat yang ALLAH berikan padaku sebagai pengidap penyakit Muscular Dystrophy... Jika ada keizinannya, dapatlah aku mencukupkan keperluan hidup sekeluarga. Jika belum diizinkanNYA, kami masih boleh hidup dengan rezeki yang ada walau tidak sesenang 'mereka'. Dalam kekurangan hidup ini masih adanya bahagia jika kita masih mahu mensyukurinya.
"Sampai bila?" tanyanya... Sampai waktunya aku telah tiada lagi sebagai ayah dan suami didunia ini... Akhiratku junjung, Duniaku Jinjing... Jika tak mampu lagi aku mencari 'kesenangan' dalam dunia ini, Dunia yang kujinjing akanku letakkan dengan tetap menjunjung akhirat... kerana kita semua pasti ke sana. Tegas saya menambah untuk cuba mengelak dari menyertainya.
"Cukupkah pendapatan perniagaan kamu?"... pada dasarnya memang tidak cukup, tapi pada hakikatnya ALLAH sentiasa mencukupkan dengan apa cara sekalipun walaupun aku terpaksa meminta2 tajaan kesana kesini... Aku akan tetap mengusahakannya sebagai usaha yang mampu aku lakukan kerana aku yakin pasti ada insan yang punya kelebihan yang akan sudi membantu, kerana ALLAH itu bersifat pemurah dan penyayang dan sudah semestinya dia akan mencampakkan naluri itu pada seseorang yang menjadi perantara untukku memperolehi rezekinya... Aku menunjukkan penyata seumpama di bawah ini, letika itu, untuk menjelaskan aku tiada lebihan untuk menyambut tawaran melabur bersamanya.
Selalunya penajalah yang menyelamatkan akaun untuk segala tuntutan BIL dan SEWA kedai, tegasku... "Sampai bila?"... Selagi ada rezeki, selagi itulah aku akan berusaha dan sentiasa berdoa agar kami sekeluarga akan dapat hidup dalam keadaan yang mencukupi. Jika Takdirnya aku terpaksa menutup perniagaan ini, Aku kembalikan urusan hidupku pada ALLAH kerana ADUNAN ALLAH itu sangat sempurna untuk setiap kejadian yang diciptakanNYA. "Takkan kamu tiada duit lebih untuk melabur dalam SKIM ini, kamu kena berani mencuba!" pintanya agar aku turut berjaya dalam pelaburan ini... InsyaAllah, jika ada lebihan, saya akan mencubanya. Tapi buat masa ini yang ada pada saya adalah amanah untuk saya pergunakannya buat kehidupan saya sekeluarga. Tegasku padanya...
Setelah aku menunjukkan 2 penyata yang dibuat untuk aku sertakan pada surat permohonanku yang selalu ku kirimkan kepada pihak berwajib agar memikirkan sesuatu bagi mengurangi bebanan hidup yang terpaksaku tempuhi dalam keadaan menanggung kesakitan ini dan perlu menanggungi keluargaku... dia termenung sebentar. Dia menyeluk sakunya dan mengambil wang kertas RM100 dan menghukurkannya padaku. "Gunakanlah untuk apa juga keperluan, saya nak pergi kerana ada janji untuk berjumpa orang lain." dia menutup bicaranya denganku
Aku mengucap syukur dan berbanyak terima kasih. Setelah bersalaman, rakan FBku itu belalu pergi keluar dari kedaiku untuk meneruskan agenda hidup masing2. Setelah saban lama tidak berhubung, hari ini aku menerima email ini yang mungkin dari beliau Royaltyfx" royaltyfx_tipu@gmail.com...
Atas dasar dia telah membantuku 1 ketika dulu, maka hari ini aku panjangkan emailnya kerana permintaannya agar dipanjangkan email ini pada semua yang mahu membacanya, setelah aku lawati laman web yang pernah diberikan 1 ketika dulu memang telah benar di tutup....
Hari ini, aku sudah menunaikan permintaanmu sahabat, walau pada hari itu aku tidak dapat menuruti permintaanmu, tetapi hari ini, aku telah menyempurnakannya... Terima Kasih atas segalanya.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment