SETINGGI kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T yang mana dengan izinnya penyerahan memorandum bersama OKU kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dapat disempurnakan di Auditorium Raja Aziz Addruse, Majlis Peguam sabtu lepas. Memorandum sempena kempen Gerakan Bersama Kebangkitan OKU 2012 “Bangkit” tersebut telah diterima sendiri oleh pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee.
11 perkara yang dikemukan dalam memorandum tersebut adalah perkara-perkara yang selama ini didepani oleh OKU yang pelbagai dan di setiap ceruk tanah air. Usaha yang dibantu oleh Majlis Peguam ini adalah suatu usaha berterusan kumpulan-kumpulan OKU dalam mengengahkan isu OKU kepada masyarakat dan pihak berkuasa.
Secara peribadi, pembabitan saya dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajan dalam membangunkan OKU dan mengambil pengalaman dalam pelbagai gerakan massa, memberi keyakinan bahawa isu OKU perlu diketengahkan melangkaui golongan OKU bahkan keluarga dan rakan OKU itu sendiri.
Isu OKU bukan isu OKU, keluarga OKU, rakan-rakan OKU atau mereka yang berurusan terus dengan golongan ini semata-mata. Ia adalah fenomenon dunia yang sengaja diciptakan oleh sang maha kuasa yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.
Seterusnya bila memperkatakan isu OKU, ia bukan sekadar menuntut kenaikan alaun-alaun kepada OKU atau mewujudkan alaun-alaun tambahan yang sesuai dengan keperluan OKU. Ia lebih dari itu. Isu yang melingkungi OKU merentas seluruh aspek kehidupan OKU sejak ia lahir hingalah waktu kematiannya.
Apa yang ingin saya dan rakan-rakan ketengahkan sememangnya bukan suatu yang agak biasa. Tuntutan memorandum Bangkit adalah cetusan dari pelbagai OKU yang telah saya sertai dari pelbagai seminar dan perbincangan. Ia bukannya ilham baru dan pandangan peribadi saya sendiri.
Apa yang ditekankan dalam memorandum Bangkit adalah program pembangunan OKU yang bersifat menyeluruh dan komprehensif. Ia tidak terhad kepada OKU tertentu dan tidak terbatas dalam aspek-aspek tertentu sahaja.
Antara yang ingin diambil perhatian termasuklah perkara-perkara berkaitan perlembagaan persekutuan dan pindaan undang-undang. Memorandum Bangkit juga suatu dokumen yang mengajak pihak berkuasa samaada yang diterajui oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk menilai dan memberi penambahbaikan kepada program pembangunan OKU yang sedia ada.
Dalam scenario inilah, kempen Bangkit mudah dilihat sebagai suatu gerakan politik. Lebih malang apa yang ingin dibawa oleh kempen Bangkit dilihat seolah-olah suatu usaha untuk menentang kerajaan BN dan menyokong PR.
Dalam kesempatan inilah ingin saya perjelaskan kekeliruan yang timbul. Semoga dengan penjelasan ini semua pihak akan faham dan memberi sokongan penuh kepada kempen ini dan tidak menaruh curiga yang tidak munasabah.
Pertamanya kempen Bangkit tidak digerakkan oleh mana-mana parti politik. Selain ngo-ngo OKU, ia diperkasakan oleh individu-individu yang telah lama bergiat dalam isu-isu berkaitan OKU.
Justeru ia tidak seharusnya dikaitkan dengan gerakan pro pembangkang atau gerakan anti kerajaan. Jauh sekali ia suatu gerakan yang mengancam keselamatan Negara.
Keduanya sekalipun kempen Bangkit dikatakan satu aktiviti politik, mari kita halusi suasana dan system Negara kita yang kita amalkan kini.
Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi di mana pemimpin yang menerajui Negara dipilih oleh rakyat. Dalam pada itu, Malaysia sebagai sebuah Negara demokrasi berperlembagaan, mengamalkan kebebasan hak untuk rakyat bersuara dan menyatakan pandangan.
Selanjutnya harus kita sedari bahawa dalam system kenegaraan hari ini, perundangan Negara tidak dibuat oleh mereka yang pakar sahaja tetapi ia dubuat dan diluluskan oleh parlimen yang terdiri dari Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Rakyat adalah dianggotai ahli-ahli-ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya.
Dengan struktur system kenagaraan inilah kami merangka satu program untuk menyuarakan suara OKU. Saya tidak nafikan dalam menyuarakan suara OKU tersebut, tentu saja ada perbezaan antara yang kami suarakan dengan apa yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Dalam hal inilah ia tidak wajar dilihat sebagai satu tindakan anti kerajaan atau pro pembangkang. Apatah lagi bilamana kita menyebut perihal pindaan perlembagaan persekutuan dan undang-undang Negara, ia bukanlah retorik pembangkang semata-mata.
Dengan system yang kita amalkan hari ini, hanya ahli-ahli politik saja yang berupaya untuk meminda perlembagaan Negara dan perundangan-perundangan utama. Apakah cara untuk kita memberi faham kepada mereka?
Jawabnya, melalui kempen-kempen sebeginilah input dan desakan sesuai dapat dikemukakan dan dilakukan. Lebih dari itu ia tidak hanya kepada parti pemerintah, bahkan kepada parti pembangkang juga.
Jika dikatakan kempen Bangkit adalah kempen politik, sememangnya ia tidak dapat dinafikan. Namun harus diingat, ia bukan kempen parti politik.
Bagaimana jika ada parti politik yang ingin bersama dengan kempen ini? Bagi saya ia bukan menjadi isu kami. Kami terbuka kepada sesiapa sahaja untuk bersama selagi mereka faham dan yakin dengan kempenBangkit.
Saya penuh insaf bahawa kempen Bangkit bukanlah suatu permulaan kepada usaha-usaha membangunkan OKU dinegara ini. Ia adalaah penerusan kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak selama ini.
Apa yang ingin diberi penekanan melalui kempen Bangkit adalah kefahaman yang lebih menyeluruh berkaitan isu-isu yang didepani oleh OKU. Kejayaan yang gemilang bermula dengan langkah pertama yang penuh kedaifan dan diikuti dengan langkah yang penuh kepayahan dan rintangan. – 26 Rabiul Akhir 1433H.
(MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF)
(AHLI JAWATANKUASA HAK ASASI MANUSIA MAJLIS PEGUAM)
SUMBER
No comments:
Post a Comment