RAWATAN BERASASKAN BEKAM (AL HIJAMAH),
TERAPI AL-QURAN & PEMAKANAN SUNNAH NABI S.A.W
RAWATAN HISTERIA, SANTAU, SIHIR, SAKA, LAIN-LAIN PENYAKIT BERAT ATAU RINGAN
Rawatan boleh dilakukan untuk seisi keluarga, bersihkan rumah dan memagar rumah dari ganguan makhluk halus dan lain-lain rawatan lain-lain.
Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin
1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki/tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh di atas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Kerap sendawa / Mengantuk / Gelisah/panas ditengkuk bila dengar bacaan al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap keguguran.
26) Gagal melakukan hubungan kelamin.
27) Bermimpi seram yang menakutkan.
28) Darah haid turun lebih 15 hari.
29) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
30) Selalu ditindih ketika tidur. 31) Kuat berangan.
32) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
33) Nafsu seksual yang melampau.
34) Selalu melihat kelibat dirumah.
35) Terasa diri selalu diperhatikan /diekori.
36) Mandul.
37) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
38) Melihat jin secara terus.
39) Sakit mental atau gila.
40) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
41) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
42) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
43) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
44) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
45) Timbul rasa takut tanpa sebab.
46) Sering pengsan tanpa sebab.
47) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
48) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
49) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
50) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
51) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan di atas, maka anda sedang terkena gangguan jin.
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan :
Untuk Rawatan Sekitar Ipoh Perak ;
sila hubungi ;
USTAZAH AISHAH BINTI SHAARIFF H/P : 016-4456014
(buat tempahan untuk rawatan bekam lelaki - Ustaz Azmir Munawar dan bekam muslimah oleh Ustazah Aishah)
Untuk Rawatan Sekitar Ipoh Perak ;
sila hubungi ;
USTAZAH AISHAH BINTI SHAARIFF H/P : 016-4456014
(buat tempahan untuk rawatan bekam lelaki - Ustaz Azmir Munawar dan bekam muslimah oleh Ustazah Aishah)
SEKITAR KUALA LUMPUR SELANGOR (UNTUK PEREMPUAN SAHAJA)
Puan Miza H/P : 012 555 0546
- Sebelum sesi rawatan : Sila sediakan Air Mineral / Tapis sebotol besar dan Air Paip sebotol besar ( wajib ada ).
- Bagi pesakit HISTERIA, SANTAU, SIHIR, SAKA DAN PENYAKIT BERAT YANG LAIN perlulah menyediakan beberapa bahan yang penting sebelum sesi rawatan ; Tamar `Ajwah atau Tamar Madinah (sekurang-kurangnya 7 biji x 7 hari makan ), Madu lebah Asli, Minyak Zaitun yang boleh diminum / makan, Khal atau Cuka Epal, Daun Bidara, Air Zam-zam, Minyak / Pil / Bijirin Habbatus Sauda`, atau sebarang bahan makanan atau minuman yang disunnahkan oleh nabi s.a.w dan Ais Batu ( kegunaan untuk mandi – apabila diperlukan ).
- Kesemua bahan-bahan ini seboleh-bolehnya dan amat penting, juga sangat perlu diadakan dan diusahakan untuk mendapatkannya. Namun jika gagal setelah berusaha, maka sebahagian dari bahan-bahan tersebut sudah memadai.
Bekam sunnah adalah kaedah perubatan nabi yang mampu menyedut darah kotor / penyakit dari badan dan menyembuhkan 76 jenis penyakit kritikal. Bagi orang yang sihat pula,berbekam sebulan sekali mampu menghindari diri dari terkena 76 jenis penyakit kritikal di masa-masa akan datang dengan izin ALLAH TAALA
1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi kencing
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostate
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi kencing
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostate
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka
Soalan-soalan lazim berkaitan bekam
S - Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
J - Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini, menggunakan sejenis alat yang dipanggil PEN BEKAM Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangatlah laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.
S - Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
J - Ya selamat, ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.
S - Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
J - Waktu mustajab ialah sebelah pagi di mana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tarikhnya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.
S - Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
J - Individu yang dilarang ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap gugur, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah yang serius, pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan yang pertama.
S - Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
J - Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan yang maksimum pada pesakit amnya.
S - Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
J - Kaedah bekam darah...
S - Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
J - Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.
S - Apakah pantang larang selepas berbekam ?
J - Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan, mandi dan tidur.
S - Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
J - Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam atau pastikan perut kosong sekurang – kurangnya 2 jam sebelum bekam.
Soalan-soalan lazim berkaitan bekam resdung
S - Adakah kaedah rawatan bekam resdung ini menyakitkan ?
J - Tidak sama sekali...
S - Berapa kerapkah saya perlu menjalani rawatan bekam resdung nie ?
J - Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam resdung ni sebulan sekali.
S - Apakah pantang larang selepas menjalani rawatan ini ?
J - Pantang larangnya ialah kurangkan pengambilan makanan seafood seperti ketam,udang,sotong dan juga sambal belacan.
Dalil-dalil tuntutan berbekam;
Telah bersabda Rasulullah SAW
“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"(Hadis sahih)
"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)
"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan...." (Hadis Hasan Gharib)
"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit, maka itu adalah bekam" (HR Ibnu Jarir)
Bismillah, wal hamdulillah, wassholatu wassalamu 'ala Rasulillah, wa ba'du :
Saudara seislam dan seiman, berikut ini adalah beberapa hal yang terkait dengan ruqyah yang disyariatkan, tulisan ini diterjemahkan dari muqaddimah kitab irqi nafsaka wa ahlaka bi nafsika (Ruqyahlah diri dan keluargamu oleh dirimu sendiri) karya Syaikh DR. Khalid bin Abdurrahman al-Juraisi.
Ruqyah terbahagi kepada empat bahagian :
Pertama: dilakukan dengan menggunakan kalam Allah (al-Qur`an), Asmanya ( nama - namanya ) Yang Maha Indah, serta sifat-sifatnya Yang Maha Tinggi, hal ini hukumnya diharuskan, bahkan dianjurkan.
Kedua: Yang dihubungkan dengan hal tersebut diatas, yaitu yang berupa zikir dan doa yang makthur ( memiliki riwayat dari muhaddisin ), ruqyah ini memiliki hukum yang sama juga seperti di atas.
Ketiga: ruqyah yang dilakukan dengan zikir dan doa yang tidak makthur, namun tidak menyalahi apa yang makthur, ini juga diharuskan.
Empat: ruqyah yang tidak boleh difahami maknanya, tidak diketahui biji butirnya seperti ruqyah yang ada pada masa jahiliyah atau zaman sekarang yang memuja - muja atau menyeru selain Allah. Ruqyah semacam ini haruslah dijauhi agar tidak terjerumus dalam kesyirikan atau yang membawa kepadanya.
Ruqyah yang disyari'atkan :
Para ulama bersepakat atas bolehnya ruqyah ketika mencakupi tiga syarat :
1. Bahwa ruqyah itu dilakukan dengan firman Allah (al-Qur`an), atau Asma dan Sifat-Nya.
2. Bahwa ruqyah itu dilakukan dengan menggunakan bahasa Arab atau dengan bahasa lain yang
difahami oleh yang diruqyah (marqi).
3. Hendaklah orang yang meruqyah dan diruqyah meyakini bahwa ruqyah tidak memberikan pengaruh
dengan sendirinya, akan tetapi dengan kekuasaan, kehendak dan rahmat Allah .
Adapun syarat yang harus dipenuhi oleh raqi ( yang meruqyah ) dan marqi ( yang diruqyah ), agar ruqyah itu bermanfaat dan menjadi sempurna dengan izin Allah, diantaranya adalah :
1. Layaknya yang melakukan ruqyah itu adalah orang yang baik, solih, dan beristiqamah.
2. Mengetahui ruqyah yang sesuai dari ayat-ayat al-Qur`an.
3. Bahwa orang yang sakit itu termasuk orang beriman, solih, baik, taqwa, dan istiqamah di atas
agama, serta jauh dari perbuatan maksiat dan aniaya, berdasarkan firman Allah :
[ وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْءَانِ مَاهُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَيَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلاَّخَسَارًا ]
"Dan Kami turunkan dari al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (QS. Al-Israa`:82)
* Biasanya, ruqyah tidak akan memberikan pengaruh atas orang-orang yang selalu melakukan maksiat dan kemungkaran.
4. Percaya dengan pasti bahwa al-Qur`an adalah penyembuh, rahmat, dan ubat yang bermanfaat,
sehingga tidak boleh dilakukan ruqyah dengan ayat-ayat al-Qur`an jika hanya untuk percubaan.
Jika mujarab (berarti benar), dan jika tidak berguna ( tidak mujarab ) ia berpaling kepada yang
lain!!seperti bomoh dan lain - lain.
Maka jika semua syarat ini dipenuhi, niscaya manfaat ruqyah dapat dirasai secara sempurna dengan izin Allah . Wallahu A'lam.
Adapun beberapa perkara penting yang jika pesakit menekuninya, niscaya sangat membantu dalam mempercepat proses penyembuhan dengan izin Allah, diantaranya adalah :
1. Bersemangat menunaikan ibadah tepat pada waktunya, yang paling penting adalah solat berjamaah, terutama solat Subuh, berdasarkan sabda Nabi s.a.w :
" مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِى ذِمَّةِ اللهِ ..."
"Barangsiapa yang melaksanakan shalat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah …"
Dan Sabdanya lagi :
" مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِى جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ "
"Barangsiapa yang melaksanakan shalat Subuh secara berjamaah, maka seakan-akan ia melaksanakan shalat malam seluruhnya"
2. Hendaklah ia memulai dengan meruqyah dirinya sendiri, karena sesungguhnya ruqyah seseorang untuk dirinya sendiri lebih utama daripada ruqyah untuk orang lain. Ruqyah termasuk jenis do'a, dan do'a seseorang untuk dirinya sendiri –dengan merealisasikan tawaqqal yang sempurna - lebih diharapkan untuk diterima daripada do'a orang lain untuknya, terutama dizaman yang sangat sedikit sekali ahli ruqyah yang dapat meruqyah dengan ikhlas.
Jika ia tidak mungkin melakukan ruqyah untuk dirinya sendiri karena sakit yang terlalu berat, atau ia telah meruqyah dirinya sendiri kemudian ingin menambah dengan ruqyah orang lain untuknya, maka hendaklah ia bersungguh-sungguh mencari ahli ruqyah yang ikhlas, memiliki akidah yang benar, dan dikenali di tengah masyarakat sebagai orang solih dan punya nama yang baik, janganlah ia terhanyut dalam tipuan dan propaganda para tukang sihir dan tukang bomoh, karena hal ini sudah diketahui dengan pasti tentang keharamannya, sebagaimana juga seorang muslim diwajibkan untuk menghindari perubatan dengan sesuatu yang diharamkan. Sesungguhnya Allah tatkala mensyari'atkan berubat untuk hamba-hamba-Nya tidak menjadikan kesembuhan mereka pada sesuatu yang diharamkan terhadap mereka, sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
" إِنَّ اللهَ لَمْ يَجْعَلْ شِفَاءَكُمْ فِى حَرَامٍ "
"Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu pada sesuatu yang haram."
4. Bahawa ruqyah itu berasal dari orang yang baik hatinya dan istiqamah jalannya, ia telah membersihkan dirinya dari yang haram dan meyakini bahwa kesembuhan hanya dari Allah saja, dan sesungguhnya Allahlah Yang Maha Memberi kesembuhan, karana ruqyah–seperti yang telah dijelaskan sebelumnya- termasuk dari jenis doa, sehingga tatkala orang yang meruqyah membaca untuk dirinya atau untuk orang lain, ia harus meyakini pada saat meruqyah bahwa ia akan memperoleh kesembuhan dari Allah secara mantap, bukan sambil melakukan percubaan. Jika raqi (yang meruqyah) melakukan ruqyah karena melakukan percubaan akan keberkesanan ruqyah, berarti ia telah melepaskan manfaat yang diharapkan untuk dirinya.
5. Dia berdoa seperti orang yang sedang kesulitan, meminta dengan sangat – sangat ( sungguh - sungguh ) kerana mengikuti Nabi s.a.w, meyakini akan terkabul doanya, sebagaimana Allah menjanjikan dengan firman-Nya :
[ أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَآءَ اْلأَرْضِ أَءِلَهٌ مَّعَ اللهِ قَلِيلاً مَّاتَذَكَّرُونَ ]
"Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi?Apakah di samping Allah ada ilah (tuhan yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)" (QS. An-Naml :62)
Hendaklah raqi (orang yang meruqyah) mencari waktu-waktu dikabulkan doa, di antaranya: sepertiga malam, waktu terakhir di hari Jumaat (sebelum maghrib), demikian pula di saat sujud, dan kondisi serta waktu lainnya yang utama.
6. Berusaha makan atau minum dengan makanan dan minuman yang halal juga yang baik, berdasarkan sabda. Nabi s.a.w :
" أَطِبْ مَطْعَمَكَ تَكُنْ مُسْتَجَابَ الدَّعْوَةِ "
"Perbaikilah makananmu, niscaya engkau menjadi orang yang do'anya dikabulkan"
Dan sabda beliau lagi :
" أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا... ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلَ السَّفَرَ, أَشْعَثَ أَغْبَرَ, يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَارَبِّ يَارَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ, فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذلِكَ "
"Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima sesuatu yang baik… Kemudian Rasulullah menyebutkan tentang seseorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh, sehingga berambut kusut dan penuh debu, ia mengangkat kedua belah tangannya ke langit seraya berdoa: Wahai tuhanku.. wahai tuhanku! Sementara makanannya haram, pakaiannya haram, dan diberi makan dengan yang haram, bagaimana doanya akan dikabulkan?"
7. Berusaha membaca surat al-Baqarah di rumah, karana –tanpa disangsikan lagi- merupakan benteng yang kukuh dan ruqyah yang besar untuk penghuni rumah itu, berdasarkan sabda Nabi s.a.w :
" اِقْرَؤُوْا سُوْرَةَ الْبَقَرَةِ, فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسَرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيْعُهَا الْبَطَلَةُ "
"Bacalah surat al-Baqarah, sesungguhnya mengamalnya adalah barokah, meninggalkannya adalah kerugian, dan para penyihir tidak bisa menguasainya"
Dan di antara keagungan barokahnya surat ini adalah yang datang dari Nabi s.a.w beliau bersabda :
" إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ "
"Sesungguhnya syaitan berlari dari rumah yang dibaca di dalamnya surat al-Baqarah"
Orang yang sakit bisa membacanya sendiri atau dibacakan atasnya, jika diulang-ulang membacanya secara sempurna atau dengan tape recorder dan seumpamanya setiap hari atau setiap malam, dengan izin Allah akan menjadi penyebab utama untuk kesembuhan penghuni rumah itu dari gangguan syaitan, sebagaimana Syaikh Jibril hafizhullah memberikan fatwa kepadaku tentang hal itu.
8. Memperbanyak zikir kepada Allah, dengan selalu membaca al-Qur`an, menekuni istighfar, membentengi diri dengan zikir-zikir yang disyari'atkan.
9. Meminum air putih yang telah dibacakan atasnya, mandi dengannya, terutama air zamzam, ia adalah ubat bagi orang yang sakit, sehingga jika dibacakan atasnya, niscaya hal itu lebih utama dan sangat diharapkan memperoleh kesembuhan, insya Allah, lalu jika ditambahkan atasnya daun bidara, atau kepada air putih yang sudah dibacakan atasnya, atau direndamkan padanya kertas-kertas yang ditulis atasnya ayat-ayat al-Qur`an dengan dakwat yang suci –dari za'faran dan semisalnya- hal itu akan menjadi penyebab kesembuhan juga, dengan izin Allah.
10. Memakan minyak zaitun dan memakainya, berdasarkan sabda Nabi s.a.w :
" كُلُوْا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوْا بِهِ, فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ "
"Makanlah minyak zaitun dan pakailah minyaknya, karena sesungguhnya ia berasal dari pohon yang penuh berkah"
Demikian pula jintan hitam beserta minyaknya, dimakan darinya dan dioleskan dengan minyaknya, berdasarkan sabda-Nya s.a.w :
" فِى الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلاَّ السَّام "
"Dalam habbatus sauda (jintan hitam), terdapat kesembuhan dari segala penyakit kecuali mati"
Dan jikalau dibacakan atas minyak zaitun dan minyak habbah sauda (jintan hitam), dari ayat-ayat al-Qur`an, niscaya hal itu akan menjadi lebih utama, insya Allah .
11. Minum madu, sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi manusia, sebagaimana dikhabarkan oleh Allah. Jika dibacakan sebagian ayat al-Qur`an atasnya, tentu hal itu akan lebih utama, supaya digabungkan padanya antara keutamaan berubat bersama dengan al-Qur`an yang mulia, karana termasuk yang disyari'atkan adalah berubat dengan madu.
12. Berbekam setiap kali diperlukan, hal itu berdasarkan sabda Nabi s.a.w :
" الشِّفَاءُ فِى ثَلاَثَةٍ: فِى شَرْطَةِ مِحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةِ عَسَلٍ أَوْ كَيَّةِ بِنَارٍ, وَأَنَا أَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الْكَيِّ "
"Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara: pada torehan mata pisau bekam, atau minuman madu, atau besi yang dipanaskan dengan api, dan aku melarang umatku dari besi yang dipanaskan"
13. Memakan tujuh butir kurma 'ajwah di pagi hari, hal itu berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :
" مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ فِى ذلِكَ الْيَوْمِ سُمٌّ وَلاَ سِحْرٌ "
"Barangsiapa yang sarapan pagi –setiap hari- dengan tujuh butir kurma 'ajwah, niscaya racun dan sihir tidak bisa membahayakannya di hari itu"
Ibnu ulQayyim rahimullah menyebutkan sepuluh sebab yang dapat menolak kejahatan orang yang dengki, penyakit 'ain dan tukang sihir dengan izin Allah :
1. Berlindung kepada Allah dari kejahatan mereka, membentengi diri dan kembali kepada-Nya.
2. Merealisasikan ketaqwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Maka barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah menjaganya dan tidak menyerahkannya kepada yang lain sekelip matapun.
3. Menghiasi diri dengan sifat sabar terhadap musuh yang dengki. Orang yang didengki tidak boleh mendapatkan kemenangan terhadap yang dengki kepadanya kecuali dengan cara menghadapinya dengan sifat sabar. Dan tipu daya yang jahat tidak bisa menimpa kecuali kepada pelakunya.
4. Bertawaqqal kepada Allah, barangsiapa yang bertawaqqal kepada Allah maka Dia akan mencukupkannya. Tawaqqal ini adalah penyebab terkuat untuk menolak gangguan manusia yang dia tidak mampu menahannya.
5. Mengosongkan hati dari fikiran terhadap orang yang dengki, dan ia menghilangkannya dari hati setiap saat terlintas dalam benaknya, sehingga tidak menoleh dan tidak merasa takut kepadanya.
6. Menghadap kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, ini adalah benteng terkuat yang tidak ada rasa takut bagi orang yang membentengi diri dengannya dan tidak tersia-sia orang yang kembali kepada-Nya.
7. Memurnikan taubat kepada Allah dari segala dosa. Tidaklah seorang hamba ditimpa musibah kecuali karena dosa, baik dia mengetahuinya ataupun tidak.
8. Bersedeqah dan berbuat baik sedapat mungkin. Sesungguhnya hal itu mempunyai pengaruh yang mengagumkan dalam menolak bala, penyakit 'ain, dan kejahatan orang yang dengki. Disebutkan dalam athar: "ubatilah orang yang sakit darimu dengan sedekah" Memadamkan api kedengkian orang yang mendengki, yang berbuat zalim, dan yang menyakiti dengan cara berbuat baik kepadanya. Berbuat baik kepada manusia mewariskan rasa cinta, meringankan tekanan permusuhan atau menghilangkannya, sebagaimana firman Allah :
[ وَلاَتَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلاَالسَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ ]
"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia" (QS. Fushshilat:34)
10. Memurnikan tauhid kepada Allah , karena sesungguhnya tauhid adalah benteng Allah yang paling besar, barangsiapa yang memasukinya, niscaya ia berada pada tempat yang aman. Demikian pula bertafaqqur dalam segala sebab kepada yang menciptakan sebab, yaitu Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan meyakini bahwa segala sesuatu tidak bisa memberi mudharat atau manfaat kecuali dengan izin-Nya.
Petunjuk-petunjuk umum yang harus dijaga saat melaksanakan ruqyah :
1. Raqi (yang meruqyah) dan marqi (yang diruqyah) dalam keadaan suci dari hadas kecil dan hadas besar.
2. Raqi menghadap qiblat.
3. Raqi dan marqi mentadabburkan nas-nas ruqyah saat membacanya, janganlah raqi membaca tanpa tadabbur terhadap maknanya dan tidak pula marqi mendengarnya kecuali sambil berusaha melakukan hal yang sama, dan keduanya menggantungkan hati kepada keagungan qudrat Allah serta meminta pertolongan kepada-Nya.
4. Meludah saat membaca dan sesudahnya, dan tidak mengapa untuk ditinggalkan.
5. Sangat baik meletakkan tangan kanan –saat membaca- di atas ubun-ubun atau di tempat yang sakit, jika hal itu memungkinkan, dan hendaklah memperhatikan tentang tidak bolehnya menyentuh wanita yang bukan muhrim.
6. Termasuk yang dianggap baik, hendaklah sekali-kali membaca dengan suara sedang di telinga kanan atau kiri orang yang sakit pada saat meruqyah.
7. Apabila anda memperhatikan adanya pengaruh dari ayat yang dibaca terhadap yang sakit, maka tidak mengapa untuk mengulanginya sebanyak tiga kali, lima kali, atau tujuh kali menurut keperluan.
8. Raqi berniat memberikan manfaat kepada saudaranya dengan ruqyahnya tersebut, agar Allah menyembuhkannya dan meringankan kesusahan darinya. Bahkan jika raqi meyakini adanya jin yang menyusup, hendaklah ia berusaha untuk mengajaknya bertaqwa dan istiqamah, ini adalah tuntutan yang sangat penting dan hendaklah raqi memperhatikan hal tersebut, karena risalah seorang muslim yang mendasar adalah berdakwah kepada Allah , berdasarkan firman Allah :
[ قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ]
"Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata " (QS. Yusuf:108)
Maka seorang muslim adalah juru dakwah dalam kedudukan pertama, karana paling utama adalah agar dia memulai ruqyahnya, sedangkan di dalam dadanya membawa dua misi, yaitu mengubati dan memberi petunjuk, sehingga tidak seharusnya bagi dia untuk berusaha menyakiti jin sejak pertama kali, kecuali apabila ia membangkang terhadap jalan-jalan petunjuk.
9. Menjaga lafazh ruqyah yang sesuai saat membaca, seperti arqi nafsi (aku meruqyah diriku), arqika (aku meruqyah engkau, untuk seorang lelaki), arqiki (aku meruqyah engkau, untuk seorang perempuan), arqikum (aku meruqyah kalian, untuk beberapa orang), dan hal itu disesuaikan menurut kondisinya.
10. Terkadang ruqyah boleh berlangsung selama satu minggu, juga kurang dari itu ataupun lebih, hal itu menurut kondisi yang sakit dan kadar kesembuhannya, sampai ia sembuh dengan izin Allah.
11. Raqi boleh meringkas ruqyah dengan memilih ayat-ayat tertentu yang sesuai dengan kondisi marqi.
12. Demikian pula raqi boleh meringkas dalam ruqyah terhadap ayat-ayat al-Qur`an atau hanya dari Hadits Nabi s.a.w saja, tetapi yang paling sempurna adalah dengan menggabungkan diantara keduanya.
13. Juga, raqi boleh membaca dengan suara keras atau pelan, dan suara keras lebih utama, supaya marqi bisa mendengarnya, serta untuk menjadikan semakin bertambahnya pengaruh dari ruqyah dan juga manfaatnya.
Demikianlah beberapa hal yang terkait dengan ruqyah yang diterjemahkan dari pengantar kitab Irqi nafsaka wa ahlaka bi nafsika (Ruqyahlah diri dan keluargamu oleh diri sendiri), Semoga bermanfaat bagi kita semua. Amin.
Dengan demikian, tidak sepantasnya seorang muslim menjadikan perubatan nabawiyyah sekadar sebagai perubatan alternatif. Justeru itu jadikanlah ianya sebagai cara perubatan yang utama, karana kepastiannya datang dari Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui lisan Rasul-Nya Shollallahu 'alaihi wa sallam. Sementara perubatan dengan ubat-ubatan terkini kepastiannya tidak seperti kepastian yang didapatkan dengan thibbun nabawi. Perubatan yang diajarkan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam diyakini kesembuhannya karena bersumber dari wahyu. Sementara perubatan dari selain Nabi kebanyakannya hanyalah duga - dugaan atau dengan pengalaman dari uji - uijan.
Sahabat yang mulia Abu Sa‘id Al-Khudri rahimallahu berkata :
أَنَّ َهْطًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْطَلَقُوْا فِي سَفْرَةٍ سَافَرُوْهَا حَتَّى نَزَلُوْا فِي حَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ ر الْعَرَبِ، فَاسْتَضَافُوْهُمْ فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوْهُمْ. فَلُدِغَ سَيِّدُ ذَلِكَ الْحَيِّ، فَسَعَوْا لَهُ بِكُلِّ شَيْءٍ، لاَ يَنْفَعُهُ شَيْءٌ. فَقَالَ بَعْضُهُمْ: لَوْ أَتَيْتُمْ هَؤُلاَءِ الرَّهْطَ الَّذِيْنَ قَدْ نَزَلُوْا بِكُم، لَعَلَّهُ أَنْ يَكُوْنَ عِنْدَ بَعْضِهِمْ شَيْءٌ. فَأَتَوْهُمْ فَقَالُوْا: يَا أَيُّهَا الرَّهْطُ! إِنَّ سَيِّدَنَا لُدِغَ، فَسَعَيْنَا لَهُ بِكُلِّ شَيْءٍ، لاَ يَنْفُعُهُ شَيْءٌ، فَهَلْ عِنْدَ أَحَدٍ منكُمْ شَيْءٌ؟ فَقَالَ بَعْضُهُمْ: نَعَمْ، وَاللهِ إِنِّي لَرَاقٍ، وَ لَكِنْ وَاللهِ لَقَدِ اسْتَضَفْنَاكُمْ فَلَمْ تُضَيِّفُوْنَا، فَمَا أَنَا بِرَاقٍ لَكُمْ حَتَّى تَجْعَلُوْا لَنَا جُعْلاً. فَصَالِحُوْهُمْ عَلَى قَطِيْعٍ مِنَ الْغَنَمِ. فَانْطَلَقَ فَجَعَلَ يَتْفُلُ وَيَقْرَأُ: {الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ} حَتَّى لَكَأَنَّمَا نُشِطَ مِنْ عِقَالٍ، فَانْطَلَقَ يَمْشِي مَا بِهِ قَلَبَةٌ. قَالَ: فَأَوْفَوْهُمْ جُعْلَهُمُ الَّذِي صَالَحُوْهُمْ عَلَيْهِ. فَقَالَ بَعْضُهُمْ: اقْسِمُوا. فَقَالَ الَّذِي رَقَى: لاَ تَفْعَلُوْا حَتَّى نَأْتِيَ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَذْكُرَ لَهُ الَّذِي كَانَ، فَنَنْظُرَ مَا يَأْمُرُنَا. فَقَدِمُوْا عَلى رَسُولِ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرُاْ لَهُ ذَلِكَ، فَقَالَ: وَمَا يُدْرِيْكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ؟ أَصَبْتُمْ، اقْسِمُوا وَاضْرِبُوا لِي مَعَكُمْ بِسَهْمٍ
Sejumlah sahabat Rasulullah Shollallahu 'alaihi wa sallam pergi dalam sebuah safar ( perjalanan ) yang mereka tempuhi, hingga mereka singgah di sebuah kampung Arab. Mereka kemudian meminta penduduk kampung tersebut agar menjamu mereka, namun penduduk kampung itu menolak. Tak lama setelah itu, kepala suku dari kampung tersebut tersengat binatang berbisa. Penduduknya pun berusaha dengan segala cara perubatan, namun tidak sedikit pun yang memberikan manfaat untuk kesembuhan pemimpin mereka. Sebahagian mereka berkata kepada yang lain: “Seandainya kalian mendatangi rombongan yang tadi singgah di tempat kalian, mungkin saja ada di antara mereka punya ubat (yang boleh menghilangkan sakit yang diderita pemimpin kita).” Penduduk kampung itu pun mendatangi rombongan sahabat Rasulullah yang tengah beristirahat tersebut, seraya berkata: “Wahai sekelompok orang, pemimpin kami disengat binatang berbisa. Kami telah berusaha dengan berbagai cara untuk menyembuhkan sakitnya, namun tidak satu pun yang bermanfaat. Apakah salah seorang dari kalian ada yang memiliki ubat?” Salah seorang sahabat berkata: “Iya, demi Allah, aku bisa meruqyah. Akan tetapi, demi Allah, tadi kami minta dijamu namun kalian enggan untuk menjamu kami. Maka aku tidak akan melakukan ruqyah untuk kalian hingga kalian bersedia memberikan imbuhan kepada kami.”
Mereka pun bersepakat untuk memberikan sejumlah kambing sebagai upah dari ruqyah yang akan dilakukan. Sahabat itu pun pergi untuk meruqyah pemimpin kampung tersebut. Mulalah ia meniup disertai sedikit meludah dan membaca : “Alhamdulillah rabbil ‘alamin” (Surah Al-Fatihah). Sampai akhirnya pemimpin tersebut seakan-akan terlepas dari ikatan yang mengekangnya. Ia pun pergi berjalan, tidak ada lagi rasa sakit ( yang membuatnya membolak-balikkan tubuhnya di tempat tidur ).
Penduduk kampung itu lalu memberikan imbuhan sebagaimana telah dijanjikan sebelumnya. Sebahagian sahabat berkata: “Bahagikanlah kambing itu.” Namun sahabat yang meruqyah berkata: “Jangan kita lakukan hal itu, sampai kita menghadap Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam, lalu kita ceritakan kejadian itu, dan kita tunggu apa yang beliau perintahkan.” Mereka pun menghadap Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam, lalu menceritakan apa yang telah terjadi. Beliau bertanya kepada sahabat yang melakukan ruqyah: “Dari mana engkau tahu bahwa Al- Fatihah itu boleh dibaca untuk meruqyah? Kalian benar, bagilah kambing itu dan berikanlah bagian untukku bersama kalian.”
Hadis di atas diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rahimallahu dalam kitab Shohih-nya no. 5749, kitab At-Thibb, bab An-Nafats fir Ruqyah. Diriwayatkan pula oleh Al-Imam Muslim rahimallahu dalam Shahih-nya no. 5697 kitab As-Salam, bab Jawazu Akhdzil Ujrah ‘alar Ruqyah.
Beberapa faedah yang dapat kita ambil dari hadis Abu Sa‘id Al-Khudri radhiallahu 'anhu di atas adalah :
- Surah Al-Fatihah mustahab untuk dibacakan kepada orang yang disengat binatang berbisa dan orang sakit.
- Boleh mengambil upah dari ruqyah dan upah itu halal. Seluruh kambing itu sebenarnya milik orang yang meruqyah adapun yang lainnya tidak memiliki hak, namun dibahagikannya kepada teman-temannya karana kedermawan dan kebaikannya.
- Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam meminta bahagiannya dalam rangka lebih menenangkan hati para sahabatnya dan untuk lebih menunjukkan bahwa upah yang didapatkan tersebut halal, tidak mengandung syubhat.
Demikian faedah yang disebutkan Al-Imam An-Nawawi rahimallahu dalam Al-Minhaj Syarhu Shahih Muslim.
Perubatan Nabawiyyah (At-Thibbun Nabawi) Bukan Perubatan Alternatif
Keadaan berbagai penyakit termasuk sunnah kauniyyah yang diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Penyakit-penyakit itu merupakan musibah dan ujian yang ditetapkan Allah Subhanahu wa Ta'ala atas hamba-hamba-Nya. Dan sesungguhnya pada musibah itu terdapat kemanfaatan bagi kaum mukminin. Suhaib Ar-Rumi radhiallahu 'anhu berkata: “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِن، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَلِكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِن، إِنْ أَصَابَهُ سَرَّاءٌ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَهُ ضَرَّاءٌ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
“Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah kebaikan. Yang demikian itu tidaklah dimiliki oleh seorangpun kecuali seorang mukmin. Jika ia mendapatkan kelapangan, ia bersyukur. Maka yang demikian itu baik baginya. Dan jika ia ditimpa kesusahan, ia bersabar. Maka yang demikian itu baik baginya.” (HR. Muslim no. 2999)
Termasuk keutamaan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diberikan kepada kaum mukminin, Dia menjadikan sakit yang menimpa seorang mukmin sebagai penghapus dosa dan kesalahan mereka. Sebagaimana tersebut dalam hadis Abdullah bin Mas‘ud radhiallahu 'anhu, bahwasanya Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيْبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ إِلاَّ حَطَّ اللهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
“Tidaklah seorang muslim ditimpa gangguan berupa sakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya.” (HR. Al-Bukhari no. 5661 dan Muslim no. 6511)
Di sisi lain, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan penyakit, Dia pun menurunkan ubat bersama penyakit itu. Ubat itupun menjadi rahmat dan keutamaan dari-Nya untuk hamba- hamba-Nya, baik yang mukmin maupun yang kafir. Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda dalam hadis Abu Hurairah radhiallahu 'anhu :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَل لَهُ شِفَاءً
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia turunkan untuk penyakit itu ubatnya.” (HR. Al- Bukhari no. 5678)
Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu mengkhabarkan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam :
إِنَّ اللهَ لَمْ يَنْزِلْ دَاءً إِلاَّ وَأَنْزَل لَهُ دَوَاءً، جَهِلَهُ مَنْ جَهِلَهُ وَعَلِمَهُ مَنْ عَلِمَهُ
“Sesungguhnya Allah tidaklah menurunkan penyakit kecuali Dia turunkan pula ubatnya bersamanya. (Hanya saja) tidak mengetahui orang yang tidak mengetahuinya dan mengetahui orang yang mengetahuinya.” (HR. Ahmad 1/377, 413 dan 453. Dan hadis ini disahihkan dalam Ash-Sahihah no. 451)
Jabir radhiallahu 'anhu membawakan hadis dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam :
لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أُصِيْبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Setiap penyakit ada ubatnya. Maka bila ubat itu mengenai penyakit akan sembuh dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala.” (HR. Muslim no. 5705)
Al-Qur`an ulKarim dan As-Sunnah yang sahih sarat dengan bermacam penyembuhan dan ubat yang bermanfaat dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sehingga mestinya kita tidak terlebih dahulu berpaling dan meninggalkannya untuk beralih kepada perubatan kimiawi yang ada di masa sekarang ini. ( Sahih Ath-Thibbun Nabawi, hal. 5-6, Abu Anas Majid Al-Bankani Al-‘Iraqi ). Karana itulah Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimallahu berkata: “Sungguh para tabib telah sepakat bahwa ketika memungkinkan perubatan dengan bahan makanan maka jangan beralih kepada ubat-ubatan (kimiawi, –pen.). Ketika memungkinkan pengamalan ubat yang sederhana, maka jangan beralih memakai ubat yang kompleks. Mereka mengatakan: ‘Setiap penyakit yang boleh ditolak dengan makanan-makanan tertentu dan pencegahan, janganlah cuba menolaknya dengan ubat-ubatan’.”
Ibnu ulQayyim juga berkata: “Berpalingnya manusia dari cara perubatan nubuwwah seperti halnya berpalingnya mereka dari perubatan dengan Al-Qur`an, yang merupakan ubat bermanfaat.” (Ath-Thibbun Nabawi, hal. 6, 29)
Namun tentunya, berkaitan dengan kesembuhan sesuatu penyakit, seorang hamba tidak boleh bersandar semata dengan perubatan tertentu. Dan tidak boleh meyakini bahawa ubatlah yang menyembuhkan sakitnya. Namun seharusnya ia bersandar dan bergantung kepada Zat yang memberikan penyakit dan menurunkan ubatnya sekaligus, yakni Allah Subhanahu wa Ta'ala. Seorang hamba hendaknya selalu bersandar kepada-Nya dalam segala keadaannya. Hendaknya ia selalu berdoa memohon kepada-Nya agar menghilangkan segala kemudharatan yang sedang menimpanya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :
أَمَّنْ يُجِيْبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوْءَ
“Siapakah yang mengijab ( menjawab / mengabulkan ) permintaan orang yang dalam kesempitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan (siapakah) Dia yang menghilangkan keburukan ?”( An-Naml: 62 )
Sungguh tidak ada yang dapat memberikan kesembuhan kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala semata. Karana itulah, Nabi Ibrahim 'alaihissalam berkata memuji Rabbnya :
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِيْنِ
“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku.” (Asy-Syu’ara`: 80)
contoh Perubatan Nabawi
Banyak sekali cara perubatan nabawi. Kami hanya menyebutkan beberapa di antaranya, karena keterbatasan halaman yang ada :
1. Perubatan dengan madu
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman tentang madu yang keluar dari perut lebah :
يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيْهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia.” (An-Nahl: 69)
Madu dapat digunakan untuk mengubati berbagai jenis penyakit dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. Di antaranya untuk mengubati sakit perut, seperti ditunjukkan dalam hadis berikut ini :
أَنَّ رَجُلاً أَتَى النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أَخِي يَشْتَكِي بَطْنَهُ. فَقَالَ: اِسْقِهِ عَسَلاً. ثُمَّ أَتَاهُ الثَّانِيَة فَقَالَ: اسْقِهِ عَسَلاً. ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَة فَقَالَ: اسْقِهِ عَسَلاً. ثُمَّ أَتَاهُ فَقَالَ: فَعَلْتُ. فَقَالَ: صَدَقَ اللهُ وَكَذَبَ بَطْنُ أَخِيْكَ، اسْقِهِ عَسْلاً. فَسَقَاهُ فَبَرَأَ
“Ada seorang menghadap Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, ia berkata: ‘Saudaraku mengeluhkan sakit pada perutnya.’ Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’ Kemudian orang itu datang untuk kedua kalinya, Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’ Orang itu datang lagi pada kali yang ketiga, Nabi tetap berkata: ‘Minumkan ia madu.’
Setelah itu, orang itu datang lagi dan menyatakan: ‘Aku telah melakukannya (namun belum sembuh juga malah bertambah sakitnya. Nabi bersabda: ‘Allah Maha benar dan perut saudaramu itu dusta. Minumkan lagi madu.’ Orang itu meminumkannya lagi, maka saudaranya pun sembuh.” (HR. Al-Bukhari no. 5684 dan Muslim no. 5731)
2. Perubatan dengan habbatus sauda` (jintan hitam.)
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
إِنَّ هَذِهِ الْحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلاَّ مِنَ السَّامِ. قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: الْمَوْتُ
“Sesungguhnya habbatus sauda` ini merupakan ubat dari semua penyakit, kecuali dari penyakit as- saamu”. Aku (yakni`Aisyah radhiallahu 'anha) bertanya: “Apakah as-saamu itu?” Beliau menjawab: “Kematian.” (HR. Al-Bukhari no. 5687 dan Muslim no. 5727)
3. Perubatan dengan susu dan kencing unta
Anas radhiallahu 'anhu menceritakan: “Ada sekelompok orang ‘Urainah dari penduduk Hijaz menderita sakit (kerana kelaparan atau keletihan). Mereka berkata: ‘Wahai Rasulullah, berilah tempat kepada kami dan berilah kami makan.’ Ketika telah sihat, mereka berkata: ‘Sesungguhnya udara kota Madinah tidak sesuai bagi kami (hingga kami menderita sakit, –pent.).’ Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam pun menempatkan mereka di Harrah, di dekat tempat pemeliharaan unta-unta beliau (yang berjumlah 3-30 ekor). Beliau berkata: ‘Minumlah dari susu dan kencing unta-unta itu.’
Tatkala mereka telah sihat, mereka justeru membunuh penggembala unta-unta Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam (setelah sebelumnya mereka mencungkil matanya) dan menggiring unta-unta tersebut (dalam keadaan mereka juga murtad dari Islam, -pen.). Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pun mengirim utusan untuk mengejar mereka, hingga mereka tertangkap dan diberi hukuman dengan dipotong tangan dan kaki-kaki mereka serta dicungkil mata mereka.” (HR. Al- Bukhari no. 5685, 5686 dan Muslim no. 4329)
4. Perubatan dengan berbekam (hijamah)
Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhuma mengabarkan :
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ فِي رَأْسِهِ مِنْ شَقِيْقَةٍ كَانَتْ بِهِ
“Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam berbekam pada bahagian kepalanya dalam keadaan beliau sebagai muhrim (orang yang berihram) karena sakit pada sebagian kepalanya.” (HR. Al-Bukhari no. 5701)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda :
الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثٍ: شُرْبَةِ عَسَلٍ، وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ، وَكَيَّةِ نَارٍ، وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الْكَيِّ
“Ubat / kesembuhan itu (antara lain) dalam tiga (cara perubatan): minum madu, berbekam dan dengan kay, namun aku melarang umatku dari kay.”11) (HR. Al-Bukhari no. 5680)
5. Ruqyah, Juga Salah Satu Perubatan Nabawi
Di antara cara perubatan nabawi yang bermanfaat dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah ruqyah yang syar’i, yang ditetapkan dalam Al-Qur`an dan As-Sunnah yang sahih. Ketahuilah, Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan Al-Qur`anul Karim sebagai syifa` (ubat / penyembuh ) sebagaimana firman-Nya :
وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَقَالُوا لَوْلاَ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ ءَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِيْنَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ
“Dan jikalau Kami jadikan Al-Qur`an itu suatu bacaan dalam selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: ‘Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?’ Apakah (patut Al-Qur`an) dalam bahasa asing, sedangkan ( rasul adalah dikalangan orang) Arab? Katakanlah: ‘Al-Qur`an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman’.” (Fushshilat: 44)
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ
“Dan Kami turunkan dari Al-Qur`an apa yang merupakan syifa` dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra`: 82)
Huruf مِنْ dalam ayat di atas untuk menerangkan jenis, bukan menunjukkan tab‘idh (makna sebagian). Karena Al-Qur`an seluruhnya adalah syifa` dan rahmat bagi orang-orang beriman, sebagaimana dinyatakan dalam ayat sebelumnya (yaitu surat Al-Fushshilat: 44).” (Ad-Da`u wad Dawa`, hal. 7)
Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullahu berkata ketika memberikan komentar terhadap hadis yang menyebutkan tentang wanita yang menderita meroyan (epilepsi) : “Dalam hadis ini ada dalil bahwa perubatan seluruh penyakit dengan doa dan bersandar kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah lebih mujarab serta lebih bermanfaat daripada dengan ubat - ubatan. Pengaruh dan khasiatnya bagi tubuh pun lebih besar daripada pengaruh ubat - ubatan jasmani.
Namun kemujarabannya hanyalah didapatkan dengan dua perkara :
Pertama : Dari sisi orang yang menderita sakit, yaitu lurus niat / tujuannya.
Kedua : Dari sisi orang yang mengubati, yaitu kekuatan bimbingan / arahan dan kekuatan hatinya dengan taqwa dan tawaqqal. Wallahu a’lam.” (Fathul Bari 10/115)
Dalam hadis Abu Sa‘id Al-Khudri radhiallahu 'anhu tentang ruqyah dengan surat Al-Fatihah yang dilakukan salah seorang sahabat, benar-benar terlihat pengaruh ubat tersebut pada penyakit yang diderita sang pemimpin kampung. Sehingga ubat itu mampu menghilangkan penyakit, seakan-akan penyakit tersebut tidak pernah ada sebelumnya. Cara seperti ini merupakan perubatan yang paling mudah dan ringan. Seandainya seorang hamba melakukan perubatan ruqyah dengan membaca Al-Fatihah secara baik, nescaya ia akan melihat pengaruh yang mengagumkan dalam kesembuhan.
Al-Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu berkata: “Aku pernah tinggal di Makkah selama beberapa waktu dalam keadaan tertimpa berbagai penyakit. Dan aku tidak menemukan tabib mahupun ubat. Aku pun merubati diriku sendiri dengan Al-Fatihah yang dibaca berulang-ulang pada segelas air Zam-zam kemudian meminumnya, hingga aku melihat dalam perubatan itu ada pengaruh yang mengagumkan. Lalu aku menceritakan hal itu kepada orang yang mengeluh sakit. Mereka pun melakukan perubatan dengan Al-Fatihah, ternyata kebanyakan mereka sembuh dengan cepat.”
Subhanallah! Demikian penjelasan dan persaksian Al-Imam Ibnu Qayyim rahimallahu terhadap ruqyah serta pengalaman peribadinya berubat dengan membaca Al-Fatihah. (Ad-Da`u wad Dawa` hal. 8, Ath-Thibbun Nabawi hal. 139)
Asy-Syaikh Solih bin Fauzan berkata: “Sungguh Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan Al-Qur`an sebagai syifa` bagi penyakit - penyakit hissi (yang dapat dirasakan indera) dan maknawi berupa penyakit-penyakit hati dan badan. Namun dengan syarat, peruqyah dan yang diruqyah harus mengikhlaskan niat. Dan masing-masing meyakini bahwa kesembuhan itu datang dari sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan ruqyah dengan Kalamullah merupakan salah satu di antara sebab-sebab yang bermanfaat.”
Beliau juga berkata: “Perubatan dengan ruqyah Al-Qur`an merupakan Sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam dan amalan salaf. Mereka dahulu mengubati orang yang terkena ‘ain, kerasukan jin, sihir dan seluruh penyakit dengan ruqyah. Mereka meyakini bahwa ruqyah termasuk saranan yang disunnahkan ) lagi bermanfaat, sementara yang menyembuhkan hanyalah Allah Subhanahu wa Ta'ala saja.” (Al-Muntaqa min Fatawa Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan, juz 1, jawaban soal no. 77)
Thibbun Nabawi Memberi Pengaruh bagi Kesembuhan dengan Izin Allah Subhanahu wa Ta'ala
Mungkin ada di antara kita yang pernah mencuba melakukan perubatan dengan thibbun nabawi dengan minum madu misalnya atau habbatus sauda`. Atau dengan ruqyah membaca ayat-ayat Al-Qur`an dan doa-doa yang diajarkan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam, namun tidak merasakan pengaruh apa-apa. Penyakitnya tak kunjung hilang. hujungnya, kita meninggalkan thibbun nabawi kerana kurang percaya akan khasiatnya, lalu beralih ke ubat - ubatan kimiawi. Mengapa demikian? Mengapa kita tidak mendapatkan khasiat sebagaimana yang didapatkan Al-Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu ketika meruqyah dirinya dengan Al-Fatihah? Atau seperti yang dilakukan oleh seorang sahabat ketika meruqyah kepala suku yang tersengat binatang berbisa, kepala suku (pemimpin kampung) sembuh seakan- akan tidak pernah merasakan sakit?
Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.
Syaikh Abdullah bin Jibrin – Fatwa yang beliau tanda tangani.
3 comments:
jazakawloh akhi bekam memang solusi buat pengobatan berbagai macam penyakit
Bagaimana anda tahu ada golongan yg x boleh di bekam? Menurut saya semua boleh. ..lebih2 lagi kanser darah...hadis Nabi itu benar utk semua..bukan separuh2 orang sahaja....
memang boleh untuk semua orang, tetapi tidak untuk semua kondisi, misalkan orang tersebut dalam kondisi kelaparan (mal nutrisi/busung lapar) maka jangan dilakukan pembekaman, by the way nice post
Terapi Bekam Bogor
Terapi Bekam Di Bogor
Post a Comment