Wednesday, December 18, 2013

Video Kematian Di Timpa Lori


Seseorang yang bekerja demi menyara kehidupan anak dan isterinya itu sesungguhnya berada di jalan Allah atau Fi-Sabilillah. Perkara ini seperti disebutkan dalam salah satu sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani.


Disebutkan bahwa seorang laki-laki berjalan melewati Rasulullah S.A.W dan beberapa orang sahabat. Para sahabat memandang orang itu yang cukup bersemangat dan kuat bekerja, lalu berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah orang itu berjihad di jalan Allah?"

Rasulullah S.A.W lalu menjawab, "Jika dia pergi bekerja untuk [menyarai] anak-anaknya (keluarganya), dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar bekerja demi [menafkahi] orang tuanya yang sudah tua, dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar bekerja untuk menjaga kehormatan dirinya dari meminta-minta, maka dia berada di jalan Allah. Tetapi jika dia pergi bekerja untuk riya', untuk berbangga-bangga, maka dia berada di jalan syaitan."

Imam Ghazali dalam buku Ihya' Ulum ad-Din-nya juga mengutip hadis ini.

Disitu menunjukkan jika orang itu kemudian meninggal dunia pada saat keluar mencari nafkah dan keluarnya dengan niat yang benar, insyaAllah dia mati dalam keadaan husnul khatimah. Tentu orang yang bersangkutan itu harus meyakini rukun iman secara benar dan melaksanakan rukun Islam secara baik dan benar pula. 

Sebab, amal baik apa pun yang tidak dilandasi dengan keimanan hanya akan berguna di dunia dan tidak ada tidak ada nilainya di akhirat nanti.

Oleh itu perbetulkanlah niat kita dalam melakukan pekerjaan yang mana di tekankan kepada 3 perkara iaitu ;


  1. Bekerja untuk menyarai keluarganya
  2. Bekerja demi menafkahi kedua orang tua yang sudah tua
  3. Bekerja untuk menjaga kehormatan dirinya dari 'meminta-minta'

Namun disini saya ingin menegaskan bahawa 'meminta-minta' itu mempunyai definasi yang sangat luas.  Oleh kerana sebahagian besar perceramah dan agamawan akan menggantungkan ayat ini, ianya sering dijadikan perkara untuk melakukan kebajikan kepada golongan yang lemah atas tuduhan 'meminta-minta'  Bukankah disana banyak lagi dibekalkan ayat yang menekankan kebajikan dan amal sedekah adalah satu perkara yang sangat di berati oleh Islam.  Dalam perkara nombor 2 di atas juga menekankan jika bekerja untuk menafkahi orang tua yang sudah tua juga jika dia mati, maka matinya dalam husnul khatimah.  Kenapa? Kerana sudah pasti kedua ibu ayah yang sudah tua akan menjadi golongan yang dhaif... maka membantu golongan yang dhoif adalah satu kemuliaan.  Maka disini, hendaklah diperincikan siapa yang di maksudkan dengan golongan 'meminta-minta tersebut.

Dihujung hadis ada di pertegaskan bahawa jika bekerja untuk riya', untuk berbangga-bangga, menemplak orang lain tanpa usul periksa maka dia berada di jalan syaitan, nauzhubillah...

Maka, betulkanlah niat kita bekerja kerana Allah atas garis panduan yang diajarkan Nabi S.A.W tersebut, kerana ajal boleh datang bila-bila dan dalam apa bentuk sekalipun. Dalam video dibawah ini, dia tertimpa oleh badan lori tersebut.

Pengajarannya, berkerjalah dengan niat yang suci kerana Allah dan walau kita mati sebegitu rupapun, mudah-mudahan kita dapat mati dengan sebaik-baik kematian... mati di jalan Allah... mati dalam husnul khatimah...

"Ya Allah, matikanlah kami dengan sebaik-baik kematian yang diredai oleh MU ya Allah, wahai tuhan yang maha pengasih lagi penyayang"


Aamiin..


(hasil pembacaan di : detikRamadan)





No comments: