Tuesday, September 24, 2013

Gelang Anti Nyamuk Ori


Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai Statistik Demam Denggi daripada 1hb - 7hb September.

Pada minggu lepas bagi tempoh 1 hingga 7 September 2013 sejumlah 741 kes denggi telah di laporkan di seluruh negara dengan tujuh (7) negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu

di Pulau Pinang 7 kes (33%),

masing-masing 4 kes di Sarawak (33%) dan

Pahang (25%),

Perlis 3 kes (150%)

manakala masing-masing meningkat 1 kes
di WP Labuan (100%),
Sabah (10%) dan
Kelantan (4%).


Jumlah kumulatif kes Denggi dilaporkan adalah 19,644 kes iaitu peningkatan sebanyak 29% (4,396 kes) berbanding 15,268 kes bagi tempoh yang sama tahun 2012.

Satu (1) kematian akibat denggi telah dilaporkan pada minggu yang sama menjadikan jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga kini adalah sebanyak 39 kematian, meningkat sebanyak 12 kematian (44%) berbanding 27 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Kematian melibatkan melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari Kampar, Perak. Pesakit mula mengalami gejala demam, sakit kepala, muntah dan sakit badan telah mendapatkan rawatan di klinik sebanyak dua kali sebelum dirujuk ke hospital dan dimasukkan ke wad. Pesakit yang kemudiannya dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), walau bagaimanapun meninggal dunia dengan sebab kematian “Dengue Shock Syndrome”.

Hasil Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) yang telah dijalankan di kawasan kediaman pesakit mendapati kadar pembiakan Aedes sangat tinggi iaitu pada kadar sebanyak 21.2%.

Satu gotong-royong hasil kerjasama masyarakat setempat dengan Pejabat Kesihatan Daerah telah dijalankan di lokaliti tersebut untuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes bagi mencegah jangkitan denggi-

Sumber kenyataan akhbar TKPK (KA) KKM press releases.

Pastikan kita semua berhati2 dan mebjadikan amalan
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati.

Satu alternatif ialah menggunakan Gelang Anti Nyamuk Ori.

Cara selamat untuk melindungi diri dan orang yang tersayang daripada gigitan nyamuk. Selamat, Tidak berbau, Friendly dan Harga yang berpatutan. In shaa Allah berkesan. Cubalah.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya; Omar bin Abdul Aziz tel - 012 555 0546.

Untuk mengetahui harga dan cara pembelian sila SMS ke 012 555 0546. Kita berikhtiar dan Allah yang menentukannya.

Mudah-mudahan di izinkan Allah, Aamiin.

No comments: