RM2.88 juta - ini kosnya bagi menjamu 80,000
tetamu yang melawat kediaman perdana menteri semasa sambutan rumah
terbuka hari raya Aidilfitri, Parlimen diberitahu hari ini.
Dalam
jawapan bertulis, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Shahidan Kassim juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah
menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.
Anggota
Parlimen Seremban Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian
berkata beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu
sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.
"Bagaimanapun, saya
mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang
berkunjung ke rumah perdana menteri dan isterinya, sebelum makan,
mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya.
Membandingkan
perkara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Selangor Tan Sri
Khalid Ibrahim dalam Twitter menulis, negeri itu hanya membelanjakan
RM13.30 seorang untuk sambutan sama.
Ia bersamaan RM400,000 untuk 20,000 tetamu.
Koh Jun Lin
Malaysiakini 24 Sept 2013
JOM BELAJAR KOMPUTER CARA MUDAH DENGAN WARGA OKU - KLIK
No comments:
Post a Comment