Tuesday, September 24, 2013

PAU 2013: Kes pukul hanya lakonan yang ada laporan Polis...hebat UMNO ni...!!!

KUALA LUMPUR - Insiden pergaduhan yang berlaku pada proses pencalonan Umno Sabtu lalu hanya satu lakonan untuk menghangatkan keadaan, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan dua individu tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama beliau dan Umno Bahagian Titiwangsa.



"Itu hanya drama nak panaskan keadaan. Mereka berdua adalah kawan baik," katanya yang merujuk kepada individu yang memukul dan dipikul.

Johari, yang ditemui di Parlimen, sekali lagi menafikan yang beliau terlibat dalam 'drama' tersebut.

"Tiada ada apa-apa sebenarnya, jadi saya rasa tidak perlu untuk kita layan mereka," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan calon Majlis Tertinggi Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz, mendakwa beliau dihalang daripada menyerahkan borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa, yang kini disandang oleh Johari.



sumber : RAKYAT MARHAEN

Apa Komen Anda?

No comments :