Thursday, December 19, 2013

SIKAP MANUSIA SUKA MEMBANDING


Ingatlah setiap kali kamu cuba membandingkan diri kamu dengan orang lain yang lebih baik daripada kamu, kamu sebenarnya menghantar mesej mempertikaikan Allah.

Sebagai contoh, anak jiran lebih pandai daripada anak saya.



Sebenarnya kamu sedang berkata secara tersirat:
“Mengapa anak jiran lebih pandai pada anak saya? Mengapa Allah memberi kelebihan pada anak dia dan bukan anak saya? Dan saya tidak gembira dengan apa yang Allah berikan.”
Berhentilah membuat perbandingan sesama manusia melainkan kamu membandingkan dengan orang yang lebih susah daripada kamu.

Apabila membuat perbandingan dengan orang yang lebih susah daripada kamu, kamu sebenarnya dapat mendalami kesyukuran pada kurniaan Allah, dan ini membantu mendekatkan diri kamu dengan Allah. 

Tapi kamu harus berjaga-jaga dengan kekerapan kamu membuat perbandingan ini kerana ada manusia yang lalai sehingga menyalahguna alasan ini untuk berhenti berusaha untuk memperbaiki diri.

Seeloknya kurangkan membuat perbandingan. Ingatlah setiap manusia diuji dengan cara berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Kadang-kala kamu rasa tidak mampu, tapi ujian Allah itu menyedarkan kamu sebenarnya mampu.

Senyum...

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man



~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 


No comments: