Tuesday, December 10, 2013

KISAH NABI MUSA DENGAN WANITA PENZENA



Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rupa wajah yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang sedang melanda hidupnya. Dia melangkah longlai mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan- pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.


Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik. 

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun menceritakan, “Saya… telah berzyna."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. 

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzynaan itu saya pun…lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis semahu-mahunya. 

Nabi Musa merah menyala matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan durjana, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca terhatuk kebatu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Dia sengguk-senguk menangis sambil keluar dari rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi dia mahu melangkah. Bila seorang Nabipun sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? 

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” 

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezyna dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang keji itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. 

“Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. 

“Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzyna.”

Mendengar penjelasan itu Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Nabi Musa memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin kepada Allah, dan berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata “sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” (H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan : “Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. 

Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami: Berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzyna, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita yang tidak mahu melaksanakan kewajiban mengerjakan sholat dengan istiqomah. 

sumber - dakwahmuslimah

-
 

No comments: