Sayu hati... Hari ini saya mandikan
dua jenazah.
Jenazah yang pertama
adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup
sifatnya.
Yang kedua, saya
mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun.
Saya nak share dengan
teman2 pasal anak kecil yang mulia ini.
Anak ini anak yatim.
Hanya ada ibu tunggal,
mak saudara dan dua adik perempuan yang masih kecil.
Bapanya meninggal empat
tahun yang lalu.
Diagnosis (punca)
kematian anak ini adalah demam panas.
Yang menarik nak
dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah
"pergi buat selamanya".
Arwah asyik mengira
duit-duit raya yang diperolehinya.
Kadang-kadang sampai lima
kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.
Apabila ditanya, abang
nak beli apa?
Ditanya kembali kepada
ibu saudaranya....
"Maksu, cukup tak
duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?"
Ibu saudaranya
bertanya,
"Kenapa?"
Anak kecil ini
menjawab... dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak
berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung.
Ibu saudara hanya mampu
terdiam dan mengalirkan air mata.
Hari ini... semasa dia
meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping
nota...
"Ibuku sayang,
duit yang along tinggalkan ini untuk ibu.
Ibu gunalah untuk beli
baju kurung yang tidak terbelah.
Along harap sangat ibu
beli dan pakai tudung.
Bukan tudung yang
nampak rambut... tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja.
Along sayang
ibu... along tak nak ibu masuk neraka.
Ustazah kata, kalau tak
tutup aurat nanti kepala dibakar.
Along tak nak ibu
dibakar api neraka.
Along sayangkan ibu dan
family kita semua...
Sayang Ibu,
ALONG"...
Kalau anak sekecil ini,
takut akan api neraka... takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih
sanggup melakukan dosa kepadaNya.
Wallahu a'lam.
Alfatihah buat Along
Muhammad Fiqry.
Terima kasih kepada
Maksu yang sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar
tadi.
Moga Allah ampunkan
dosa along, ibunya dan kita semua.
Al-Fatihah!
Amir Muttakin
Hospital Ampang,
Selangor
Perkongsian dari
Whatsapp.
FB Ustaz Nasir
FB Ustaz Nasir
Senyum dalam tangisan.
:')
No comments:
Post a Comment