BAGAIMANA
MELAHIRKAN ANAK SOLEH?
Anak-anak
kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat
kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang
dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan
kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah
s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala
amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil
manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam
Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Setiap dari
kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh.
Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah
kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang
dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh
menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
“Ketahuilah
bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan
sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)
Apa makna
anak soleh?
Anak yang
soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa
sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari
itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at
kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu
tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat
kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara
otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja
ia berada.
Bagaimana
mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada
cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara
didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah
keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan
Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya
anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan
seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang
beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu
kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal:
24)
10 langkah
praktik untuk melahirkan anak soleh
1. Didiklah
anak-anak kita mengenali Allah
2. Pastikan
anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang
lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
4. Hidupkan
dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat
kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
a) Selalu
membaca al-Quran di rumah
b)
Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan
budaya memberi salam
d)
Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan
anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
6. Tanamkan
semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
7. Tanamkan
kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8.
Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah
sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10.
Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah
dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan
istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan
sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan
masyarakat.
~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~
- BELAJAR KOMPUTER - 1 GURU MENGAJAR 1 MURID ? KLIK
- IKLANKAN PRODUK/PERNIAGAAN ANDA DENGAN KAMI - KLIK
- PAKAR MEREKABINA PERKAKAS PERABUT - KLIK
No comments:
Post a Comment