JOHNNESBURG: Bekas Presiden Afrika
Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg hari ini
selepas sekian lama menghidap jangkitan paru-paru.
Pejuang anti-aparthied itu berusia 95
tahun. Kematian Mandela diumumkan oleh
Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.
“Kini beliau pergi dengan aman untuk
selama-lamanya," kata Zuma yang turut bersedih.
Zuma juga mengumumkan satu
pengkebumian negara akan dilakukan untuk Mandela dan mengarahkan semua bendera
dikibar separuh tiang mulai hari ini sehinggalah pengkebumian tokoh negara itu.
- AP
No comments:
Post a Comment