Saturday, December 7, 2013

3 Buah Lamborghini Terbakar Hangus di Lebuhraya



SEREMBAN (6 Disember 2013) - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.


Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.


Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.

Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

Ada beberapa isu tentang Singapore masih dalam tandatanya???

1. Saman rakyat singapore yang tak boleh dipungut oleh PDRM bernilai jutaan ringgit. Hanya kepada rakyat Malaysia PDRM nampak berkeras.

2. Masalah pengintipan oleh Singapore masih lagi berada dalam tanda tanya.

3. Isu harga minyak kepada rakyat asing.

4. Adakah Malaysia menjadi speedtest untuk kenderaan laju/besar negara jiran?? Bagaimana isu keselamatan kenderaan kecil di sini?







sumber - Tranungkite

klik

No comments: