Banjir telah
berlangsung hampir seminggu. Kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Kuantan
dan Kemaman. Kuantan hampir lumpuh kerana banjir menenggelamkan hampir seluruh
bandar Kuantan. Begitu juga Kemaman. Walaupun hari ini air di bandar Chukai
sudah mulai surut namun Kampung Air Putih masih menyaksikan banjir dengan arus
deras yang boleh mengancam nyawa.
Setakat
semalam 6 Disember 2013 akhbar melaporkan di Pantai Timur seramai 42,626 telah
dipindahkan.
Pahang
merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235
mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan,
Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. Rompin menempatkan 2,865
mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh
(167) dan Bera (61). Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak
iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.
Di
Terengganu setakat semalam jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak
2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242
keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).
Bagaimanakah
sikap kita dalam menghadapi situasi banjir ini? Saya mencadangkan beberapa
perkara berikut:
1. Bagi
mangsa banjir banyakkanlah bersabar dengan sentiasa menyebut innalillahi wainna
ilaihi raji'un sebagaimana diajar oleh al-Quran kepada mereka yang menghadapi
musibah (rujuk surah al-Baqarah ayat 155-156). Mudah-mudahan mereka diberikan
ganjaran pahala yang banyak oleh Allah menerusi musibah dan segera diganti oleh
Allah dengan yang lebih baik sebagaimana sabit dalam beberapa hadis.
2. Mereka
juga perlu banyak berdoa agar Allah lepaskan segera mereka daripada
kedukacitaan ini dengan membaca doa-doa yang diajar oleh Rasulullah saw
seperti:
حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ
الْوَكِيلُ
Cukuplah
Allah bagi diriku dan Dialah sebaik-baik tempat menyerah diri
Surah Aali
Imran ayat 173
Amalkan doa
Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun dalam surah al-Anbiya ayat 87:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Tiada Ilaah
yang ditaati melainkan Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong
kalangan orang yang menzalimi diri.
3. Bagi
bukan mangsa banjir inilah waktu kita menunjukkan keprihatinan terhadap mangsa
banjir sebagai lambang ukhuwwah persaudaraan Islam dan persaudaraan
kemanusiaan. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita juga. Dicubit peha kanan
yang kiri juga terasa. Rasulullah s.a.w. adalah yang paling prihatin terhadap
umat sehingga Allah gambar baginda sebagai "merasa berat ke atas dirinya
apa yang kamu semua deritai". Rujuk surah al-Taubah 128.
4. Mangsa
banjir memerlukan sokongan moral. Maka marilah kita turun mengunjungi mereka
dengan sekurang-kurangnya melemparkan senyuman kprihatinan dan tanya khabar
yang pasti sahaja menggembirakan mereka. Nabi bersabda yang bermaksud: Sesiapa
yang melepaskan satu kedukacitaan daripada saudaranya di dunia maka Allah
kepaskan kedukacitaannya di hari Akhirat". Hadis riwayat Muslim
5. Mangsa
banjir di kala ini memerlukan bantuan makanan, selimut, tikar, pakaian, pampers
anak. Maka marilah kita segera hulurkan bantuan kewangan kepada mereka sama ada
menerusi pelbagai pihak yang sedang mengumpulkan dana dan menyediakan
kelengkapan atau dengan turun sendiri menemui penyelia pusat pemindahan dengam
membawa bahan-bahan keperluan.
6. Bantuan
untuk mereka tidak boleh terhenti setakat berakhirnya banjir malah mereka
memerlukan bantuan untuk kembali bangkit untuk hidup kerana mereka telah
kemusnahan harta benda yang banyak sama ada rumah, kenderaan, pakaian, alatan
rumah dan dokumen rasmi. NGO-NGO kebajikan perlu merancang bantuan kewangan
untuk mereka menghadapi sekurang-kurangnya sesi persekolahan baru.
Moga banjir
yang berlaku memberi hikmah yang besar. Moga musibah ini membawa kita semua
kembali kepada Allah. Moga doa mangsa banjir dan kita semua kepada Allah serta
keprihatinan kita terhadap mangsa banjir diganti oleh Allah dengan keberkatan
hidup untuk rakyat Malaysia.
Allahu
Akbar. Allahu Akbar Allahu Akbar walillahil hamd.
Penulis
ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala
Nerus.
No comments:
Post a Comment