Mesti baca
dan cuba untuk memahami maksud yang mendalam ini.
1. Solat
bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi
ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2. Maka,
kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu
kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan
kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
3.
Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar,
tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
4. Semua
perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik,
nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih,
ia juga takkan kekal lama.
5.
Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda
mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang
sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
6. Acapkali,
ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah
liku, bukannya penamat!
7. Apabila
Allah swt menyelesaikan masalah-masalah anda, anda percaya memiliki kemampuan.
Apabila Allah swt tidak menyelesaikan masalah-masalah anda, DIA percaya akan
kemampuanmu.
8. Seorang
yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu
yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab,
"ya, kehilangan visi anda! "
9. Ketika
anda mendoakan orang lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati
mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang
telah mendoakan anda.
10. Rasa
bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari
ini.
Jika anda
benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh
menerangi hari seseorang. (oleh Ust Zahazan)
-
No comments:
Post a Comment