Sunday, December 8, 2013

RASUAH - PENGAJARAN INDAH DARI IBN ROBI'


Suatu kisah yang berlaku menjadi kisah yang cukup indah di dalam menjelaskan betapa indahnya Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Ibn Robi’ di utus membawa utusan menyebarkan agama di ROM. Ketika dia sampai di ROM, pemimpin besar ROM berkata “aku tahu kamu datang daripada negara yang kering kontang, negara yang tiada bekalan makanan yang cukup, oleh itu ambillah bekalan makanan serta apa yang kamu perlukan untuk hidup, dan pulanglah ke negara kamu kembali.”


Ibn Robi’ yang datang ke ROM ketika itu dengan tujuan membawa mesej dakwah Islam. Maka Ibn Robi’ menerangkan dengan tegas bahawa dia datang ke ROM bukan untuk menadah tangan untuk meminta bantuan bekalan makanan. Walaupun pada fizikalnya dia serba dhoif, tetapi kedatangannya adalah untuk mengajak kepada perkara besar.

جئنا لنخرجكم من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام
ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة

“Aku datang ini, mahu mengajak kalian untuk menjadi hamba kepada Tuhan yang memiliki seluruh alam dan mahu mengajak kalian daripada hidup dalam kesempitan dunia kepada melihat keluasan hidup di dunia dan di akhirat.”  Tegas Ibn Robi’ dengan satu ungkapan yang penuh makna.


Sebenarnya ungkapan Ibn Robi’ ini,  tercena indah melalui kehidupannya yang tidak lain tidak bukan berpaksi kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana mesej yang dibawa oleh Ibn Robi’ itu sangat jelas bahawa manusia akan menjadi hamba kepada dunia, manusia akan menjadi hamba kepada orang yang berpangkat. Dua perkara yang sangat jelas diberi melalui mesej Ibn Robi’ ini, bahawa kita seharusnya menjadi ‘hamba’ hanya kepada Allah S.W.T dan tidak sekali-kali menjadi hamba dunia.

1 - Kerana hanya dengan menjadi hamba Allah S.W.T, semua pekerjaan dan perjalanan kehidupan akan dapat dikendalikan dan berjalan dengan lancar kerana akan terpimpin mengikut hidayah petunjuk Allah terhadap mana yang baik dan mana yang buruk. Bila hidup berpaksikan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah maka pastinya hidup kita didalam keredhaan Allah. Sesungguhnya siapa yang hidupnya dalam redha Allah, hidupnya akan menjadi tenang.

2 – Sementara menjadi hamba kepada dunia ialah menjadi orang yang tidak mengira dan halal atau haram, Allah redha atau tidak, Segala keseronokan dan kekayaan dunia akan dikaut dan diambilnya demi untuk kepuasan hidupnya didunia ini tanpa memikirkan hidup akhirat.

Ibn Robi’ yang dibentangkan dihadapannya kekayaan oleh pembesar ROM, tidak tertawan dengan keseronokan dunia dan kekayaan dunia. Kerana Ibn Robi’ punya kekayaan jiwa dengan dapat merasakan keseronokan hidup didunia ini dalam apa keadaanpun asalkan ianya dalam redha Allah. Hidup yang ingin memperhambakan diri kepada Allah semata-mata ingin mendapatkan kasih saying dan redha Allah melalui hidup ini.

Mengapa Ibn Robi’ tidak mengambil tawaran pembesar ROM?  Salahkah jika dia mengambilnya?

Ibn Robi’ tidak mahu kerana jika dia mengambil apa yang di tawarkan oleh pembesar ROM dia terpaksa meninggalkan tugas da’wah yang besar. Tugas untuk mengajak manusia dari takut kepada manusia kepada takutkan Allah… Tugas untuk mengajak manusia dari mengabdikan diri kepada manusia, kepada mengabdikan diri kepada Allah S.W.T yang Esa.

Namun ada diantara kita yang ketika mahu makan sesuap nasi, tidak mahu berfikir tentang halal atau haramnya sumber makanan yang ingin dijamahnya itu didapati dari mana atau bagaimana cara untuk mendapatkannya. Ayam yang disembelih itu halal, namun duit yang membeli ayam itu juga perlu di fikirkan. Kerana punca pendapatan dari yang haram tetap akan menjadikan makanan itu haram walau diuruskan dengan cara yang halal seperti menyembelih ayam untuk di makan.

Ibn Robi’ mengajar kita, mahu mengambil bantuan untuk meninggalkan kerja da’wahpun, tidak menerimanya apatah lagi jika sumber rezeki kita itu dari duit rasuah, tipu daya dan sebagainya.

Hayati kata-kata seorang serikandi muslimah yang seorang sahabiah. Dia bila berpesan kepada suaminya dikala keluar rumah mencari rezeki ;

“Suamiku, kami ini anak beranak sanggup menanggung kelaparan, tetapi kami tidak sanggup sekiranya rezeki atau makanan yang dibawa pulang akan menyebabkan kami masuk neraka kerananya.”

Betapa indahnya pesanan seorang isteri dan betapa cantiknya pesanan yang tinggalkan oleh Ibn Robi’ kepada kita untuk difikirkan.


Dalam sepotong hadis Soheh dari Nabi Muhammad S.A.W.


Sesungguhnya yang halal itu jelas yang haram itu juga jelas, diantara halal dan haram itu adanya syubahat. Maka barang siapa yang sengaja mahu kepada yang syubahat maka ianya menjadi haram.

Apatah lagi yang haram itu? Bolehkah yang jelas haram mahu dihalakan? Seperti contoh, ketika menerima rasuah seseorang itu minta dihalalkan… Bolehkah begitu?  Rasuah tidak akan menjadi suci dengan ungkapan, “ini bukan rasuah ye… ini hadiah” sehinggakan sipenerima itu tidak rasa bersalah dan si pemberi itu pun merasa tidak bersalah.

Sedangkan Al-Quran sangat mengeji perbuatan merasuah dan menerima rasuah. Ada hadis Nabi Muhammad S.A.W dari yang cukup jelas diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan juga Abu Daud ; “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah.”

Apakah lagi yang boleh menggerunkan kita sehingga hadis ini yang mengungkapkan Allah MELAKNAT. Apa mana laknat? Laknat maksudnya Allah halau dan kita usir kita daripada memperolehi kasih sayang dan rahmatNYA.


Wallahu a’lam

Ditulis dari apa yang saya dengar dalam Ceramah.
Omar – Aku OKU

http://oaa-microsystem06.blogspot.com/p/tawan-iklan-di-blog-atau-you-tube.html




-




No comments: