Sunday, December 8, 2013

PENEMUAN PELIK - IKAN BERTANDUK



Seekor ikan laut aneh dijumpai, seekor ikan yang bertanduk berjaya di tangkap dari laut di wilayah Kanada.

Seekor ikan dengan tanduk gelatin abu-abu yang disebut 'Rhinochimaeridae' atau lebih dikenali sebagai 'chimaera berhidung panjang' dilaporkan berjaya ditemui dan di simpan oleh Canadian University.


Berdasarkan makluman tersebut, ikan jenis ini benar-benar jarang ditemui dan hanya satu spesies yang sama yang berjaya didokumentasikan sebelum ini yang ditemui di Selat Hudson.

"Ikan ini diyakini telah wujud di lautan lebih daripada 350 juta tahun." ungkap Nigel Hussey, seorang penyelidik dari Ocean Tracking Network.

Ikan yang aneh dengan bentuk mirip monster berhidung panjang dilaporkan ini kebiasaannya hidup di perairan dalam, di bawah 1,000 hingga 2,000 meter dan sangat sukar untuk ditemui apatah lagi ditangkap.

Jenis chimaera berhidung panjang sebenarnya ini masih mempunyai hubungan dekat dengan jerung dan ikan pari. Pekara ini membuat ikan ini mempunyai ekor seperti cambuk yang beracun.

Panjang ikan ini dilaporkan boleh mencapai 1 meter dan mempunyai gigi tajam, serta kulit yang dipenuhi saraf deria yang membantu ikan ini mencari makanan di perairan dalam.

Dengan penemuan ikan ini, maka tidak berkemungkinan jika masih banyak hidupan laut dengan bentuk aneh yang masih belum di temui hingga saat ini. - dairishare.

http://omarbinabdulaziz.blogspot.com/p/hari-berganti-hari-berlalu-dan-kematian.html



Apa Komen Anda?

No comments :