Saturday, November 30, 2013

Pesanan-pesanan Imam Syafie


Imam Syafie merupakan seorang manusia yang hebat. Beliau dilahirkan di Kota Gaza, Palestin. Beliau telah menghafaz Al-Quran sejak umur beliau 9 tahun. Antara kelebihan beliau ialah suaranya yang merdu serta pandai bersyair dan bersajak.  Beliau telah mula mengajar dan memberi fatwa ketika berumur 15 tahun... Hebatnya zaman remaja beliau berbanding zaman remaja masa kini..

Marilah kita bersama renungkan nasihat beliau ini bagi dijadikan panduan hidup kita. Insya Allah :-

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

PROGRAM KHITAN PERDANA


Kami menyediakan PROGRAM KHITAN PERDANA untuk anak-anak anda
Mari sertai kami dalam program KHITAN sempena musim cuti sekolah ini

Anjuran : Pusat Khidmat Masyarakat PAS Titiwangsa
bersama Yayasan Prihatin Titiwangsa.

Menggunakan kaedah laser (kurang sakit & cepat sembuh)

Bayaran yuran yang berpatutan.
RM120.00 untuk seorang peserta

Pada 08.12.13 (Ahad)
Bermula jam 08.00pagi hingga 01petang.

Dihukum dengan Besi Panas diletak atas Kepala

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Semasa Rasulullah S.A.W. mula-mula menyampaikan dakwah Islam di Makkah dahulu, baginda ditentang hebat oleh penduduk Makkah. Malah sesiapa yang memeluk Islam ketika itu akan diseksa dengan kejam sekali. Salah seorang musuh Islam yang turut melakukan penyeksaan itu ialah seorang wanita bernama Ummi Anmar. Dia pernah memiliki seorang hamba sahaya bernama Khabab bin Arats. Namun hamba sahayanya itu telah pun dimerdekakan .

Khabab terkenal di kalangan penduduk Makkah sebagai seorang tukang besi yang mahir.  Ramai penduduk Makkah yang menempah pedang atau peralatan besi lainnya daripada Khabab.  Pada suatu hari Khabab pergi bertemu Rasulullah S.A.W. dan memeluk Islam. Hal itu diketahui  oleh beberapa orang lelaki yang datang untuk mengambil tempahan mereka.  Lalu Khabab pun dipukul hingga tidak sedarkan diri. Pada hari-hari yang lain, Khabab diseksa dengan lebih dasyat lagi.

Friday, November 29, 2013

Mutiara Kata Peringatan dan Nasihat




Jarak paling jauh antara masalah dengan penyelesaiaannya,
hanyalah sejauh lutut dengan lantai.
Orang yang berlutut pada Allah
mampu berdiri untuk melakukan apa pun.

The Flowing Fins of Siamese Fighting Fish



Kisah TOK AYAH Berusia 160 Tahun



http://oaa-microsystem06.blogspot.com/2013/11/tgna-walaupun-uzur-masih-ziarah-orang.html
KLIK UNTUK BANYAK LAGI GAMBAR

TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.

Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

RAWATAN TRADISIONAL (HERBA) UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT



Setiap orang pasti mengimpikan kulit wajah putih, bersih, halus dan cantik, khususnya mereka yang berusia remaja.  Namun, atas kehendak Allah, tidak semua orang dapat apa yang diharapkan. Terkadang kita melihat wajah seseorang terlihat kotor, berminyak serta berjerawat, meski usia orang tersebut masih belia remaja. Jika kita tidak berhati–hati dalam menjaga makanan atau tidak pandai merawat serta membersihkan wajah secara rutin, maka kemungkinan kita akan mengalami hal serupa.

Pada umumnya jerawat terjadi pada mereka berusia remaja yang memiliki kulit berminyak dan tidak sihat, namun bukan berarti wajah orang tua tidak akan ditumbuhi jerawat. Hal ini disebabkan anak remaja biasanya sedang mengalami peningkatan hormon, khususnya hormon androgen. Hormon–hormon tersebut akan merangsang kelenjar–kelenjar lemak sehingga akan menyebabkan timbulnya jerawat.

Untuk mengatasi jerawat agar efektif, seseorang harus melakukan perawatan dengan dua cara, yakni dari dalam dan perawatan dari luar. Perawatan dari luar boleh dilakukan dengan memberikan ubat-ubatan penghapus jerawat yang banyak terdapat di farmasi. Sedangkan perawatan dari dalam biasanya dengan memakan banyak sayur–sayuran, menghindari makanan berlemak, minum jamu–jamu atau ramuan–ramuan tradisional (herbal) untuk mengatasi jerawat. Berikut ini beberapa ramuan tradisional (herbal) untuk mengatasi timbulnya jerawat, iaitu antara lain :

Thursday, November 28, 2013

Ukiran Kayu Terpanjang Dunia (Gambar)



KISAH NABI SALLEH a.s.

Berlalulah hari demi hari. Lahirlah sebahagian lelaki dan matilah sebahagian yang lain. Setelah kaum 'Ad, datanglah kaum Tsamud. Lagi- lagi azab berulang kepada kaum Tsamud dalam bentuk yang lain. Kaum Tsamud juga menyembah berhala kemudian Allah SWT mengutus Nabi Saleh kepada mereka. Nabi Saleh berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kalian selain-Nya. " (QS. Hud: 61)

Kalimat yang sama yang disampaikan oleh setiap nabi, dan kalimat tersebut tidak pernah berubah sebagaimana kebenaran tidak pernah berubah. Para pembesar kaum Nabi Saleh terkejut dengan apa yang dikatakannya. Beliau menyatakan bahawa tuhan mereka tidak memiliki nilai yang bererti. Beliau melarang mereka untuk menyembahnya dan memerintahkan mereka hanya menyembah Allah SWT.

Khutbah Hak-hak Warga OKU (Orang Cacat) dalam Islam - yang TIADA di MALAYSIA

-


حقوق المعاق في الإسلام
الخطبة الأولى
          إنَّ الحمدَ لله، نحمدُه ونستعينُه، ونستغفرُه، ونتوبُ إليه، ونعوذُ به من شرورِ أنفسِنا؛ وسيِّئاتِ أعمالِنا، من يهدِه الله فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هاديَ له، وأشهد أنْ لا إلهَ إلا الله وحدَه لا شريكَ له، وأشهدُ أن محمداً عبدُه ورسولُه صلَّى الله عليه، وعلى آلهِ وصحبِهِ، وسلَّمَ تسليماً كثيراً إلى يومِ الدين،                                                                         أمَّا بعد:
فيا أيُّها النَّاسَ، اتَّقوا اللهَ تعالى حَقَّ التقوى، عباد الله، الابتلاء سنة ربانية ماضية على ما اقتضى حكمة الرب وعدله: (وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ)، (وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ)، ومن هؤلاء الذين ابتلوا بالمصائب المعاقون ذو الاحتياجات الخاصة، والإعاقة حقيقتها إصابة الإنسان من آفات أو نقص في بدنه، وفقد بعض حواسه، وعقله وسلوكه، وهذا المبتلى إذا صبر ورضي، وطمأن قلبه كان ذلك خيرا له، فإن البلاء من أوسع أبواب تكفير الخطايا والسيئات، يقول صلى الله عليه وسلم: "مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ أَذًى مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ إِلاَّ تحاط خطاياه كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا"، وقال أيضا صلى الله عليه وسلم: "لاَ يَزَالُ الْبَلاَءُ بِالْمُؤْمِنِ فِي نفسه ومَالِهِ وَوَلَدِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وليس عليه خَطِيئَةٍ"، ويقول صلى الله عليه وسلم: "مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ غَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ وَلاَ أَذًى حَتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بها مِنْ خَطَايَاهُ".

WAHAI ANAK ADAM...!

-



“Wahai anak Adam,  (masa) siangmu adalah tamumu, maka berbuat baiklah terhadapnya.  Karena sungguh, jika engkau berbuat baik kepadanya, niscaya dia akan pergi dengan memujimu. Dan apabila engkau berbuat buruk terhadapnya maka dia akan pergi dengan mencercamu, begitu pula dengan malammu”

KELEBIHAN DOA NABI YUNUS A.S KETIKA DALAM PERUT IKAN


“Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit”. (Ash-Shaffat: 143-144)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus A.S. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus A.S.  Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan (emergency) tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin, sama-sama kita ikuti kisah Nabi Yunus a.s semoga kita beroleh keredhaan Allah S.W.T. sampai hari pembalasan.
 

Kisah Kaki Fitnah Mati Mengejut



Mutarrif bin Abdullah Asy-Syahir seorang ulamak yang terkenal pada zaman dahulu kala.  Dia seorang yang baik,  tekun beribadah serta suka memberi  khidmat kepada orang ramai.   Walaupun begitu,  ada juga orang berasa sakit hati kepadanya.   Mereka tidak senang melihat Mutarrif sentiasa mendapat perhatian serta sanjungan masyarakat.

Salah seorang daripada orang-orang yang sakit hati telah menfitnah Mutarrif, lelaki itu membuat tuduhan palsu terhadap Mutarrif.   Sungguh berat fitnah yang disebarkan, sehingga fitnah itu berjaya mempengaruhi fikiran orang ramai.  Mutarrif berasa sangat malu.   Untuk menyelesaikan masalah, Mutarrif pergi  bertemu muka dengan lelaki yang menuduhnya itu.   Dia tidak mahu keadaan tidak elok itu belanjutan.   Mutarrif perlu mengembalikan semua maruah dan harga dirinya.   Dia perlukan penjelasan lanjut daripada lelaki yang menfitnahnya itu.   Dia mahu lelaki itu menunjukkan bukti terhadap segala tuduhannya.

“Engkaukah yang menabur  fitnah terhadap padaku ?”  tanya Mutarrif kepada lelaki itu.   Walaupun lelaki itu telah menfitnahnya,   Mutarrif masih mempamerkan akhlak yang baik di hadapan lelaki itu.   Dia tidak menengking atau marah-marah. 

“Haa…  ya..  Akulah”  jawab lelaki itu dengan sombong.   Tidak sedikit pun dia menunjukkan rasa takut atau rasa bersalah.
  

Tuesday, November 26, 2013

TGNA walaupun uzur masih ziarah orang yang lebih tua

YB Tuan Guru menziarah seorang warga emas di Bukit Panau,Tanah Merah. Mohamed Soleh Bin Ali yang berasal dari Bukit Panau Tanah Merah Kelantan berumur 100++ mesra dengan panggilan Tok Ayah.



TGNA menghadiakan tongkat kepada Tok Ayah.

Kisah Burung Menyambar Kasut (KHUF) Rasulullah S.A.W.

-

Kisah yang diceritakan oleh Dato, Prof Dr. Harun Din, bagaimana seekor burung yang menyelamatkan Rasulullah S.A.W. yang tidak menyedari didalam kasutnya terdapat seekor ular yang berbisa sedang duduk didalam kasut tersebut.  Seekor burung tahu dan dia berusaha menyelamatkan Rasulullah S.A.W., bagaimana kita terhadap Islam yang telah Nabi sampaikan kepada kita.  Sejauh mana kita mencintai Nabi S.A.W. ?

Funny Cats




Monday, November 25, 2013

Doaku Untukmu Sahabatku





-


Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.


Sunday, November 24, 2013

Face to Face with PAS' Mohamad Sabu

-

PDRM Berjaya Memberkas Ketua Geng 08 - Tahniah Polis

Hampir empat bulan diburu pihak berkuasa, ketua kumpulan 'Geng 08 Vinod' yang terkenal dengan jenayah samun bersenjata di sekitar Rawang dan Gombak, Selangor, akhirnya tumpas selepas diberkas polis di Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, pagi semalam

Suspek dikenali sebagai Vinod Mohan, 21, diberkas di sebuah rumah kosong pukul 9.30 pagi, selepas melarikan diri lebih 30 kilometer dengan memandu kereta sejurus terserempak sepasukan polis di kawasan Genting Sempah, Pahang.

Turut bersama suspek yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish itu ialah seorang gadis berusia 23 tahun. Semasa melarikan diri, suspek dikatakan turut melepaskan tembakan.

Dalam insiden mengejar itu, kenderaan dipandu suspek telah melanggar seorang orang awam dan terbabas di satu lokasi di Tasik Titiwangsa sebelum lelaki tersebut melarikan diri manakala rakannya ditahan.

Saturday, November 23, 2013

Gambar-gambar sekitar Muktamar PAS 2013 - Dari Lensa Kak Yang

KLIK gambar untuk besarkan - simpanan



Ajaibnya Hati...


Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya? Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah (baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah (keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Kisah Kejujuran Gadis Penjual Susu

GAMBAR HIASAN
KHALIFAH Umar al Khatab terkenal sebagai pemimpin yang gemar meronda pada waktu malam. Sebagai pemimpin negara, beliau perlu mengetahui apakah aktiviti rakyatnya pada malam hari. Umar berjalan-jalan di tepi sebuah rumah yang usang, lantas telinganya tertangkap akan perbualan si penjual susu yang miskin dan anak gadisnya.

“Wahai anakku, hari ini kita memperoleh bekalan susu yang sedikit, apa kata jika campurkan ia dengan air supaya kelihatan banyak sebelum matahari terbit,” kata si ibu.

Terkejut gadis itu, lantas dia menjawab, “kita tidak boleh berbuat seperti itu wahai ibuku, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang berbuat demikian,”.

Friday, November 22, 2013

EDAR DADAH: PENGETUA WARGA IRAN KE TALI GANTUNG

Shah Alam, 22 Nov - Seorang suri rumah warga Iran hari ini terlepas hukuman mati manakala suaminya, seorang pengetua sekolah di Iran, ke tali gantung berhubung kesalahan mengedar dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dua tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Soraiya Mosafer Mardali, 32, namun pembelaan suami wanita itu, Kazem Hamidpoor Abolghasem, 33, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

Dalam penghakimannya, Ahmadi berkata beliau meminda pertuduhan Soraiya kerana pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mengedar dadah berada dalam bagasinya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas Soraiya selepas meminda pertuduhan terhadapnya kepada memiliki dadah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara antara lima dan 30 tahun serta minimum 10 kali sebatan.

Ahmadi juga menyifatkan Soraiya bernasib baik kerana hukuman sebat dikecualikan bagi pesalah wanita.

Tuesday, November 19, 2013

Terdapat 10 perkara yang menjadi tanda-tanda hati telah rosak

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
  1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
  2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
  3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
  4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

Monday, November 18, 2013

GAMBAR-GAMBAR FORUM - MEMBINA MALAYSIA MESRA OKU

** FORUM - MEMBINA MALAYSIA MESRA OKU **

Tajuk: OKU - Pasca Belanjawan
Tarikh: 17 November 2013.
Masa: 8:30 malam.
Tempat: Dewan Himpunan Cina KL Selangor.

Panel: 
1 - Mohammad Faizal Che Yusof (Ketua Penggerak OKU Bangkit), 
2 - Dr. Wong Hui Siew, Ahli Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya, merangkap Ahli Majlis Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, SBM.
3 - Ustaz Wan G (Ustaz Aktivis)





Thursday, November 14, 2013

Daughters are a blessing, not a burden

Children are no doubt a great gift from Almighty Allah to all parents. Parents must think of their children as such treasures that the all the wealth and material resources are worthless as when compared to one’s children. We, as parents, should thank and be grateful to Almighty Allah for blessing us with children whether they are boys or girls. 

Today, it is quite disheartening to see that some parents rejoice when the newborn child is a male and show their dissatisfaction when the child is a female. But, this should not be the attitude. Islam does not condone this type of behavior, as such was the manner of the parents in the time of ignorance.

In pre-Islamic times, the Arabs used to be disheartened and annoyed with the birth of girls, so that a father, when informed his wife had given birth to a girl, said, “By Allah she is not as blissful as a son; her defense is crying and her care is but stealing!”

Mengapa ridha suami itu adalah surga bagimu wahai para isteri ?


1. Suamimu dibesarkan olih ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah & ibunya.

Monday, November 11, 2013

Sunday, November 10, 2013

Mundine Cenverts To Islam

Anthony Mundine

(born 21 May 1975) is an Australian professional boxer[1] and former rugby league player. He is a former interim WBA Light Middleweight Champion boxer, two-time WBA Super Middleweight Champion, IBO Middleweight Champion and a New South Wales State of Origin representative footballer. Before his move to boxing he was the highest paid player in the NRL.[2] He is the son of boxer Tony Mundine and is a member of the Bundjalung people.[3] Mundine has had a stormy relationship with the media.[4] His conversion to Islam in 1999, self-promotion and outspoken opinions have created a love-hate relationship with the Australian public[5] and he has been described as "the most polarising athlete in Australian sports history".[6]



Today Blake Ferguson and Anthony Mundine were seen praying together.

All I can say is you will not understand how beautiful this picture is until you know the story of what happened with these two♥

Akhirnya Mereka Akui, As-Sisi di Rumah Sakit


Stasiun televisi AlFarain yang mendukung kudeta mengumumkan Jumat (8/11/2013) kemarin, bahwa As-Sisi berada di rumah sakit. Dalam akun facebooknya, wartawan Hamdi Syafiq berkomentar, “Akhirnya mereka akui, As-Sisi di rumah sakit.”

Syafiq membuat beberapa kemungkinan berkaitan dengan pengakuan televisi tersebut: Kemungkinan pertama, pengumuman tersebut untuk menutupi pemberitaan tentang banyaknya pembantaian yang dilakukan As-Sisi. Ketika dia sakit, akan ada simpati rakyat kepadanya, dia akan kembali meraih popularitas.

PERLU ADA LOJIK ?

Alkisah benda tak lojik

Seorang budak bernama Ciku berlawan cakap dengan ustaznya berkata semua perkara di dunia perlu ada lojik.

Ustaznya yang bernama Rani menyuruh Ciku melakukan tiga perkara dalam masa setengah tahun dan kemudian balik untuk berhujah dengannya semua.

“Kasut dan selipar ini ana hadiah kat Ciku. Kasut ini, untuk dua bulan pertama, Ciku pakainya dan masuk ke hutan setiap hari. Selepas 2 bulan, simpan kasut itu, dan pakai selipar dan masuk ke hutan setiap hari.
-

Selepas 2 bulan tamat, simpanlah selipar itu. Kemudian 2 bulan terakhir paksa diri berjalan kaki ayam ke hutan setiap hari,” pesan Ustaz Rani.

Thursday, November 7, 2013

Kenapa Ustaz atau Admin Padam Komen Saya ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah video ceramah yang dianggap hebat dan dapat mencuit hati pendengar yang juga pelajar sebuah pusat pengajian, tersebar luas maka secara tidak langsung ianya sampai ke pengetahuan saya.  Saya pun terpanggil untuk turut sama mendengar ceramah tersebut.

Malangnya ketika saya mendengar, ada beberapa lawak yang diperlawakkan oleh Ustaz tersebut tidak membuatkan saya ingin tersenyum lagi malah menimbulkan rasa kasihan pada insan-insan contoh yang di perlawakkan.

Saya menutup paparan video tersebut dan hati berkata-kata seolah ada sesuatu yang menusuk kedalam kalbu saya akan perkataan yang dilawakkan oleh Ustaz tersebut.  Saya cuba meneruskan kerja saya, namun jari jemari pula seakan bersama dengan "sesuatu" yang menganggu jiwa dan membawa pemikiran penuh dengan persoalan.  Saya beristighfar berkali-kali dan menutup kembali paparan Microsoft Word dan terus ke laman Youtube.

Monday, November 4, 2013

Rayu bantuan untuk kesan cucu yang hilang

Siti Shafiqah

4 November 2013  -  KUANTAN- Seorang pesara tentera buntu memikirkan nasib cucu kesayangannya yang menghilangkan diri dipercayai mengikut kenalan laman sosial, sejak 28 Jun lalu.

Salleh Mohamad, 61 dari Taman Guru, Jalan Gambang, dekat sini berkata, dia bukan sahaja bimbang keselamatan cucunya, Siti Shafiqah  Abdullah, 17 tetapi turut memikirkan gadis itu bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 6 November ini.

Menurutnya, kehilangan cucu kesayangan itu disedari selepas gadis tersebut tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk mengikuti kelas tambahan di sekolahnya di Alor Akar di sini pada tarikh tersebut.

Cabaran ibubapa yang mempunyai anak2 OKU autisma - UPSR TERHALANG ?

GAMBAR HIASAN

(03/11/2013)  -  SEBAGAI ibu saya mahukan anak istimewa saya membesar sama seperti anak normal, mendapat pendidikan sewajarnya. Saya percaya dengan pendidikan, anak saya boleh berdikari dan melalui kehidupan biasa tanpa menyusahkan orang lain apabila dewasa nanti. Itu hasrat saya.

''Anak saya menghidap autisme. Saya tidak pernah bercita-cita dia menjadi budak pintar, bakal jadi jurutera, doktor, peguam atau menteri. Memadai jika dia mendapat pendidikan sama seperti dua anak saya yang normal dan anak-anak lain sebaya dengannya.'' Itu cerita Puan Nor ketika ditemui baru-baru ini.

Sunday, November 3, 2013

ETIKA MELAWAK & BERSENDA GURAU MENURUT ISLAM


[Sedikit nasihat & peringatan; terutamanya untuk diriku sendiri yang adakalanya, cuba berlawak & bersenda gurau ketika berceramah . . . ]

" ETIKA MELAWAK & BERSENDA GURAU MENURUT ISLAM "

(1) Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)

Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)

Ceramah yang SANGAT LAWAK ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
بسم الله الرحمن الرحيم


Telah ramai pengguna Facebook atau Youtube yang telah berkongsi ceramah ini.  Memang lawak dan kelakar namun pernahkah kita terfikir bahawa ianya satu perkara yang tidak sepatutnya datang dari seorang USTAZ yang amat faham dengan ilmu-ilmu Allah sehinggakan mereka mampu mengajar dan menyebarkan dakwah dan hidup atas hasil ceramah tersebut.

Saya tersentuh untuk menulis perkara ini apabila saya melihat Wall Facebook Ustaz Hishamuddin yang mengegur perkara ini dengan katanya ;

Memang lawak sungguh, namun ada rakan-rakan OKU kita yang terasa.

Nasihat saya untuk diri saya, jika nak berlawak, jangan gunakan kecacatan orang lain untuk dijadikan bahannya...
sambil kongsikan video tersebut  -  KLIK SINI

Friday, November 1, 2013

Saat Penyesalan Dan Tangisan Sudah Tiada Berguna Lagi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

-

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Jurang neraka terlalu curam, setiap penderhaka akan merasai seksa dihumbankan ke dalamnya. Pernahkah kalian membayangkan jatuh dari ketinggian sejauh 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar lantainya? Jika kejadian itu di dunia ini, bagaimana pula keadaan orang yang jatuh ke dasar jurang neraka itu nanti?

“Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: “Tahukah kamu semua suara apakah itu?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda yang maksudnya: “Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam Neraka Jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Al-Qur'an Hingga Ke Hujung Nyawa... Subhanallah (سبحان الله)

1 November, 2013.  Ketika dalam masa aku telah keletihan menyediakan kertas kerja, aku mengambil kesempatan mengintai-ngintai Facebook untuk menghilangkan rasa penat dan letih sebentar.  Cadangku hanya seketika.  Namun aku terpandang kepada satu post yang telah membuatkan air mata aku menitis tanpa sedar...  Ya Allah, Kurniakanlah ayah Sasha rahmat dan kasih sayangMU dan Ya Allah, izinkan lidah kami menyebut-nyebut kalamMU diketika ENGKAU ingin mengambil kami kembali kepadaMU... Aamiin


Hatiku tersentuh dengan kata-kata ini ;


Ketika Sasha melihat post bertajuk  "Remaja Mengaji Ketika Koma {Oh! Media}" ,  beliau telah sharekan video tersebut dan menulis di statusnya  :

"Macam arwah ayah.. mengaji tyme koma.. sambil tgn dy erat pegang tangan aku..genggam tgn aku kuat2 even mata dye tertutup... Allah, rindunya adik kt ayah! Al-fatihah ayah ku syg.. :'( ".