Mutarrif
bin Abdullah Asy-Syahir seorang ulamak yang terkenal pada zaman dahulu kala. Dia seorang yang baik, tekun beribadah serta suka memberi khidmat kepada orang ramai. Walaupun begitu, ada juga orang berasa sakit hati kepadanya. Mereka
tidak senang melihat Mutarrif sentiasa mendapat perhatian serta sanjungan
masyarakat.
Salah
seorang daripada orang-orang yang sakit hati telah menfitnah Mutarrif, lelaki
itu membuat tuduhan palsu terhadap Mutarrif.
Sungguh berat fitnah yang
disebarkan, sehingga fitnah itu berjaya mempengaruhi
fikiran orang ramai. Mutarrif berasa sangat malu. Untuk
menyelesaikan masalah, Mutarrif pergi
bertemu muka dengan lelaki yang menuduhnya itu. Dia
tidak mahu keadaan tidak elok itu belanjutan.
Mutarrif perlu mengembalikan
semua maruah dan harga dirinya. Dia perlukan penjelasan lanjut daripada lelaki
yang menfitnahnya itu. Dia mahu lelaki itu menunjukkan bukti terhadap
segala tuduhannya.
“Engkaukah
yang menabur fitnah terhadap padaku ?” tanya Mutarrif kepada lelaki itu. Walaupun lelaki itu telah menfitnahnya, Mutarrif masih mempamerkan akhlak yang baik di
hadapan lelaki itu. Dia tidak menengking atau marah-marah.
“Haa…
ya.. Akulah” jawab lelaki itu dengan sombong. Tidak
sedikit pun dia menunjukkan rasa takut atau rasa bersalah.
“Kenapa
engkau membuat tuduhan yang tidak benar itu ?” tanya Mutarrif lagi.
“Engkau
jangan hendak berdolak-dalih. memang benar tuduhan aku itu!“
“Aku
berani bertanggungjawab. Memang engkau buat macam yang aku cakap kan,” balas lelaki itu.
Akhirnya
sedarlah Mutarrif, dia tidak berdaya menyedarkan lelaki jahat di hadapannya itu. Mutarrif
hanya berkata, “Baiklah, kalau kau berbohang, mudah-mudahan Allah menyegerakan
kematianmu!”
Doa
orang yang dizalimi seperti Mutarrif itu
terus didengar oleh Allah SWT. Allah dengan sifat pemurah dan kasih
sayang-Nya tidak membiarkan Mutarrif menderita lebih lama akibat kejahatan
orang lain. Apatah lagi Mutarrif
seorang yang soleh dan berakhlak mulia.
Sebentar
kemudian, tiba-tiba saja lelaki itu
rebah ke tanah. Apabila diperiksa, dia sudah tidak benafas lagi. Dia
sudah meniggal dunia. Kematiannya yang mendadak itu sungguh mengejutkan ahli
keluarga si mangsa. Mereka mahu mebuat tuntutan ke atas Mutarrif.
Mereka
lantas membawa kes itu ke pengetahuan khalifah untuk menuntut keadilan. Mereka
mengadu kepada khalifah bahawa Mutarrif penyebab kematian ahli keluarga mereka
itu.
Pihak
khalifah tidak terus menjatuhkan hukuman.
Siasatan dijalankan untuk membuat
sebarang keputusan sama ada betul atau tidak Mutarrif bin Abdullah telah
menyebabkan kematian lelaki itu.
Proses
siasatannya cukup mudah iaitu dengan mengajukan beberapa soalan yang ringan
kepada waris si mati. Selepas semua
soalan dijawab dengan jujur dan benar, khalifah
pun memutuskan Mutarrif tidak bersalah.
Mutarrif dibebaskan. Mutarrif bebas daripada dihukum oleh khalifah
dan bebas daripada menjadi mangsa fitnah.
Apakah
soalan yang dikemukakan oleh khalifah? Khalifah bertanya, “Apakah Mutarrif ada menikam atau memukul?”
“Tidak”, jawab
saksi di pihak keluarga si mati.
“Adakah
Mutarrif ada menyentuhnya?” tanya khalifah lagi.
“Tidak.”
“Kalau
begitu, kenapa pula kamu menyalahkan Mutarrif atas kematian kerabat kamu itu ?”
Pertanyaan
itu tidak dapat dijawab. Khalifah pun menjelaskan, “Sebenarnya dia mati kerana di doakan oleh
lelaki yang telah dizalimi (fitnah).”
Demikianlah,
memburuk-burukkan orang lain adalah
kesalahan yang berat di sisi Allah SWT. Begitu juga di sisi manusia. Apatah
lagi dengan membuat tuduhan palsu ke atas seseorang. Perbuatan itu adalah perbuatan zalim. Apabila orang yang kena zalim itu berdoa
kepada Allah, Allah akan memakbulkan
doanya. Hal ini kerana doa orang yang kena zalim
terhadap orang yang membuat zalim adalah makbul. Allah
menerima doa itu.
Allah
tidak akan mematikan orang yang menghina itu selagi mana dia tidak melakukan
dosa seperti yang pernah dilakukan oleh orang yang dihina tadi. Di
akhirat kelak, semua pahala kebajikannya terpaksa diberikan
kepada orang yang dia hina, tuduh, dan umpat tadi. Kalau
hendak menegur kesalahan, tegurlah mengikut cara yang betul.
Doa
orang yang dizalimi adalah mustajab
Daripada
Abdullah bin Abbas r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Takutilah doa
orang yang dizalimi, sesunguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah".
(hadis riwayat al-Bukhari)
sumber - dari radio rodja
No comments:
Post a Comment