Thursday, November 7, 2013

Kenapa Ustaz atau Admin Padam Komen Saya ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah video ceramah yang dianggap hebat dan dapat mencuit hati pendengar yang juga pelajar sebuah pusat pengajian, tersebar luas maka secara tidak langsung ianya sampai ke pengetahuan saya.  Saya pun terpanggil untuk turut sama mendengar ceramah tersebut.

Malangnya ketika saya mendengar, ada beberapa lawak yang diperlawakkan oleh Ustaz tersebut tidak membuatkan saya ingin tersenyum lagi malah menimbulkan rasa kasihan pada insan-insan contoh yang di perlawakkan.

Saya menutup paparan video tersebut dan hati berkata-kata seolah ada sesuatu yang menusuk kedalam kalbu saya akan perkataan yang dilawakkan oleh Ustaz tersebut.  Saya cuba meneruskan kerja saya, namun jari jemari pula seakan bersama dengan "sesuatu" yang menganggu jiwa dan membawa pemikiran penuh dengan persoalan.  Saya beristighfar berkali-kali dan menutup kembali paparan Microsoft Word dan terus ke laman Youtube.


Saya mencari versi ceramah penuh, alhamdulillah saya jumpa dan mendengar semua ceramah itu sehingga habis sekitar 1 jam setengah.  Namun hati saya merasakan masih ada sesuatu yang membuatkan pemikiran saya ke arah ceramah itu.  Selalunya, bila saya melihat video ceramah seperti ceramah ustaz Azhar Idrus atau lainnya, sekali dengar sudah membuatkan saya rasa dapat mengutip mutiara-mutiara ilmu Allah...

Tetapi terhadap video ceramah yang satu ini, hati saya rasa sangat marah terhadapnya kerana turut merasa sakit ketika pelajar-pelajar turut mentertawakan lawak BODOH yang MEMPERBODOHKAN GOLONGAN OKU yang terdapat didalamnya.

Saya buat video ini untuk menyedarkan kembali kepada Ustaz ini, orang yang berkongsi video dan orang yang mengkaguminya...

LINK  - KLIK SINI

Saya bersedia untuk apa sahaja kerana itu saya meletakkan penegasan di hujung video itu bahawa saya bertanggung jawab terhadapnya.  Komen demi komen, yang membela ustaz itu... yang menyokong apa yang saya utarakan, saya cuba layan 1 per 1 agar perkara seumpama ini tidak menjadi mainan dan bahan lawak Ustaz-ustaz dalam ceramahnya.
Sehinggalah pagi tadi ada yang memberi komen bahawa ada sesuatu yang di perkatakan tentang saya di page Ustaz tersebut.  Saya melayari page tersebut dan saya melihat dengan jelas bahawa apa yang saya kemukakan tidak dijawab dengan betul, malah saya pula dituduh dengan satu tuduhan yang tidak benar.
Pengikut-pengikut dan pentaksub Ustaz ini mengiyakan dan menokok tambah komen agar kenyataan atau status yang ditulis Ustaz atau Adminnya ini bertambah kukuh dan sedikit sangat yang menerima hakikat yang saya utarakan.
Seperti yang saya nyatakan dihujung video tersebut, saya bertanggungjawab... maka saya menghantar beberapa komen untuk page tersebut...
Malangnya di padam... KENAPA YE USTAZ ATAU ADMIN ?


LINK ;  KLIK SINI


Ada beberapa komen tak sempat nak ambik sebab dah di padam...


Tak payah padam komen saya Ustaz atau Admin...
Minta sahaja semua link yang mengandungi lawak tersebut dipadam dari maya ini... saya akan menutup video tersebut dari paparan semua... Jika masih ada yang berkongsi video tersebut... saya akan kongsikannya kembali demi mengimbangi ilmu lawak dan ilmu perasaan golongan yang di lawakkan....  kerana bukan mereka meminta untuk jadi begitu untuk dilawakkan...

Jazakallah semua... Salam Hijrah.


KLIK


KLIK

1 comment:

Anonymous said...

Dalam banyak-banyak benda yang saya buat saya terlupa nak menasihati tuan empunya badan secara rahsia sebaliknya membesar-besarkan dan menghebah-hebahkan kesilapannya. Adakah ini adab-adab menegur yang betul?