Sunday, November 10, 2013

PERLU ADA LOJIK ?

Alkisah benda tak lojik

Seorang budak bernama Ciku berlawan cakap dengan ustaznya berkata semua perkara di dunia perlu ada lojik.

Ustaznya yang bernama Rani menyuruh Ciku melakukan tiga perkara dalam masa setengah tahun dan kemudian balik untuk berhujah dengannya semua.

“Kasut dan selipar ini ana hadiah kat Ciku. Kasut ini, untuk dua bulan pertama, Ciku pakainya dan masuk ke hutan setiap hari. Selepas 2 bulan, simpan kasut itu, dan pakai selipar dan masuk ke hutan setiap hari.
-

Selepas 2 bulan tamat, simpanlah selipar itu. Kemudian 2 bulan terakhir paksa diri berjalan kaki ayam ke hutan setiap hari,” pesan Ustaz Rani.

Budak itu pun mengikut arahan. Dua bulan pertama beliau memasuki hutan menggunakan kasut. Seronok katanya. Kemudian diikuti selipar dan diakhiri dengan kaki ayam.

Selepas selesai semua, Ciku itu balik menghadap ustaznya.
“Mana kasut dan selipar?” tanya ustaz. Ciku mengeluarkan kasut dan seliparnya yang tapaknya dah haus.

“Apa berlaku pada kasut dan selipar?” tanya Ustaz Rani.

“Haus, tapak semakin nipis,” jawab Ciku.

“Lojik tak ini terjadi,” tanya Ustaz Rani.

“Logik,” jawab Ciku.

“Persoalannya sekarang mengapa lepas 2 bulan kamu berjalan kaki, kaki anta tak jadi haus dan nipis sebaliknya menjadi lebih lasak dan tebal? Lojik tak?”

Ciku tergamam terdiam malu.

“Hanya Allah sahaja mampu berbuat demikian dan tiada manusia yang faham mengapa melainkan menghayati kehebatan-Nya. Lojik manusia ada hadnya kerana manusia tidak mungkin akan memahami semua perkara kerana seluas-luas pandangannya pun hanya bergantung pada 2 mata yang diberikan Allah,” kata Ustaz Rani.

Wahai anakku,

Kadang-kala ada perkara yang kamu tidak faham mengapa, terutamanya dalam hal agama. Tapi jangan sesekali kamu sangsi pada Allah kerana setiap yang ditentukannya ada hikmahnya. Cuma engkau tidak tahu sahaja buat masa ini.

Senyum
Facebook - Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

No comments: