Imam
Syafie merupakan seorang manusia yang hebat. Beliau dilahirkan di Kota Gaza,
Palestin. Beliau telah menghafaz Al-Quran sejak umur beliau 9 tahun. Antara
kelebihan beliau ialah suaranya yang merdu serta pandai bersyair dan bersajak. Beliau telah mula mengajar dan memberi fatwa
ketika berumur 15 tahun... Hebatnya zaman remaja beliau berbanding zaman remaja
masa kini..
Marilah
kita bersama renungkan nasihat beliau ini bagi dijadikan panduan hidup kita. Insya Allah :-
Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di
dunia dan akhirat.
Perbanyakkan
menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat
daripada menyebut dunia.
Pilihlah
makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
Sabar
menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri
memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan
kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang demikian itu adalah
setinggi-tinggi syukur.
Apabila
salah seorang daripada kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu
perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan
dicintai Allah.
Marah
adalah salah satu antara antara panah panah syaitan yang mengandungi racun.
Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala
tenteranya.
Kasihanilah
anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan
bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak anak yatim di akhirat.
Berbuat
baiklah dan tunjukkan bakti kepada ibubapa tanpa mengenal letih dan lelah
sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah
keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa dosa kamu.
Banyakkan
amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung
daripada serangan Iblis.
Taqwa
adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok
zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
Iman
mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya.
Bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara yakni yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat,
istiqamah dan berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
Ingat
dan zikir kepada Allah sebanyak banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani
dan rohani. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
Khusyuk
secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah
khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
Kubur
adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh
dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi
amal yang benar dan taat kepada Al Haq yang tidak berbelah bahagi.
Kite
perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang kurangnya dengan
mengucapkan isti'azah. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang
juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji
kesabaran kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan
syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
Sebesar
besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu
terdapat dalam diri kamu sendiri.
Hati
adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan
dirimu tegak di atas Al Haq yang tidak disertai oleh iring iringan pasukan
kebatilan.
Ketahuilah,
istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan
menggoncang empayar Iblis di istananya.
Ketahuilah
sebesar besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang
lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya
di sisi manusia.
Tafakurlah
sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada
siang hari sebagaimana Saidina Umat menghisab dirinya pada setiap hari.
Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di
dunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi dan rasul serta orang soleh.
Sesiapa
mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut
iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kamu
seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti
(dihimpit) dengan tanah.
Sesiapa
yang menjalin ukhwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan
diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah..
No comments:
Post a Comment