KLIK UNTUK BANYAK LAGI GAMBAR |
TANAH
MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih
yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya
mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.
Percaya
atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang
memerintah Kelantan.
Malah
kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas.
Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga
sekarang.
Wajahnya
tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan
Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.
Kesemua
anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13
isterinya juga sudah meninggal dunia.
Anggota
keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga
sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.
“Dia
pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda.
Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.
Tok
Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mantan
Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping
wang.
Stapa
memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi
setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.
“Malah
ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian
dilihat ada di dalam rumah.
“Banyak
sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu
sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan
sahaja.
“Namun
tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang
tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain
pula,” katanya.
Cucu
Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.
Sementara
itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126
tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.
Sumber - HARAKAH DAILY
No comments:
Post a Comment