Setiap orang pasti
mengimpikan kulit wajah putih, bersih, halus dan cantik, khususnya mereka yang
berusia remaja. Namun, atas kehendak
Allah, tidak semua orang dapat apa yang diharapkan. Terkadang kita melihat
wajah seseorang terlihat kotor, berminyak serta berjerawat, meski usia orang
tersebut masih belia remaja. Jika kita tidak berhati–hati dalam menjaga makanan
atau tidak pandai merawat serta membersihkan wajah secara rutin, maka
kemungkinan kita akan mengalami hal serupa.
Pada umumnya jerawat
terjadi pada mereka berusia remaja yang memiliki kulit berminyak dan tidak
sihat, namun bukan berarti wajah orang tua tidak akan ditumbuhi jerawat. Hal
ini disebabkan anak remaja biasanya sedang mengalami peningkatan hormon,
khususnya hormon androgen. Hormon–hormon tersebut akan merangsang
kelenjar–kelenjar lemak sehingga akan menyebabkan timbulnya jerawat.
Untuk mengatasi
jerawat agar efektif, seseorang harus melakukan perawatan dengan dua cara,
yakni dari dalam dan perawatan dari luar. Perawatan dari luar boleh dilakukan
dengan memberikan ubat-ubatan penghapus jerawat yang banyak terdapat di
farmasi. Sedangkan perawatan dari dalam biasanya dengan memakan banyak
sayur–sayuran, menghindari makanan berlemak, minum jamu–jamu atau ramuan–ramuan
tradisional (herbal) untuk mengatasi jerawat. Berikut ini beberapa ramuan
tradisional (herbal) untuk mengatasi timbulnya jerawat, iaitu antara lain :
1- RAMUAN PERTAMA
HERBAL MENGATASI TIMBULNYA JERAWAT
Bahan-bahannya adalah
siapkan buah timun.
Cara penggunaannya ialah buah timun terlebih dahulu dicuci hingga bersih. Kemudian buah timun dipotong-potong, Lalu potongan buah timun tersebut ditampalkan serta usap-usapkan pada bahagian berjerawat. Ulangi hingga beberapa kali.
2- RAMUAN KEDUA HERBAL MENGATASI JERAWAT
DOKONG ANAK (MENIRAN) |
2 GELAS AIR MASAK |
Bahan-bahannya adalah
sediakan temulawak (dihiris tipis) sepuluh potong, daun dokong anak (meniran) tujuh batang
serta dua gelas air.
Cara membuatnya iaitu terlebih dahulu temulawak dan daun dokong anak (meniran) dicuci hingga bersih. Lalu temulawak yang sudah diiris tipis tersebut dicampur dengan daun dokong anak (meniran) dan dua gelas air. Setelah semua bahan tercampur kemudian direbus sampai mendidih. Air hasil rebusan kemudian diminum.
3- RAMUAN KETIGA
HERBAL MENGATASI TIMBULNYA JERAWAT
Bahan-bahannya adalah
siapkan buah tomato segar.
Caranya iaitu buah tomato terlebih dahulu dicuci hingga bersih. Lalu buah tomato dipotong kecil-kecil, disapukan pada bahagian wajah berjerawat pada setiap malam sebelum tidur.
4- RAMUAN KEEMPAT
HERBAL MENGATASI TIMBULNYA JERAWAT
Bahan-bahannya antara
lain, sediakan beberapa buah belimbing serta air garam secukupnya.
Caranya ialah belimbing dicuci sampai bersih. Lalu buah belimbing tersebut ditumbuk sampai halus, lalu dicampur dan kacaukan dengan air garam hingga rata. Digunakan untuk mengusap bahagian wajah yang berjerawat. Biasanya digunakan sehari tiga kali.
5- RAMUAN KELIMA
HERBAL MENGATASI JERAWAT
Bahan-bahannya adalah
serbuk belerang sebanyak satu sendok kecil dan air tawar sebanyak dua sendok
besar.
Cara pembuatannya ialah campurkan serbuk belerang dan air tawar kemudian kacau hingga merata. Cara penggunaannya iaitu dengan diusapkan pada bahagian muka berjerawat, dilakukan pada saat menjelang tidur.
6- RAMUAN KEENAM
HERBAL MENGATASI JERAWAT
Bahan-bahannya adalah
sediakan satu buah limau nipis
Caranya iaitu buah limau nipis dihiris nipis, lalu irisan limau nipis tersebut diusapkan pada bahagian yang ada jerawatnya. Dapat digunakan sehingga sampai jerawat mengering.
7- RAMUAN KETUJUH
HERBAL MENGATASI JERAWAT
Cara membuatnya iaitu daun sirih terlebih dahulu dicuci hingga bersih. Setelah itu, daun sirih ditumbuk sampai halus. Kemudian sapukan ke wajah berjerawat atau digunakan sebagai bedak yang dicampur dengan bedak sejuk. Sebaiknya digunakan pada malam hari.
8- RAMUAN KEDELAPAN
HERBAL MENGATASI TIMBULNYA JERAWAT
Bahan-bahannya adalah
sediakan dua puluh asam jawa dan satu gelas air.
Cara membuatnya iaitu asam jawa dicampur dengan air lalu dikacau sehingga merata. Setelah sebati, gunakan tapis untuk di tapis. Sesudah ditapis, air tersebut dapat digunakan sebagai pembersih atau pembasuh wajah berjerawat. Gunakanlah sebelum tidur.
9- RAMUAN KESEMBILAN
HERBAL MENGATASI TIMBULNYA JERAWAT
Bahan-bahannya,
siapkan satu sendok kecil gula pasir, kunyit satu jari serta satu gelas air.
Cara membuat ramuannya iaitu kunyit dicuci dulu sampai bersih. Lalu kunyit diiris kecil-kecil dan direbus dengan air hingga mendidih, kurang lebih waktunya lima belas minit. Angkat dan biarkan beberapa saat sampai terasa sudah tidak terlalu panas (suam). Setelah itu, masukkan gula pasir, kacau sampai rata. Air rebusan tersebut dapat digunakan pada pagi hari.
Demikian beberapa
ramuan tradisional (herbal) mengatasi jerawat yang boleh kami kongsikan semoga
bermanfaat dan Allah mengizinkan jerawatkan yang timbul di wajah anda di ubati..
Syukuri wajah anda
dengan selalu mengucapkan الحمد لله
sumber - blog
kampasiana
No comments:
Post a Comment