Sunday, November 3, 2013

Ceramah yang SANGAT LAWAK ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
بسم الله الرحمن الرحيم


Telah ramai pengguna Facebook atau Youtube yang telah berkongsi ceramah ini.  Memang lawak dan kelakar namun pernahkah kita terfikir bahawa ianya satu perkara yang tidak sepatutnya datang dari seorang USTAZ yang amat faham dengan ilmu-ilmu Allah sehinggakan mereka mampu mengajar dan menyebarkan dakwah dan hidup atas hasil ceramah tersebut.

Saya tersentuh untuk menulis perkara ini apabila saya melihat Wall Facebook Ustaz Hishamuddin yang mengegur perkara ini dengan katanya ;

Memang lawak sungguh, namun ada rakan-rakan OKU kita yang terasa.

Nasihat saya untuk diri saya, jika nak berlawak, jangan gunakan kecacatan orang lain untuk dijadikan bahannya...
sambil kongsikan video tersebut  -  KLIK SINI


dan pada Status sebelum itu ;

Nak bergurau dan berlawak jenaka itu, tidak mengapa. Namun, jangan sesekali gunakan keaiban atau kecacatan orang lain, sebagai bahan jenakanya.
. . . . . . . .

Saya mengingatkan diri saya sendiri dan juga yang lain-lain.

Namun setelah saya melihat komen-komen yang ada, saya lihat ramai yang masih kabur tentang apa yang di perkatakan oleh Ustaz Hishamuddin tersebut.   Mereka hanya mengaitkan tentang isu mengantung patung dengan kaki terpotong.


Tidak kira siapa menggantungnya, kita tidak boleh menerima cara ini.  Ini suatu penghinaan.  Siapapun pelakunya perlakuan seumpama ini adalah perlakuan yang jijik dari segi akhlaknya.

Namun, jika kita bandingkan dengan ceramah Ustaz tersebut, apakah itu tidak mengapa kerana penghinaan itu keluar dari mulut seorang USTAZ?

Cuba dengar ceramah yang saya edit pada bahagian yang tidak sepatutnya keluar dari mulut orang yang berilmu KLIK SINI 

Jika sudah mendengar dan membaca ulasan dalam ceramah tersebut, boleh tidak anda fikirkan di mana silapnya pendakwah kita yang menjadikan perkara seumpama itu sebagai bahan gurauan dalam ceramah ?

No comments: