اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ |
Semasa Rasulullah S.A.W.
mula-mula menyampaikan dakwah Islam di Makkah dahulu, baginda ditentang hebat
oleh penduduk Makkah. Malah sesiapa yang
memeluk Islam ketika itu akan diseksa dengan kejam sekali. Salah seorang musuh Islam yang turut melakukan
penyeksaan itu ialah seorang wanita bernama Ummi Anmar. Dia pernah memiliki seorang hamba sahaya
bernama Khabab bin Arats. Namun hamba sahayanya itu telah pun dimerdekakan .
Khabab terkenal di
kalangan penduduk Makkah sebagai seorang tukang besi yang mahir. Ramai penduduk Makkah yang menempah pedang
atau peralatan besi lainnya daripada Khabab. Pada suatu hari Khabab pergi bertemu
Rasulullah S.A.W. dan memeluk Islam. Hal itu diketahui oleh beberapa orang lelaki yang datang untuk
mengambil tempahan mereka. Lalu Khabab
pun dipukul hingga tidak sedarkan diri. Pada hari-hari yang lain, Khabab
diseksa dengan lebih dasyat lagi.
Ketika matahari tegak
di atas kepala, Khabab dibaringkan di tengah-tengah padang pasir. Diatas tubuhnya diletakkan seketul batu besar
yang sangat panas. Namun Khabab tetap mempertahankan keimanannya
kepada Allah S.W.T. Pihak musuh tidak berjaya memujuknya supaya meninggalkan Islam
walaupun mereka telah menderanya dengan pelbagai seksaan. Akhirnya mereka
meminta bantuan bekas majikan Khabab, Ummi Anmar. Ummi Anmar pun melaksanakan tugas yang diserahkan
kepadanya. Tidak terlintas difikiran
orang Makkah sepertimana tindakan yang dibuat oleh Ummi Anmar meletakkan di
atas kepala Khabab sekeping besi yang baru dibakar. Bukan kepalang sakitnya Khabab. Menggeliat-liat tubuhnya menahan kesakitan. Namun begitu, Khabab tidak berganjak dari keimanannya.
Kisah tidakan zalim itu
disampaikan kepada Rasulullah S.A.W. Banginda berdoa kepada Allah, “Ya Allah limpahkanlah
pertolongan-Mu kepda Khabab!”
Beberapa hari selepas
itu Ummi Anmar ditimpa sejenis penyakit ganjil yang sangat luar biasa. Apabila berasa sakit, dia melolong-lolong
seperti anjing. Tidak ada ubat untuk menyembuhkan sakitnya itu.
Sakit yang dialaminya itu boleh diredakan seketika dengan satu cara
iaitu menggosok kepalanya dengan besi
panas yang sedang merah menyala. Setiap pagi dan petang, dia meminta supaya
digosok kepalanya dengan besi panas. Hingalah akhirnya dia menemui ajal. Begitulah cara Allah membalas perbuatan
zalimnya kepada Khabab .
Khabab adalah antara
generasi pertama sahabat Rasulullah yang memeluk Islam di awal penyebaran agama
Islam yang penuh dengan ujian dan penderitaan. Dia mengalami seksaan yang cukup
pedih dari orang-orang kafir Quraisy.
KLIK UNTUK KETERANGAN |
No comments:
Post a Comment