Tuesday, November 26, 2013

Kisah Burung Menyambar Kasut (KHUF) Rasulullah S.A.W.

-

Kisah yang diceritakan oleh Dato, Prof Dr. Harun Din, bagaimana seekor burung yang menyelamatkan Rasulullah S.A.W. yang tidak menyedari didalam kasutnya terdapat seekor ular yang berbisa sedang duduk didalam kasut tersebut.  Seekor burung tahu dan dia berusaha menyelamatkan Rasulullah S.A.W., bagaimana kita terhadap Islam yang telah Nabi sampaikan kepada kita.  Sejauh mana kita mencintai Nabi S.A.W. ?


Baca kisah tersebut ;




Pada satu ketika Rasulullah S.A.W hendak memakai kasut yakni KHUF, (bukan selipar yang terbuka) dan Nabi S.A.W menyarung KHUF yang sebelah sebelah kanan, tidak sempat hendak memakai kasut sebelah lagi, seekor burung datang menyambar kasut yang sebelah itu.


KHUF tersebut dibawa terbang, dan Nabi S.A.W. beserta sahabat pergi mencari kasut (KHUF) tersebut.  Setelah mencari, tidak jauh dari tempat tersebut, Nabi S.A.W dan sahabat berjumpa dengan kasut tersebut.

Nabi S.A.W. dan sahabat melihat seekor ular berbisa sedang keluar dari kasut yang telah dilepaskan burung tersebut.  Rupanya dalam kasut yang tidak sempat disarung ke kaki Rasulullah S.A.W. itu, ada ular yang berbisa yang duduk dalamnya.  Sudah pasti jika Nabi S.A.W dan para sahabat yang tidak mengetahui perkara itu, terus menyarungnya biasanya sudah tentulah ular berbisa tersebut akan mematuk kaki Nabi S.A.W.

Burung yang tahu akan keadaan tersebut, telah datang menyambar kasut (KHUF) itu membawa terbang dan tidak jauh dari tempat itu melepaskan semula kasut itu agar ular yang ada didalamnya keluar.  Begitulah betapa seekor burungpun menjaga dan menyayangi Rasulullah S.A.W. dan mengambil berat akan Baginda Nabi S.A.W.


AkU oKu – Omar Abdul Aziz


 
http://omarbinabdulaziz.blogspot.com/p/hari-berganti-hari-berlalu-dan-kematian.html

KLIK GAMBAR UNTUK KETERANGAN LANJUT

http://oaa-microsystem06.blogspot.com/p/tawan-iklan-di-blog-atau-you-tube.html

-

Apa Komen Anda?

No comments :